Wednesday, December 30, 2009

Mix feeling

Adam dah start sekolah this coming monday.

Masuk kindie.

Bukan dok taska je tau. Pagi sekolah petang dok tasaka. No more MIL or my parents look after him.

Berdebar-debar je. Ada je suara sumbang cakap apsal masukkan sekolah cepat sangat. Nanti boring dia sekolah dari 3 tahun. Ahhh aku buat pekak je, anak aku, sukati la..Anak aku tu extra nakal sikit, so dia tu dimanjakan sangat. Nanti spoil pulak. Macam aku cakap dulu, aku nak dia belajar sense of sharing (since tak de sibling), mix around with other kids, networking semua tu. Aku tak aim high, cukup la bila masuk 4 tahun dia dah boleh membaca, mewarna dengan kemas, mengira sampai 100 dengan lancar, appreciate life and things around him sudah la....Today's environment is so cahllenging, akalu kita tak put an effort to coupe the changes and challenges, abis tertinggal nanti. Persaingan makin manjadi-jadi sekarang ni. So aku preparekan anak aku siap siap. Tak de la nak harap dia dapat 20A ke masa SPM nanti (ada lagi ke spm time tu?)...just hope that he could achive a good result so he can pursue tertiary education, would be nice for me!

Ayah dah baik...laki pulak!

Husband aku sakit belakang especially kat tulang belikat dia!

Dok mengadoi je. dia tak leh bend baadn dia or membongkok la...Angkat tangan ke duduk ke semua ok. Dah gi klinik, aku dah tampal koyok, dah sapu yoko yoko semua tak jalan. Dia di klinik panel opis dia, doktor tu bagi flanil...flanil bukan untuk muscle pain because of sports ke? selalu aku dapat menzza. Ala apa-apa pun minyak panas la nama kampung dia.

So, arini dia ada kat umah. Jaga adam sambil doing the house chores. Frankly speaking aku tak buat keje rumah pun sepanjang cuti except basuh baju then sidan then angkat...lipat no no no...huhu dah menambun. Aku sempat gantung baju-baju keje je. Ye la aku dok mengulang ke sepital je, pepagi bangun masak bubur (my father tak leh consume solid food). Tugas tetap aku kalo ayah or mak masuk spital ialah tukang masak. So lepas masak aku gi spital antar makanan, takkan antar je mesti la duduk duduk dulu. Balik dah penat. Makanan family aku pun tapau je kat kedai bawah umah.

Ni ayah dah discharge ruti seperti sedia kala la semula....

Apa citer?

Alhamdulillah my father dah discharge semalam.

Aku baca enty kak gee (ex-opismate) pasal service hospital ampang teringat lak kes ayah aku kat HKL. Sepanjang dia kat spital ni dapat tau memacam perkara regarding ward and war!

Aku baru tau yang kalo ko datang ke emergency then doctor kata jko kena warded maka dengan otomatiknya ko akan ditolak ke ward kelas 3 even ada GL. Then dok la semalam kat wad yang hampeh itu baru diorang bookingkan ward yang sepatutnya macam dalam GL. Then kalo ward yang ko request tu berdolak dalik kejap nak bagi kejap tak nak bagi even ada vacant room, maka tuan punya GL haruslah make an effort to look around (ronda cam doktor pulak...)make sure mmg ada vacant room or bed then cakap directly denagn nurse kat ward tu yang ko dah booking apsal tak kasik pindah?. Nurse to nurse memang tak leh buat camtu sebab nanti war! war! war!..kes masam-masam muka or indirectly cakap nurse ward berkenaan tak buat keje...So, aku dengan gagah perkasanya datang ke HKL. Baru sampai masjid negara kakak aku kol kata dah boleh transfer ke ward kelas 1 four bedded. Even aku entitle bilik sorang tapi daripada bapak aku tersekat kat ward kelas 3 tu baik aku kata on je...

Then dapatlah ayah aku dok kelas 1 sebilik berempat. Sangat selesa ok. sebijik macam kat swasta especially Pusrawi, sebab my niece dulu dok pusrawi 4 bedded gak, so keluasan adalah sama je. Tapi kan, memang area wad 28 (wad kelas 1) totally different dengan environment kat hkl tu. Ko jadik macam tak percaya bahwa wujudnya tempat yang bersih, cantik dan tersusun kat HKL. Hahahahah gila condemn hospital tak hengat!

First time aku datang visit my father mmg terkujat gak la. Aku saja meronda area wad 28 tu, tengok kot la ada bilik sorang yang kosong, coz aku mmg dah caka aku nak bilik sorang. bilik berempat tu temporary je. So ronda punya ronda tgk kat board ada kosong bilik berdua. Ringan je mulut aku tanya nurse tu. Aku suruh refer GL tengok aku entitle apa. Then terus je dia cakap ada patient nak discharge hari tu diorang bookingkan bilik tu utk ayah aku. Then diorang cakap, senang sikit proses kalau waris patient mintak booking sendiri. Apa la, tu bukan keje diorang ke? Ko ingat senang orang nak ulang alik dok perati bilik mana kosong? Luckily aku cuti seminggu lepas induksi tu. Kalo tak maunya aku kena berkejar dari Shah Alam. Lastly dapat gak my father bilik seorang. Lagi selesa sebab sekali family aku visit dengan anak buah aku yang ciut miut semua ada. datang pulak si adam, nakal tak hengat!Orang tak sakit boleh jd sakit.

So, melepaklah ayah aku kat dalam bilik tu dampai dia keluar semalam. Total bil? Heheheheh RM42 saja...8 hari warded. Sebab treatment and ubat free...

Monday, December 28, 2009

What a Life!

Bukan nak mengeluh akan takdir tuhan tapi apa daya aku sebagai umatnya kena la redha kan??

Huh bunyik macam apa je, tapi memang itu yang aku rasa skrg ni

FYI, my father was admitted to HKL 5 days after dia balik dari mekah. Pneumonia and cardiomyopathy. Since habis tawaf rukun dia kena 3 ke 4 kali attack yang membuatkan aku resah gelisah kat Malaysia ni. Nak gi sana aku tengah induksi masa tu. So mmg berdoa berdoa dan berdoa je dari sini. Alhamdulillah ayah sampai juga ke Malaysia on 12.12.09. Then dia nampak sihat even took ventolin puff twice a day. Then it getting worse. Sampai jumaat dia sendiri tak tahan mintak hantar ke HKL. Then masuk 4 hari keluar sehari masuk balik. That time was even severe than before. Aku dah takut since my father suruh kami kumpul adik beradik. Condition dia sangat teruk.

I drive ke HKL from bandar tun razak di waktu orang balik kerja pukul 6.30 sangat laju. 13 minit dah sampai. Aku amek lane kanan, pasang double signal and memecut. kaki menggigil toksah cakap la. Sambil air mata berjujuran and my father mengerang sakit kat sebelah.

Sekarang masih lagi kat Wad 28 bilik no 9 HKL. Dah seminggu. Bertambah sihat dan lebih ceria dari masa dia masuk dulu.

Aku cuti seminggu tolong masakkan bubur and visit dia setiap hari. So, minggu ni dah start keje bertambah bz la sebab nak bangun pukul 5, masak bubur then suruh hubby hantar ke HKL since dia keje kat Jalan Ipoh. takpe la biar la penat sikit sebab lama mana kita dapat jaga parents kita. Masa diorang ada lagi ni la kita nak berbakti.

Monday, December 21, 2009

Hampa..

Apa perasaan korang bila...

Suruh buat keje yang ntah hapa-hapa aku je yang kena, kalau salah apa-apa pun aku je yang dia nampak..

Tapiiiii....

Bila aku request something yang aku yakin aku boleh buat tak penah dapat???

I am despair!

Hampa!

Kecewa!

Monday, November 30, 2009

How we can survive from DEBT?

Well let's do business...
I join hai-o coz you only need to invest ONCE and it'll valid for EVER!.
You work your own time, rasa nak dapat income banyak kerja keras sikit la..
TAK ADA DUIT YANG DATANG BERGOLEK ok! Kena la usaha sikit.
Usaha yang sikit tapi pulangannya ALHAMDULILAH...

I got these point of views from Hanis yang sangat success in doing this business :

I'm my own boss!! I don't have to listen to anyone what to do etc2.
Money works for me!! Yes!
No stress at all!!
I manage my own time. Bangun sukati jer tido pun ikut suka, kalau rasa penat tido. hehe
Busy busy busyyyy?? = MORE MONEY!
I can pass on my title (diwarisi) to my children! Kalau I kerja jadi Doctor ke, Engineer ke i can't pass that to Hariz.
Fastest way to get money within short period. ie I need 30k for kitchen kabinet, simple! Work for it!! 1-2 bln biznes confirm dapat dah.
Dapat 100% full support from my leaders! Kalau bukak kedai sendri, pandai2 la kau survive sendri!
FREE Car, holiday 3 x 1 year, 5 figure income..? What else i can ask for! huhu
Special training provided by our leaders just to help us to grow our business FOC
I meet new people, make friends with them, and do bizz with them! Ikatan silaturrahim
Bila buat biznes, lagi mendekatkan diri kita pada Allah. Kita sentiasa meminta pada Allah untuk murahkan rezeki kita. ;) InsyaAllah
Plan marketing very very unique! Sistem ADIL & SAKSAMA. Bukan pyramid sistem yehh.
I don't have to dress up for office attire, i just can wear jeans as long as it look presentable!
On average I only work 2 hours daily!!
Takde sapa nak marah kalau tak keluar buat biznes pun. huhu
Ohh company ni takperlu disangkal lagi.. BSKL MAIN BOARD, CERTIFIED by KPDN HEP, FORBES 3 years in a row, Listed in Malaysia book of record! Wehuuuuu

So, apa tunggu lagi??
BERMINAT EMAIL ME mazzuana5962@gmail.com or SMS me at 0126590964

DENGAR DULU THEN DECIDE!

Wednesday, November 25, 2009

I'm about to start it AGAIN!

This time i should be more serious than before!
Thinking new strategy to pursue my dream!
Work hard and don't ever scared of nothing AGAIN!
And may His bless with me all the time....

I'll strive harder, struggle for success and hopefully on one fine day the victory will be mine!

Wednesday, November 18, 2009

Alhamdulillah

Dah siap marking semua paper, dan masukkan markah.

Tunggu validation of marks by Ketua Program and bentangkan kat meeting jabatan.

Lega.

Tuesday, November 17, 2009

Layout sempena christmas..

Ho Ho Ho....nanti aku tukar lagi eh

Wednesday, November 11, 2009

Adik Gumuk...

Ni cerita semalam.

Kejadian berlaku dalam keta masa baru balik dari kedai mamak.Dalam keta ada aku anak beranak.

Adam mulut dia memang becok la. Susah nak suruh dia diam. Dia main-main ngan aku. Laga-laga pipi pastu cubit-cubit pipi dia. Pastu dia cakap something yang memang lawak giler pastu laki aku siap terbahak-bahak gelak.

Adam : Ni pipi (sambil tarik-tarik pipi aku)
Mama : Bi pipi adam (tarik pipi dia pulak)
Adam : Adik gumuk.....adik gumuk...(sambil usap-usap (usap ke) bawah dagu aku amcam kita buat kat kucing..)
Mama : Hah???? Apa?
Adam : Mama gumuk...adik gumuk...

Ada ke dia cakap aku gemuk? laki aku memang gelak tak hengat la. Sebab aku memang sensentap sikit bila dengar perkataan gemuk ni. Pastu si adam siap continuously cakap mama gumuk dari tutrn keta sampai kat lif....siot jekk..dia siap gelak-gelak lagi bila aku cakap mana ada mana ada. Siap balas iyer...mama gumuk...adik gumuk...

Nasib baik anak sendiri, kalo anak orang??? Aku tak pukul pun..tapi makan ati la..budak kecik memang suka ayi je nak cakap apa.

Tuesday, November 10, 2009

Aiyoook

Aku sangat bz sekarang. Musim exam. Semua exam paper subjek yang aku ajar dah abis. 2subjek dah siap marking. Ada satu subjek yang belum siap. Banyak yang amat2...ada 3 kelas. Satu kelas ada average 30 orang. Mabuk membaca...

So blog akan amat lah bersawang. Habis exam business aku nak kena pegi kursus pulak. 16 hari. Mesti ada spider sekali blog ni nanti.

Tuesday, October 27, 2009

Alhamdulillah

My father will depart for his pilgrimage on this coming Thursday.

Alhamdulillah. He is very very happy when tabung haji call him on 14th October to tell that he's being chosen for this season. Tapi banyak gak dugaannya. I tried to call tabung haji several time after we went to tabung haji on the 15th october to pass the passport for visa application. They told us to wait for 5 days for visa's approval. Since they told us to wait, there we wait patiently. Sekali on 19th i called, one nice lady told me that his visa was not approved yet. Tunggu lagi. On the morning o 23rd October, call again after hundred attempts (serious hundred ok!) baru managed to get someone over the phone. Sekali tu dengan excitednya that guy told me to write the departure details, he told me that " Ayaha puan dikehendaki melapor diri di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya pada ukul 3.30 pg,then he paused...' sambung balik..'hari ni la puan...pagi tadi'...i was like...haaaa?????? nak juling bijik mata tersembul keluar semua...pagi tadi???? mana dapat surat ke phone call ke bgtau to depart that soon????? Aiyak...

Terus je aku capai kunci keta berdesup nak pegi Pejabat Tabung Haji Wilayah, then makcik at TH Wilayah tu told me to call this this number at HQ TH Jln Tun Razak. Aku kol, managed to get his secretary, she advised me to come over the counter at tingkat 30, terus je menuju ke Jln Tun Razak. Asked cik abang to get ayah's medical check up report and the buku kesihatan bakal haji at Klinik Kita Desa Pandan. Nasib baik dah siap medical check up semua, kalo tak?????? nak tunggu result pathology je dah dua-tiga hari...So, tunggu giliran kat tingkat 30. Cakap ngan staff tu bebaik je sebab she was so nice and keep smiling. Tak jadik marah. She admit that there was an error. And finally, dapat tarikh baru iaitu at 29th October 2009. Last Sunday buat kenduri doa selamat. And sekarang ni aku nak gi Mydin Mall nak gi beli barang-barang tambahan dia. Ihram semua dah siap beli dah.

This coming friday insyaallah my father akan berangkat ke Tanah Suci Mekah. Penerbangan balik on 12.12.2009. Insya allah.

AYAH..MAZ DOAKAN AYAH AKAN SENTIASA SIHAT DAN DAPAT BERIBADAT SEPENUH HATI DI SANA...SEMOGA DAPAT HAJI YANG MABRUR NANTI.

Wednesday, October 14, 2009

Sakit apa ni ek?

Lately my right hand frequently feels numb and sharp pain especially when it is in resting position. tengah google apakah jenis penyakit ni tapi tak jumpa lagi. Tak tau nak taip suitable keywords. Ada my fren yang penanh kena this kind of sakit tapi lupa apa nama dia ek. Then the cure is operation Even it is only a small operation but it may cost u aroung 5000++ ye puan-puan. For me, duit tak jadi masalah sebab me gomen servant boleh amek GL saje, tapi takut tu melebihi segala rasa yang lain..heheheh

So, sekarang bila malam je me tampal koyok and sapu yoko-yoko..baru lega. pegi klinik panel dia kata excessive use of hand muscle. Huhuuhu iye ke? Bukan apa takut jugak as my mom felt the same thing when she was diagnose with high blood pressure then lead her to have stroke attack and as a result kaki, tangan belah kanan my mom dah tak kuat lagi....takut...sebab high blood pressure ni inherit disease.

Nak kena pegi pakar la nampaknya...sebab klinik-klinik biasa ni kengkadang nak cepat je, and one more doktor2 nya banyak yang general practice, so kalau pakar diorang check thorough sikit. Hmmm...bila la nak pegi.

Friday, October 9, 2009

SAKIT KEPALA!!!

This whole week aku sakit kepala...tak tau kenapa. Semalam balik awal (bukan semalam je..hari2 balik awal ok!) sebab ngantuk giler babeng. Ada ke Adam suruh aku bangun pukul 2.30 pagi bukakkan dia dvd ultramen dyna dia...hangin je mama dia ni. Aku jadik kejam marah dia yang kepisat2 atas katil..aku tak kasik dia lelap sebab nak tengok ultraman sangat kan....sampai nangis-nangis budak tu. This is not the first time ok...almost everyday jadik camni...akku penat la..dah dia tak bagi aku tido suruh aku celik tgk citer tu..end up sakit kepala bila bangun tido. Dapat tido dalam 2 jam je...letihhhhhhh...


I'm MENTALLY exhausted! Help me puhhh-lease!

Monday, October 5, 2009

Capek!

Semalam gi open house 2 umah. Satu umah my roommate kat Sg. Buloh satu lagi umah mak ngah rais kat Keramat.

Pagi tu dimulakan dengan misi ke kedai pintu nak survey harga panel door untuk ganti pintu2 bilik kat umah. Ni semua laki aku punya pasal aku kata jangan cat dia nak cat gak kaler putih. last2 bila dah cat tak cantik jadiknya kombinasi kaler pintu tu. ye la, flush door jek kalo dicat kaler apa pun mmg tak cantik. Tu yang nak tukar panel door pulak. Sekali tu survey harga sekeping pintu + lockset + installation + spray kaler harga nya rm420...bodek lagi dapat RM390...kol pakcik aku tanya harga tu ok ke tak (apa da QS kol tanya kontraktor..hahah) dia kata ok la tu kalo dapat murah ke RM350 pun ok. Kira punya kira, 3 pintu yang nak ditukar tu dah makan seribu la pulak...sungguh tak best bila kena kuar ribu nih...hatta SE-ribu. So biar je la dulu...

Dah tu pegi le ke Sg. Buloh, my hubby tgk umah kawan tu kat pintu bilik dia pasang langsir. So dia kata beli langsir je la letak kat pintu. Aku dulu membantah keras ok nak pasang langsir kat pintu sebab aku rasa macam umah orang dulu-dulu (no offense ok saper yang kat pintu dia ada langsir, umah mak ku pun ada langsir gak). Dah jadik camni kena redha je la. Tapi aku bagi syarat, aku tak nak rail langsir biasa tu, nak kena la padan ngan rail kat sliding door kan...maka aku cakap aku nak decorative rail tu jugak...cik abang approved proposal..

Balik dr sg. buloh gi keramat jap, buat syarat tunjuk muka kat mak ngah, then berdesup gi Carrefour wangsa maju carik langsir kat nagoya. Dah pilih punya pilih, mintak dia potong 3 terus so aku tak yah nak mengukur bagai lagi...jahit je terusssss.....Solution yang sangat murah ye kawan2 tak yah nak beribu.

Balik dari Nagoya dah dekat pukul 7 dah...jalan tak jem sangat. Just spot2 biasa kat MRR2 yang memang lubuk jem tu je la yang sesak. Kenapa aku bersusah payah nak menukar pintu dan langsir secepat mungkin??? Sebab kawan2 ngan anak murid aku nak datang raya ujung minggu nih. Aku tak buat open house so saper nak datang bagi tau in advance je, kalo main terjah je ate makan kuih raya saje le yer....

Tuesday, September 29, 2009

Hiatus Mode

Silent kejap sebab keje banyak giler....masuk2 dari cuti panjang raya aritu sendiri terperanjat penuh meja aku ni ha dengan assignments, dissertations, interim reports....tak bleh nak ber blog dengan senang hati yer...so i'm gonna be in hiatus mode for a week maybe.

Tuesday, September 15, 2009

Perfume For Sale

Aku ada 2 perfume yang tak sampai 5% pun guna....nak let go at a very amazing price...postage adalah freeeee...cepat cepat...



FCUK 100ml - RM100


Modern, seductive & sexy fragrance
Created for women who like experimentation & adventure
Top notes are bergamot, muguet & water iris
Middle notes are barringtonia flower, peony, jasmine & violet
Base notes are golden amber musk, cedarwood & sandalwood
Perfect for daytime wear
**Condition : Use only 5% of the content
**Complete with the box.

CKIn2U Pop 100ml - RM100


Perfume for women CK IN2U POP for Her is a fresh, fruity-floral fragrance, which includes tropical aromas of papaya, lime bark, plum blossom, lonesome vanilla and woody accords. The bottle has the same shape as the previous edition, but this perfume is available in a limited amount of 100 ml edt.
**Condition : use 10%
**Complete with box.
Those interested email me at mazzuana59622@gmail.com or sms me at 0126590964
Once confirmed, i'll let u know about the payment method.
Hurry up!

Monday, September 14, 2009

Sneak preview

Anak bujang aku dah tak menyempat tunggu raya (read:makpak dia yang tak sabo sebenarnya)..nak melaram dah ngan baju raya dia..gambar amek masa balik dari menabur duit kat Jalan TAR..jumaat malam...belikan adam songkok ngan sampin kain pelikat...pastu ada tersesat orang jual spender budak kecik pulak..gambo ultraman pulak tu..belikanla untuk anak bujang aku...inilah hasilnya...





Hari sabtu pulak aku continue sopink lagi untuk carik baju melayu my father, my nephews, and a few barang perhiasan rumah mak..tetiba terbeli pulak bunga yang dah siap gubah..flower arrangment kedai auntie ni cantik2 and yang penting murah compared kedai melayu kat tepi2 tu..budak malay tu siap sombong lagi nga haku ko...gubahan tak cantik mana, ranting lagi banyak dari bunga api semua rm200 and above...jangan mimpi nak dapat below RM200...last2 beli kat auntie tu, oleh kerana aku gi naik LRT, aku tinggal dulu bunga tu kat kedai tu, malam aku amek ngan encik rais...malam pegi pun ramai benor orang...hissshhh..aku kena parking kat ujung lorong ariani/jakel tu...aku jalan masuk dalam amek bunga, bila keluar amek kau sepemeluk aku bawak bunga kiri kanan, bunga aku ngan akak aku...tapi worth it..harga boleh tahan la...

Ni bunga tu..RM160 after less, before RM189

Lengkap dah sopink raya tahun ni...duit dah menipis..so dok diam tunggu raya tiba je..

Satu Ketika Dahulu...

Nak tengok gambar2 masa aku muda-muda dulu...ala sekarang pun muda jugak....huahahha..Gambar-gambar ni amek sekitar tahun 2000-2003..ada banyak lagi..yang ni je sempat aku snap balik guna kamera fon...nak scan scanner aku tak compatible ngan windows vista

Saksikanlahhhhh (nyanyi ikut slang iwan dangdut lagu memori daun pisang..)

Ni aku masa berapa bulan ntah...

Ni masa konvo diploma

Masa konvo gak

Dalam dewan kuliah

masa gi lawatan kat kelantan

Ada banyak lagi...kenangan gi piknik kat air terjun gunung pulai...seminggu balik dari piknik tu ada tragedi banjir lumpur kat kawasan air terjun tu, ada yang mati...terus tutup dah kawasan piknik...masa tu seksa sikit la gambo mandi..takleh tunjuk..lagipun tudung-less..pakai suar sontot pulak...hahah kumpul dosa kering je kang...

Nanti bebila updet lagi eh...

Friday, September 11, 2009

Mau Tukar Duitttt..

Aku mau tukar duit untuk raya di bank...

Tapi mesti raaaaamaiiiiii lagi la area shah alam bank tak penah tak de orang....memanjang penuh.

Tak de nak tukar banyak sangat, anak buah 8 orang...mak ayah...malas nya nak beratur..

Tapi aku mood happy hari ni...sebab baju raya saya sudah siap. Harini tadi bawak gi opis sebab nak suruh member tolong jahitkan manik...baru lip lap lip lap...hahaha.

Harini malam lepas berbuka kami nak pegi jalan TAR, nak gi beli songkok ngan samping anak bujang i....semalam dia try baju melayu yang baru siap tu, comellssss pastu tak nak bukak...adam dari baju kasut segala biru...nasib baik tak pakai spender lagi, kalo tak spender pun biru...

Ok nak gi bank dah...

Tuesday, September 8, 2009

Yeay...

Dah abis format paper dah...nak baca dissertation student pulak..ada 7 ma....menanah bijik mata aku. Apa aku buat hari cuti panjang aritu???

Selain dok umah jadik bibik, aku buat kuih beb....tapi traditional betul la...kuih siput uols. Penat aku menggentel kuih tu atas acuan dia. Dah siap dah. Nak buat kuih ros, tapi aku bancuh-bancuh tak jadik lagi..kena try n error pulak.

Ujung minggu ni ingat nak buat coklat chip yang meveles (sendiri cakap maveles, chit! tak malu!)...tunggu je la, jadik coklat chip ke tak...heehehe

Kang jap jap lagi aku continue lagi story lain yer, ada kelas kul 11.30...aku nak scan gambo zaman blaja dulu tapi tertangguh tangguh...tunggu yer....

Friday, September 4, 2009

Busy Bee

Eiii tengah bz meng'format' paper orang lain untuk diletak dlam juornal...banci la buat keje ni..

Banyak pulak tu..tahun 2004-2007..setahun ada 2 volume. Satu volume dalam 5-6 paper...fenin fenin..

Ingat nak gi Sogo tapi macam tak dapatttt jek. Sekali lagi menci disitu...

Tuesday, September 1, 2009

Wednesday, August 26, 2009

Apa Mau Makan Iftar Nanti???

My hubby ask me for ikan bakar...dia cakap beli je, but being me yang lebih suka masak compared beli dah tak tentu arah pikir nak gi hypermarket mana nak carik ikan....kat shah alam ni paling dekat bintang seksyen 7 ni la, tapi tak fresh, nak gi giant seksyen 13, macam malas...nak gi tesco pun hmm....

Kalau nak beli rasa cam tak best je. Sebab aku beli masa balik keje kang, dalam pukul 3.30..orang jual pun baru nak panaskan minyak aku dah terhegeh-hegeh nak beli pulak...

Dah 5 hari puasa, aku berjaya tak makan nasik 4 hari....makan kuih, minum JDM...tapi JDM tu aku selang2 pulak...mood tak mari tak minum...cemana tu???

Ni tengah bsan sebab orang lain ada kelas aku sorang tercongok kat bilik, hari ni free. Member cakap kat SACC mall best. Berkobar-kobar aku nak gi ni...ingat nak gi on friday tapi friday nanti aku kena balik awal gak, take over tolong my mom jaga bebudak...my father ada appointment kat spital. Tak pe...ujung minggu kan ada....cuti panjang kan...

So korang apa plan menu bukak posa arini?

Monday, August 24, 2009

Halluuuuuu everybody..

Huh lamanya aku tak update..
Dimulakan dengan pagi yang tak berapa indah la...sebab aku kena hantar adam kat umah my sis kat puchong sebab dia buat hal tak nak duduk umah wan dia...maka petang ni aku and babah dia gigih mengharung jem yang ada kat kolumpo and puchong tu nak berbuka di sana seterusnya mengambil dia... Sampai opis jam 10..heheh lambat tak? datang lak sorang student aku yang tak pernah aku tau kewujudan dia dalam list supervision aku...datang bagi aku hangin jek...pastu untuk meng'cool'kan diri aku telah memecut kereta kecil ku itu ke Mutiara Damansara membeli ini (alasan baikkk punya!)



Ikut hati mati kata orang...memang betul pun, bukan aku yang mati (kalau dah ajal mati gak..) tapi poket aku yang nipis nak mati...nasib baik jugak gaji masuk esok...hahaha...Pastu terus gi kelas...balik kelas beli lauk kat kafe, untuk berbuka bersama family kakak ku itu, for sure aku berbuka dalam keta je ni...giler babeng jem ni kang...

Nak singgah seven 7 beli roti, nak makan ngan serunding yang student aku bagi ni...

Ok, selamat berbuka puasa..

**Dah dua hari posa aku tak sahur dan berbuka hanya makan samosa and karipap seketul...aka kuruskah aku??? wah perahsannnn...lemak tepu ada hati nak cairkan...

Monday, August 17, 2009

Keta Aku Ilang??????

Nauzubillah.....

Mimpi je, malam tadi termimpi buruk pulak. Mesti aku miss baca bismillah...

Live From Crowne Plaza Mutiara

Rite now aku ada kat Crowne Plaza Mutiara KL, ada Pacific Association of Quantity Surveyors Conference, aku jadik Rapporteur..tapi session aku esok pagi and petang....maka pagi ni aku hanyalah mengcollect cv speakers sahaja. Awal giler aku sampai. Ingat nak elak jem...ye la hotel ni ada kat tengah2 pusat bandar mau giler lambat kalau aku keluar lambat. Tadi keluar pukul 6.45, tuang minyak semua pastu ikut AKLEH, maka pukul 7.05 dah terpacak kat lobby. Efficient kan aku, wahh puji diri sendiri. Tapi petang kang hambik kau, nak balik jalan mesti jem giler babeng...

Aku ingat nak naik LRT tapi malas la, dengan nak bawak laptopnya, nak bawak blazer, pastu handbag aku lagi....terkedek-kedek nak turun kat stesen hang tuah pastu nak kena naik tangga jalan kaki ke stesen monorel pulak, dah le aku pakai baju kurung batik..kang mau peluh nampak...banyak la alasan aku ek...

Tapi takpe aku redha la jem petang ni. Today is the last day adam kat umah nenek dia, esok nak gi umah wan dia dah. Actually hari ni dah kena dok umah wan, tapi babah dia takleh amek cuti le pulak, tetiba jek...esok baru boleh amek leave, maka esok la adam start dok Klang Gate.

awkward nya rasa bila aku sengsorang jek orang uitm kat sini, yang lain belom nampak batang idung. Registration semua handled by ISM, apa aku nak buat? Datang cepat salah, datang lambat pun salah...haiyaaaa...

Thursday, August 13, 2009

Gila awal aku sampai

Awal gile aku sampai opis hari ok...semangat sebab ada kelas pukul 8.30...hari ni je kelas aku 8.30, hari lain samada petang, takde kelas or paling awal pun 9.30...

Internet laju gilos, tu la aku kutuk kaw kaw semalam sebab tu laju sikit hari ni..takut kena sumpah lagi...

Sambil menaip sambil makan roti cheese beli malam tadi.

Aku tengah pening sebab babysitter adam dah nak berenti dari jaga adam and sepupu-sepupu dia...hari ni last day, aku baru tau semalam mak aku cakap. Dia amek skim latihan sisawazah menganggur tu...kesian tau dah 3 tahun abis study tak dapat keje lagi...So, apa plan aku skrg ni? Nak masukkan dia nursery? Dah tanya dah area shah alam ni, tapi aku rasa macam mana aku nak bawak adam dari ampang ke shah alam without dia sit on my lap masa aku drive...kalau ngan aku memang itu perangai dia...pastu nak buat aksi lari sambil sorokkan diri aku yang kecik ni tak nak bagi dia nampak aku nak gi keje...kang melalak bad mood seharian...pastu camana dia nak mingle around with other kids kat taska, adam ni territorial sikit tau perangai dia aku rasa sebab kat umah mak aku dia jek yang badan montel sikit, yang lain kurus and kecik even sebaya...tu yang dia berkuasa melebih lebih tu...sense of sharing yilek...dia memilih sikit nak share barang ngan sapa...aku tau mesti ada yang cakap hantar taska la dia boleh build up sense of sharing and be friends with other..tapi aku ni la pulak yang kecut perut....

Laki aku pulak bagi pilihan anta je kat umah MIL. Aku ok je since my MIL memang jaga budak kecik yang lebih kurang baya adam sorang and adam sangat suka main ngan budak tu...tapi adam ni pulak kalau ngan wan dia tu memang tak ngam...kalau ada mak su, atok or pak ngah dia baru dia on..kalau tak memang pegang seluar aku or babah dia je...tapi laki aku nak try dulu...jumaat still hantar kat mak aku lagi, takleh la mengejut nak hantar gi umah wan dia (belah laki aku adam panggil nenek dia wan)..kang bapak aku sentap okeh...isnin babah dia nak EL, hantar je gi umah wan dia pastu nak buat2 keluar gi keje...tengok dia boleh survive tak...tak lama dah adam nak 3 tahun..aku tunggu adam 3 tahun je pastu nak anta dia sekolah....balik sekolah terus dok day care kat sekolah yang sama. Aku dah tgk sekolah tu kat Taman Midah, Cheras ada satu, kat area umah mak aku ada satu...silibus ok, harga pun ok, anak-anak buah aku semua sekolah situ alhamdulillah semua cerdik akal la...tapi mmg kena tunggu 3 tahun baru boleh masuk...sementara tu aku kena la train adam diaper-less, bottle-less aku tak sanggup lagi kang kurus pulak anak aku, makan sikit punya choosy, ada angin dia nak makan sia mintak la, ada tu kul 10 malam mata aku dah nak lelap pun dia mintak nak nasik ngan cit cit goyeng (read : ayam goreng)..bangun la jugak buatkan...tiba hangin taknak makan, ko masak lauk feveret dia pun dia bolayan.....so kena bagi susu dulu kalo tak kurang vitamin pulak anak aku...

Hmmm so hari ni mesti aku dok pikirkan masalah ni....nak amek maid, no no no...laki aku memang tak suka...aku ok je...rumah bersih n teratur je tapi umah aku tu sekangkang kera, kemas sendiri pun boleh, ngada-ngada nak amek maid pulak..so ada cadangan?????

Wednesday, August 12, 2009

Tak pasal-pasal je

Benci betul kalau tetiba je aku yang kena.

Internet pulak ding dong memanjang, pastu scarf yang aku beli online tak dapat2 sampai sekarang. Dah dipos 15 july lagi, tapi tak sampai2....ntah makhluk mana pulak dah menggayakan scarf tu....eh kalo kita buyer tak dapat barang camana ek? seller's responsibilities kah?

Serabut la...

Friday, August 7, 2009

Ahhh aku tergoda jua...

Oleh kerana posting puan ana pasal tudung deZahra tu, aku dengan gigihnya google carik info pasal tudung tu. Aku penah try tudung awning yang murah2 la...tapi aku rasa cam kelakar je...

Oleh itu aku menutup terus nafsu aku ke arah tudung awning tu...lagi la bila nak gi Arianni or Munawwarah terbantut je..ada jek aral melintang. Tapi bila aku tengok Ana pakai cantik la pulak....aku tanya ne of deZahra dealer, Diana kedai deZahra tu kat mana...sebab aku nak try dulu. Takut bila beli online then dah dapat tetiba macam tak suit kan...so gigih ni carik alamat and dok membayangkan kat mana.

Tadi pulak kelas kejap je, sejam kelas sejam tutorial. Dah plan ngan roommate aku nak gi deZahra tu dari hari rabu. Maka, pukul 12 tgh hari di hari jumaat yang indah...bergerak la kami ke deZahra. Sampai sana aku dah tak tentu arah tengok banyak nya tudung...pastu tak kisah ko nak try bukak je plastik try je la...nanti akak kedai tu lipat balik...so try punya try punya try...aku beli 2 helai....pastu kawan aku yang sorang ni dah buntu nak pilih yang mana....kena gi lunch dulu baru boleh berfikir dengan waras..lepas lunch sambung pilih balik...aku beli lagi satu...hehehe tamak kan???? tak hagak-hagak...


ok tak???Satu lagi gambar tak leh publish sebab aku dah tukat pakai baju seksi tetiba teringat tak snap yang tu lagii...

And i'm very happy sebab aku rasa sangat best pakai tudung tu....nanti nak gi beli lagi sebab stok baru sampai tiap2 minggu...harga dia ok compared ngan arianni and munawwarah...aku tak mampu le nak beli mahal-mahal...ni pun tak tau camana gaya nak menjawab dengan perdana menteri kat umah tu kang....

Thursday, August 6, 2009

lapar tahap gaban

aku lapar tahap gaban nih....sambil tersedu berbunyik macam orang mabuk plus pedih ulu hati aku tahan lapar ni sebab baru pukul 10.45..pagi tadi kelas 8.30 aku keluar umah pukul 6.45..sampai sini pukul 8, prepare nota apa yang patut tak sempat nak breakfast....ahhhh mencik!

Wednesday, August 5, 2009

SiLa CooL kan DiRi AnDa...

Ye itulah ayat untuk aku di waktu nak masuk tengah hari ni...

kalau tak mau aku darah tinggi lagi...

Student under my supervision datang tadi, siap bawak chapter 2 & 3 dissertation dia suruh aku check. Aikkk pelik, chapter 1 dia pun aku blom agree lagi dia dh bagi chapter 2 ngan 3??? Kalau ayat tu masya allah, memang tak paham langsung melainkan ayat yang dicedok dari artikel memang paham la...tak la aku nak kata aku punya english power sangat, tapi kalau setakat simple conjuction, simple sentence tak yah guna bombastic words pun dia tak leh buat camana???? hati aku ni membara jek....aku tak pandang muka student tu pun sebab nak elak aku lagi marah...

betul orang cakap kalau sama gender ni panas sikit ek...student aku tu pempuan...setakat ni student pempuan aku yang ni paling bermasalah...yang lelaki ada jugak, tapi seorang student sem lepas sangatlah rajinnya....yang sem ni budak lelaki dia macam tak tau arah tuju sikit, pastu apa yang aku suruh buat melawan pulak....eiiiii tensennya.....

Malas la nak membebel lagi...menyampah orang nak baca. Sekian sahaja luahan rasa dari seorang lecturer cabok!

Tuesday, August 4, 2009

Terkenang kisah dulu..

Semalam aku dok carik barang kat bilik dokumen kat umah. Sekali tu terjumpa sebundle album lama aku...rupanya ada gambar dari aku zaman diploma dampai la ke dah mula keje....Kelakar giler tengok muka aku zaman dolu...ye la masa tu kurus sket (sket ke??banyak ok!) dari skrg...muka cengkung..pipi tersembul..skrg try???? mana pipi ngan dagu pun susah nak beza...nanti aku upload gambar yer..kena scan dulu...scanner pulak aku terinstall bahasa spain...mampus nak faham...

Masa diploma, best giler...masa tu UTM ada program integrasi lagi..meaning that we have to complete our diploma courses dulu then if perform baru naik ke degree...entry straight after SPM..skrg dah tak de...dah bezakan between degree and diploma...diploma skrg kat KL degree kat JB...MAsa tu best giler...roommates aku masa first year ialah Dida-Budak taiping amek Sains Komp. ngan Nana - Budak Tengganu sekelas ngan aku(Kolej Tun Fatimah a.k.a Belian - Blok H4) bilik aku tingkat bawah tepi sekali H4-101...aku ni pulak mana la penah bergaul ngan orang luar (orang negeri luar especially state yang ada dialek sendiri), first time dengar roommates aku tu bercakap aku tak paham...ada sekali si dida mintak biskut, dia cakap nak roti...aku buat bodoh je la..dia nak cakap bibir, dia panggil bibiaq...aku mmg guling2 gelak la...memang macam ayam cakap ngan itik...tu belum lagi problem nak paham bahasa kelantan...aku tak paham tubik tu apa...ada sorang classmates aku ni kebetulan datang blok aku dia cakap bawok tubik seterika tu...aku memang muka blurrrrr giler...last2 aku patah balik masuk bilik buat2 bodo ala-ala aku tak pernah terjumpa classmates aku tu...tapi dah lama-lama tu dah biasa dah....Dok bilik bawah tu sebelah public phone selalu la dengar ayat-ayat cinta, drama air mata, gaduh laki bini....sebab study table aku betul-betul ngadap tingkap kat public phone tu....pastu masa kuliah dok sibuk hafal lagu TumPaSeAyer...lagu kuch-kuch-hota-hai, lagu Koi-Mil-Gaya..pastu berlari-lari balik bilik dari kuliah pasang cd kuchkuchhotahai tu tang yang shah rukh tengah nyanyi ngan kajol kat ladang kuda..perghhh hensem tak hengat.

Masa second year aku dapat dok bilik H02..bilik besar belah tepi...masa ni dok bertiga...rommates aku Myza, Ja and aku la...best giler besar bilik ni, selalu jadik port makan-makan geng kami...masa ni memang jadik hantu CD la...asek beli CD je...aku takde pc lagi second year...so aku beli cd pasang kat pc myza. Pastu masa tu tengah giler handphone...bunyik monotone tu...giler la...pastu baru start teknologi sms, aku ingat lagi digi yang perkenalkan dulu...aku pakai maxis maka tak tau sms lagi....Kalau dengan budak kelas aku memang tak campur sangat, aku balik-balik mesti ngan geng aku...tak de nya nak campur ngan orang lain....pegi JB naik bas 214...pastu bas awam dah takde masuk UTM...kenalah menapak keluar ke tasik kayak yang busuk tu nak naik bas...tapi takpe..jalan ramai-ramai mana rasa...pegi JB pegi Plaza Kotaraya....

Masuk tahun 3, aku dah dapat bilik berdua...rommate aku Shasharena...masa ni final year diploma...shasha roommate aku for 1st semester tu je, second sem dah tukar roommate baru iaitu BFF aku skrg ni Nani Ernie...masa semester 1 tu, aku dah startbaik ngan bebudak kelas...study group...aku lebih banyak bercampur gaul ngan bebudak lelaki and pempuan....masa semester ni jugak aku berjiran selevel selang sebilik ngan arwah Suraya dan senior bernama Sumaisarah...end of this semester kami kena buat final project, masa ni jugak la aku start rapat ngan someone, takyah sebut la, dah kawen beranak pinak dah...bila habis diploma half daripada kelas je yang dapat sambung ke Degree....and teman tapi mesra aku tu pun tak dapat sambung...nani masuk bilik ganti shasha...masa semester ni jugak aku sakit....asal makan jek muntah...berat dari 58kg jadik 49kg sahaja..tulang tersembul sana sini....aku ada masalah makan and masalah dalam perut...kalau puasa berbuka hanyalah dengan sebijik karipap sahaja, pegi klinik doktor cakap aku bulimic! bodo....tapi serius seluar saiz 26 you....hahahha merasa la kurus jap...pastu bila dah okay aku membesar bagai johan...masa ni jugak teringat pegi PARAM (Pasar Ramadhan) dekat ngan tasik kayak tu..tapi best masa ni, sebab QS student tak ramai...maka kami memang rapat.

Masa final year aku dah bawak kereta kancil kaler kelabu, WHM 4484..masa ni memang kejenya makan kat luar je...tak main dah makan kat dalam kampus...wahahha sket-sket pegi Jb, tengok wayang tipu pak guard...gi tengok KL menjerit kat Plaza Pelangi ngan geng-geng budak lelaki...hahahah pastu gi main bowling...gi buat dissertation memang seronok sungguh..masa ni aku duduk kat KTF lagi tapi roommate aku kakak yang dah kawen course town planning...budak town planning memang selalu tak de, lagipun akak tu asal ujung mggu je dia balik KL...dia pulak tinggalkan aku makanan macam-macam...mas ni pun kat bilik aku ada rice cooker, tv segala...memang jadik port makan-makan...selalu masak nasik, lauk kentang goreng campur bawang ngan ikan bilis, sambal sardin..geng aku nani, yah , qillah and zura...masa tu lauk tu pun dah sangat best....ngan geng-geng ni aku rapat sampai la sekarang ni...

Bila teringat balik zaman belajar memang best, suka betul kitorang dok ejek Lecturer...yang Pak Amin ada gaya cakap tersendiri..macam meneran jek...yang prof ghani ngan aaaa....aaaa....aaaa...menganga je...yang encik mail serius masa ngajar takleh orang cakap sikit, nanti kena halau....sapa pakai baju lengan pendek or baju yang lengan panjang tapi badan pendek, kalau jumpa vanbiru pemiliknya encik norizan silalah lari laju-laju jangan toleh belakang, sebab nanti silap-silap ko fail...dia memang allergic tengok pempuan tak tutup aurat ni...aku dulu masa masuk 1st year manapakai tudung, dalam sebulan masuk baru start pakai sebab malas asek kena sound ngan dia je...yang en. k pulak asik nak melucah jek...kalau kelas dia patut 2 jam memang seploh minit je...tu pun dia browse nota slide (masa tu pakai ohp yer..) yg dia dh bukukan (wajib beli yer, kalo tak fail la ko!)..pastu dahhhh....

Kalo nak citer memang tak abis la...tu yang skrg bila tgk student2 aku buat aktiviti teringat kat kawan-kawan masa belajar dulu...cuma aku ni pesen apa tau...malas nak contact kawan2 lama...balik2 kawan aku yang ituuuuuuuu je la...tapi takpe aku happy...

Monday, August 3, 2009

Citer PD sambil layan lagu Retro

Untuk menghilangkan kebosanan aku layan aku Datuk Malek Ridzuan - Kelip-Kelip Ku Sangka Api kat youtube. Pastu layan aku Seruling Anak Gembala - Jerrydin...jap lagi nak carik lag sharifah aini apa ntah tajuk dia...syok betul la..

Hari ni lemau sket nak gi keje, penat la...semalam balik dari PD sampai kl pukul 2.30...panas ya hamat! Aku gi ngan family in-laws, dok kat Apartment KWSP, Tanjong Tuan. Ok la...just penat nak naik umah tingkat 3..tak de lif...bergetar lemak peha ayam gred-AA aku ni ha dok mengangat si adam yang bogel baru abis mandi laut...tak nak jalan sendiri sebab selipar dia ada pasir....kalau ringan tak pe gak..ni kusssss semangat!

Aku gi PD pukul 3.30 hari sabtu...cik abang keje pagi tu...dia balik pun dah pukul 2...aku pulak lepak umah mak memang silap besar la nak suruh aku keluar sharp exactly bila dia balik keje...ye la akak aku yang kat Puchong tu sampai pun dekat kul 1, mana puas nak gossip2 nak ngumpat2 kejap je..mau la aku lajak-lajak sket. Rumah mak aku serius dah macam pasar borong. Ngan budak kecit2 ni main bola la memekik-mekik ntah sebab apa, ngan mak-mak budak ni berborak tak hengat gelak berdekah-dekah...sian aku tengok si Aliff (anak buah aku yang baru sebulan lebih)..dia tido rilek je sebab aku rasa telinga dia dah kebal ngan bunyik bising...

Sebelum gi PD singgah bengkel adik aku dulu kat Kinrara nak amek PSP aku yang dia baru crack kan...then baru gerak ke PD...sampai PD dalam kul 4.30...tengok air laut tengah pasang....bahaya bahaya...blom bley mandi...adam bila tgk laut je dah tak tentu arah dah ni....nak lawwut lak lawwut...dia debut laut comey betulll..lawwut...naik umah dulu sebab aku dah kebulur tahap cimpanzee...dinding perut depan rasa dah berlaga ngan dinding perut bahagian belakang namun tidak juga kurangnya kadar kebuncitan ini...hahhaha, dah makan baru la aku boleh bernafas....

So, dalam 5.40 camtu babah dia dah calling-calling suruh turun bawak suar pendek dia ngan baju mandi adam....maka aku pun lenggang kangkung ala-ala gloria madagascar turun bawak tuala ngan suar dua lelaki itu...


Maka diorang pun mandi sampai 6.45 camtu. Adam tak takut air langsung, rilek je dia jalan dalam air tu even air sampai paras leher dia (leher dia lutut kita je...)ngan ombak besar...suka kemain...dia siap tepuk2 air then jilat...cheh! rasa masin tu sedap agaknya...

Naik je umah, diorangmandi, while aku dah start nak masak dinner malam tu...yess i'm the chef for that night...buat mihun soto...ala apa susah buat supnya je...begedil aku dah siap2kan dari umah mak tadi....cili kicap pun dah siap buat pepagi buta...dua bungkus cili api aku blend..berasap telinga diorang. Nak BBQ tapi kena tggu turn tempat BBQ nya 2 je...satu family ni siap conquer 2-2 tempat...lama pulak tu. Penyudahnya pukul 10 camtu baru dapat buat BBQ...aku pun dah hanyut dilautan sepi ngan adam....
Muka budak penat kena lambung ombak

Tapi bestkan tengok Majalah 3 sabtu lepas, tribute to Allahyarham Yasmin Ahmad. My personal opinion la kan, arwah ni very loving, caring, humble and sangat menghormati parents dia...cukup jaga adab ngan parents...kagum betul. Lepas tu aku layan citer Mukhsin jap, belum sempat abis aku dah tidoooo....

Esok pagi bangun je adam sibuk nak mandi lagi, tukarkan dia baju terus bawak mandi laut..sejuk menggigil-gigil badan dia...ngan bontot dia yang seciput tu bergegar2 tahan sejuk...kelakar je tengok. Yang kali ni adam surrender awal, dalam sejam mandi dia ajak naik dah...nak tok nak tok, sebok carik tok dia...pastu nak nenen hot...sementara dia sibuk main ngan tok dia aku kemas baju...then gi apartment sebelah (MIL aku dok umah sebelah yer...) tolong kemas basuh segala pinggan mangkuk, kutip balik mana yang aku bawak. Then by 12.30 chow...yang lain nak tunggu lepas zohor, aku malas nak tunggu lama, lagipun adam dah start tantrum sebab dia ngantuk..lebih baik aku zasss dulu. Singgah beli buah, tuang minyak...penyudahnya dalam 1.30 gak betul2 keluar dari PD heading highways.

Singgah umah mak, turunkan buah yang aku beli tu, lepak jap. Dalam 3.30 balik ampang. Abang singgah Brothers tukat door visor wira, then berdesup balik umah. Aku layankan adam main sementara abang pegi basuh 2-2 keta....bagus, bersih keta aku! Malam tido awal sebab penat!

Plan to go PD again with my siblings. Before puasa maybe 15 or 16...tak sleep over pun daily trip. best pulak sebab tgk adam happy dapat main air...ni la bila jadik mak-mak, walaupun aku tak suka sangat laut, sebab nanti aku jadi lagi garing, tapi dah anak suka aku layankan aje....

Friday, July 31, 2009

Fire Stone?

Aku and roommates meng-agak ada orang yang telah menjadi fir stone melaga-lagakan us dengan our boss. End up itu boss bila dengar je suara kami kami ini maka melenting nad kebabom tak de nak cakap sopan-sopan malu pun ngan kami, walhal dulu dia sangatlah sopan motherly tone gitu...

Tapi being me yang ala-ala tuli and tak reti bahasa in understanding those sarcastic and spastic language, aku rasa tak de pape pn...mungkin jugak berkat lama keje kat HCM dulu and my boss was gazzilion sarcastic than my current boss, maka aku macam dah get used with situation like that.

Tapi siapakah umat manusia yang sangat tak ada keje lain melainkan mengadu domba melaga-lagakan rang je kejenya itu? Apa ko ingat melaga orang ko boleh naik pangkat cepat??? Ko boleh dapat SKT markah penuh??? Bongoks!

Tuesday, July 28, 2009

Hari hari bengkel...apo la...

Semalam aku cuti, saja jek menghabiskan masa bersama anakanda tercinta di rumah.

Hari ni start keje balik....dimulakan dengan Bengkel MQA (Malaysian Accreditation Agencies)..selama 2 hari...apa ntah...tak paham aku. Dah le aku di assign ngan sorang lecturer yang super duper senior yang mmg diketahui ramai dia memanjang tak de kat bumi UiTm ni, dok terperuk kat opis dia nun si Seksyen 8. Hmmmm mati la aku.

Lepas 2 hari bengkel MQA, aku kena gi Bengkel Web Site Fakulti la pulak. Nak tukar dari Mambo ke Joomla...abaikan je la kata nama-kata nama khas itu...sesungguhnya aku pun tak paham. yang aku paham UiTM nyer server nak tukar dah dari mambo ke joomla...sebab mambo dah outdated and joomla lagi variety...and kena ubah contents website fakulti sebab itu requirement untuk capai status Research University.Bengkel tu pun 2 hari....

Apakejedahnya time cuti semester ni buat keje bagai nak rak.....penin penin...alamatnya menjelang jumaat aku dah tukar profession dari lecturer ke pomen...dah asik bengkellllllll jek kejenya...

Mengeluh je ek aku ni, syukurla ada keje nak dibuat dari orang yang dok melongo tak de keje or tengah carik keje...kang orang cakap makan gaji buta pulak ye dak?????

Ahhh apo-apo yo la...

Wednesday, July 22, 2009

Yeay Dapat MC

Sebab keadaan suaraku yang sangat tak mengizinkan aku untuk me-lecture student, maka doktor denagn jayanya bagi aku MC harini ngan esok. tapi harini pun dah pukul 3 lebey dah ni nak MC apakejedahnya? Datang keje pun pukul 10.15am tadi.....

Maka esok aku kena kensel lagi kelas (dah 3 minggu lecture, semua kensel...aisey mampos nak ganti!)....

SpEEcHLeSS

Yup, i'm speechless today as i'm suffering of SORE THROAT today...

Suara macam itik serati, menyakitkan ati je, baik tak yah bercakap. Menyampah orang nak dengar.

Tuesday, July 21, 2009

SALE

I'm selling balance of my PB Stock with a tremendous crazy discount...40% discount....malas nak simpan dah me. Let me absorb all the loss hahahaha....





ORIGINAL PRICE : RM 2,350 (my price, i don't know other seller)



DISCOUNT PRICE : RM 1,350 (OVER 40% DISCOUNT)


  • Only 2 sets left.
  • Those who are interested, please email mazzuana5962@gmail.com or drop a comment here. It's negotiable. Hehehehe
  • Postage fee is Free Of Charge.

Thursday, July 16, 2009

LemAuUUU

Aku lemau jek semenjak dua menjak ni...nak update, tapi macam tak de benda nak citer...tapi sebenarnya banyak je benda yang berlaku...

Nak citer pasal adam, ala sama je perangai dia ngan anak-anak orang lain...nakal tak berenti...

Nak citer pasal shopping, kang orang cakap show off pulak.

Abih tu nak citer hape????

Monday, July 13, 2009

Tgh layan DVD

Pagi takde kelas, petang pukul 2 nanti baru ada...jap lagi nak gi Batu Caves tukat set PB jap...

Sementara tu aku layan DVD Confession of A Shopaholic...ye ye aku ketinggalan zaman, ada anak kecik takleh nak gi tengok wayang la..susah sket. Tapi aku dapat tengok gak walaupun skrin nya 1:1000 dari panggung wayang..

Thursday, July 9, 2009

Pity Her..

My second sis call me just now, just to let me know that my third sister was down because of her colleague. Why???

Be my sister, she is hardworking to the max and friendly. She is able to work with anybody efficiently ( I knew it coz dia suka keje sampai tak hingat anak dia..hahah). She was on leave for 1 day which was the day before yesterday, and yesterday (wahh how many yesterday daaaa) she came to work as usual and suddenly BANG! Her chief clerk (she is a clerk in one of the government department) call her and pot pet pot pet pot pet said she was a liar, two faces, busuk ati, talking behind other people's back bla bla bla all the negative attitude la...up to the extent she threat my sister to spoil her marks for her coming appraisal assessment.

And apa yang aku geram, my sis tak buat semua tu (i knew her very well ok..dia might be laser ngan siblng but not with her friend) and she kept saying I'M SORRY...with tears running down her cheek...kalau aku sorry la, nangis memang nangis tapi nak kata sorry no..no..no...never...it's not your fault anyway...why you should say sorry?

But being my sister yang memang lembik hati ni...dia just cakap sorry. And dah takde mood nak gi keje...her chief clerk siap cakap nak lapor pada bahagian tatatertib...hello...what the hell colleague punya hal pun nak adu kat tatatertib..they got so much other important works to do than layan your crappy report. Gaduh sesama colleague tapi tak libatkan prestasi keje ada kaitan tatatertib ke? lain la kalau no show ke, mengular ke...

And one more that old clerk mengarut cakap our family best friend happen to be my sister colleague yang cakap benda mengarut tu semua...melaga-lagakan my sister..aku hangin la kan..aku kol la kawan kitorang tu, dia terperanjat beruk ko...i believe he is not like that. he once warned my sister not to be very close with that old lady coz the whole department knew that she is the one yang memang pandai putarrr alam....

Aku kesiankan kakak aku tu..kat mana je dia pegi ada je orang yang tak senang ngan dia...baik salah tak baik pun salah...and that old lady siap cakap apa tau..patut la kakak aku tu eksiden la, keta kena simbah minyak la...laki buat hal la...dia cakap tu la mulut jahat sangat tuhan sekarang bayar cash tau.. wahhh itu sudah lebey...kalau aku baik aku jawab, abih cc tuduh orang suka hati ni tak takut ke tuhan bayar cash?

And siap cakap jumaat ni nak adakan meeting department untuk bagitau kat kakak aku tu satu department memang tak suka dia...tapi setahu aku menurut kwn kitorang tu, satu department tak suka si old lady tu...tinggal lagi biasalah masing2 nak jaga bontot memasing kan...bermuka-muka la...aku ajar kakak aku tu esok meeting bgtau je pempuan tua tu yang siapa yang sebelum ni yang berkobar kobar mengata dia....heee ni la environment bekerja ngan malay...dengki busuk hati suka melaga orang memang biasa...sebab kerani2 kat sini pun camtu...

tapi aku kesian kat kakak aku...kenapa diorang suka buat dia macam ni????

Tuesday, July 7, 2009

Sunday Outing




Gi outing ke Metropolitan Park, Kepong. Purposely nak tunjuk adam orang main kite. Selau dia tgk orang main kita dari balcony rumah je. Dia punya la excited, sepanjang jalan dari parking (parking jauh giler, bergetar lemak aku ni masa berjalan..) mulut riuh ngan dongak ke atas jerit kite kite kite!

Sampai depan entrance tu si adam dah keras tak leh gerak sebab nak kite! Beli la ultraman punya design rm10..pastu dia sibuk nak naikkan tapi pendek mana boleh nak terbang tinggi ye tak..and then tak reti nak lepas tali semua...last2 aku yang main...bergegar padang tu aku rasa masa aku berlari2...ye la gloria madagascar berlari2 anak kan...

Dan dan dia tengok mama dia syok sendiri, dia pegi tempat lain pulak..nampak playground. Pastu baru try main slide satu nampak ball pulak dah....aku tak bawak ball dia, dah dia usha jek ball bebudak kat situ. Serius kesian aku tengok muka dia. Mesti orang kat situ cakap apa bodoh mak dia ni pegi taman tak bawak bola pastu nak ngendeng2 main bola anak orang lain...last2 dapat pujuk dia gi main tempat lain...aku bagi makan aiskrim..last2 dia nampak orang jual ball. Dah pegi nak beli ni, dia nampak hammer yang belon tu...dah confuse nak beli yang mana...elok aku pilih ball nak beli yang mana, dia pun dok sebok pilih kite ultraman yang siap kaki bagai...dah yang beli tadi tu sapa nak main??? hantu??? babah dia bengang maximum dah ni..duduk situ tak sampai sejam dekat doploh hengget abis untuk dia je ni...last2 babah dia suruh dukung dia bawak balik...dari entrance tu sampai keta dia melalak menjerit2 muka merah padam bagai ni...mesti orang ingat aku dera or culik budak....sampai dalam keta dia try lagi melalak ngan menjerit dengan harapan aku bawak dia gi main balik la, so sorry dear...mama ngan babah kebal..kitorang buat dek je...last2 bila babah dia masuk keta start engine je terus dia diam...sebab dia tau memang tak de chance la dia nak gi main lagi bila keta dah jalan...hahahha tu la notty tak hengat...terus babah bawak balik..

He Drives Me Nuts!

Semalam adam balik umah....with a scar ( a deep one) on his left cheek..when i asked who did it??? Bibit...(Bibit is his cousin)..yeahh rite! mesti dia rumble si bibit tu dulu, then kena cakar...aku tak kesian pun tapi aku cakap...ha padan muka, suka buat orang lagi kan dah kena...pastu one benjol on his forehead...i asked again why...babah dia cakap dia langgar almari...hahahah this one aku gelak...sebab adam memang macam tu..last sunday dia jalan depan je aku ngan babah dia, tu pun boleh langgar tiang, pastu pipi dia berlaga la..melalak...jalan lurus pun da boleh langgar something...clumsy sungguh...

Sekarang ni dia nakal betul la...serious nakal ya amatttttt! sampai memang aku hilang sabar...kalau kat umah balik-balik citer man(ultraman..all kind of ultraman...dia kenal okeh!), pastu nak citer Madagascar...pastu bukak citer man balik...aiyakkkk pening...malam kalau tak midnite jangan harap nak lelap mata dia..kengkadang aku saja tido dulu pastu bangun tengok mesti dia dah tido, boring la tu sebab tak de orang nak layan dia...

Kalau babah dia lagi la, memang hanginnnn je ngan dia...skarang dia cling sangat ngan aku..aku ni nak berak pun tak boleh...tapi nak buat camana, dulu aku gak yang nagis2 adam tak nak ngan aku, sekarang padan muka..babah dia boleh sedap dok melepak tgk tv citer best2, aku dok dalam bilik layan dvdv ultraman...huhuhuhuh tak suuuuuu-ke!

Monday, July 6, 2009

Adooiiii...

Aku batuk kong kang kong kang bunyiknya....

Dah dekat 2 minggu, ubat batok pun dah nak abis...hari ni dah start semester tapi aku tak de kelas hari ni, mula kelas esok...

Nanti aku updet lagi eh....sesak napas la...

Thursday, June 25, 2009

SALE! Kain untuk hari raya...

HARI RAYA SALE! SALE! SALE!

All items are based on first come first serve basis.

*Payment shall be made into my Maybank account BEFORE the items can be sent to you..164548045886 (SITI MAZZUANA SHAMSUDDIN)

*Reservations can only be made for a maximum of 3 days before I'll open it for sale again to next interested party..

*Goods sold are non-returnable/ refundable/ exchangeable so please ask me any questions u want before purchasing any of the items...

*Please allow 2-4 days for delivery (excluding weekends & public holidays).

*Item will send via Pos Laju/Pos Express to your door! =). Please add RM7 for postage fee or u can arrange for self pick up (area Ampang, Cheras, Shah Alam)

Interested? Place your orders at mailto:deliayahya@gmail.com Happy Browsing and hopefully Happy Shopping!!!!

CENDERAWASIH KURUNG SULAM PRICE : RM75 EACH (IT COMES WITH SELENDANG AND KAIN BATIK SATIN)

1. KS01 - BRICK ORANGE (SOLD)


2. KS02 - ORANGE PINK


3. KS03 - DARK CHOCOLATE



4. KS04 - MILO (SOLD)


5. KS05 - ALGAE GREEN (A)


6. KS06 - ALGAE GREEN (B) (SOLD)


7. KS 07 - FUSCHIA PINK



8. KS 08 - GOLD


CENDERAWASIH POLOS (NO SULAM AT THE BOTTOM OF THE FABRIC, ALSO COMES WITH SELENDANG AND BATIK SATIN)
PRICE : RM 60

1. KP 01 - DUKU LANGSAT

2. KP 02 - GRASS GREEN (SOLD)


3. KP 03 - PURPLE PINK (SOLD)


4. KP 04 - MAROON (RESERVED)




5. KP 05 - PINK




LINEN SULAM 4 m3t
PRICE : RM 60



JAPANESE COTTON (SOLD)
PRICE: RM 65


SHANTUNG SILK SULAM RIBBON TIMBUL
PRICE : RM 150



HURRY UP!

Friday, June 19, 2009

I'm off to bandung..

this monday petang kul 6 flight ke bandung..pegi 3 hari 2 malam. Nak beli stok meniaga...maklum la nak raya ni kan...kenalah menambah stok kain..nanti kalo dah balik aku publish kat sini yer...murah murah....

ok..chiow...

Thursday, June 18, 2009

UweKKKkkk

Nak muntah aku ngadap PC lelama, campur pulak kena taip data-data yang never ending ni..dah la kecik-kecik tulisannya.....Ni break jap. Esok ada meeting tu yang macam ayam berak kapor je aku buat keje. Pastu mggu depan nak cuti 3 hari gi bandung....

BAlik dari bandung, esoknya ada meeting jabatan pulak. Eiiiii ni la bia dah ujung cuti semester memacam meeting kena attend.

Tuesday, June 16, 2009

Kemaruk Kamera

Adam sekarang kemaruk kamera...ntah apa angin dia semalam. Dia amek topi otomen 3 hengget dia tu, terus pakai, berdiri depan TV then suruh aku amek kamera....ma, abar ma....(mama, tangkap gambar..) Bila aku hala fon tu kat dia, mula la takleh dok diam...



Banyak lagi benda dia snap tapi malas aku nak letak sini...jerawat aku yang maha besar kat pipi ni pun dia snap...dia kata jerawat aku tu namuk geget (nyamuk gigit)...sabo je la...

tak nampak sangat jerawat tu...

Sekarang...tu tengok...benci...

eh tetiba ngantuk pulak...okla nak gi toilet jap..sambil carik ilham nak update apa lagi...