Friday, January 30, 2009

Bandung Trip Part 3

lamanya aku rasa nak abiskan cerita basi aku ni...

Okay pagi hari dimulakan dengan sarapan berupa sandwich..sedappp...Then pak supir jemput pukul 9 pagi...hari ni aktiviti lambat sikit sebab penat jalan semalam kan...

Adam makan megi jek, sebab dia tak makan roti...


So, destinasi pertama ialah Pasar Baru...aku target nak beli telekung, kain, kain , kain, dan kain lagi....hahahhaha. So, jauh jugak la aku rasa perjalanannya...dalam half an hour gitu. Jalan tak macet pepagi nih...sampai Pasar Baru hamek kau, parking dia tinggi gila...ada lapan tingkat, pak spir aku tu naik tingkat 6 baru ada parking...gila pepagi dah penuh parking dia. Masuk je area jual-jual tu aku dah buntu dah ni..banyak beno benda dijual and pasar tu besarrrrr...tak macam pasar khadijak kota bharu tu pun...3x besar dari tu...aku tak round semua...aku tumpu carik telekung, pastu naik ke tingkat beli tekstil pulak.

Ni Bangunan kerajaan Bandung, Gedung Sate


Ni kat parking Pasar Baru


Aku borong 13 pasang telekung as souvenirs and kawan aku kirim...murah jugak la. Kena pandai tawar and banding harga banyak2 kedai. What i did was, aku jalan satu wing kakak aku jalan another wing...we survey harga boleh dikatakan 10 kedai la..then we met at the centre, then decide which shop gave us the best bargain...Aku jumpa satu kedai yang memang murah dan banyak pilihan compared kedai lain. Yang nak menipu pun ada. Aku mintak sulam goyang, dia bagi sulam ayam then she claimed that sulam ayam and sulam goyang benda yang sama. Porahhhhh orang buta pun tau beza dua-dua tu..obviously nak menipu. Beware yer...

Aku beli comforter Manchester United adam, 100% cotton and Kungfu Panda. Material dia sangatlah lembut dan dijamin tak panas. Harga?? RM51 satu set. Murah kan??? Dah beli tu semua..macam mana nak jalan dengan tangan yang penuh???..aku tinggalkan jek kat kedai-kedai yang aku beli tu, diorang bagi bisnes kad diorang, nanti dah abis sopink ko collect la barang2 ko...

Then kitorang pegi bahagian tekstil...walahhhhhhwehhhhh...gilak ooo gilak. Aku bantai beli viscose berapa pasang ek??? 8 pasang aku rasa, chiffon 3 pasang, thai silk buat baju melayu abang ngan adam 5.5 meter..memang murah la...kalau kain linen sulam tu semeter dalam 7-8 ringgit jek...Aku kat sana pilih kain yang dalam cermin jer...huhuhu belagak kemain pulak...yang longgok kat bawah tak pandang tu...pergghhh...keji sungguh. Kalau kain lace nih, lagi la...nak tempah memang sehari jek amek masa. Esok ko boleh amek. Tapi aku tak tempah la sebab mostly kebaya pengantin indonesia yang diorang buat tu...aku ni shapeless, mana lawa pakai kebaya.
Aku belikan kain lace adik ipar aku yang nak kawen kat satu kedai yang eliyana si penyanyi kaki ayam tu beli baju kawen dia. Siap ada gambar lagi tokey kedai tu tunjuk...tapi serius...murah...lace dia dari yang lip lap sampai yang biasa semua ada...Okay...dah abis sopink situ, aku terus naik kat parking....tak larat dah nak bawak. Kitorang plan, nanti balik tengok apa yang tak cukup esok satu round lagi pusing.

Keluar pasar baru kitorang ajak pak supir pegi Cihampelas Walk. Kat sini boleh di recognize dengan patung-patung superhero yang besar macam giant kat kiri kanan jalan. Tapi tempat ni tak best. Macam petaling street gitu. Panas and sesak. Ko jalan beriringan dengan traffic..Tapi kat situ ada CimpWalk..satu sopink mall yang agak moden la. Ada Jco..tapi aku tak sempat singgah sebab abang dah jeling aku sebabnya si adam buat hal kat sini. Aku sempat beli puting Pigeon adam. Kalau kat KL harga RM8.90, tapi kat sini nak tau??? RM4++ sahaja. And one more thing...stroller chicco yang harga kat KL ni RM1K tu kat sana nak tau berapa???? RP1,500,000++...paling mahal dalam 2juta jek...convert duit kita yang sejuta dalam 450 jek..sib baik adam dah ada 2 sroller and his grown up..kalau tak???? hahahhaha lu pikirlah sendiri...Adam dah ngamuk2 nak ball...aku terpaksa beli satu ball berharga Rp99 ribu bersamaan RM30...ahhhh benci betul...tapi bol atu tertinggal kat homestay...

Me and Adam at Superhero Outlet, Cihampelas Walk


Keluar dari cihampelas, kitorang nak pegi Rumah Mode balik...hahah sambung sopink kat sana pulak....keluar dari Rumah Mode pegi Heritage and Cascade sebab nak tukar seluar yang beli semalam, ada minor defect. Smpat jugak aku sambung beli baju adam kat heritage nih. Kitorang tak ke seberang jalan heritage tu pun, ada outlet nama dia Stamp..macam menarik tap tak larat dah. Keluar heritage pak supir ajak pegi Terminal Tas. Kat sini tas tangan or handbag dia KUALITAS UTAMA..which means...immitate beb..IMMITATION..FAKE...kecuali GUESS..yang lain smeua china made or ciplak...Kalau bagasi pulak, yang brand samsonite mmg original la, yang lain nan ado...aku beli luggage kcik untuk adam, dalam RM50..boleh la...hati meronta nak beli beg laptop samsonite...cantik betul...tapi terhalang sebab aku rasa nampak cam kembung bila letak wayar2 laptop semua..tak de poket beg tu...selamat duit haku...
Keluar terminal tas, memasing dah kemaruk nak makan...tadi makan tengah hari jek pukul berapa kan..dalam kul 1 camtu..maka Pak supir bawak pegi Restoran Dapurku...ada live band kat sini...makanan Padang...Ada satu jus nama dia Jus Ronggeng..campuran Mangga, Nenas ngan Stroberi...kakak aku minum dia cakap sedap...aku minum air biasa-biasa jek...abis makan balik la...Singgah McD belikan adam bubur ayam...bapak murah...hahah bubur ayam yang small harganya Rp5,500 bersamaan berapa tu..dalam 2 hengget jek...tapi bubur dia pekat la...tak soupy macam sini...adam belasah jek..aku tak lalu...

Ni kat Rumah Mode


Ni Kat Restoran Dapurku


So, hari ketiga dipenuhi dengan acara sopink sahaja...sampai sakit kaki aku. Aku dah prepare awal-awal dah untuk elak tapak kai aku sakit...aku pakai seliparr jek...yes selipar...dari KL aku pakai tu..tak bawak kasut extra pun..aku belsah pakai tu senang nak lari or jalan cepat...aku rekomen korang tak yah la nak pakai kasut tinggi or yang menyeksa kaki walaupun cantik...better pakai flats...



Ok, sekian hari ketiga.

Tuesday, January 27, 2009

Bandung Trip Part 2

Okay...hari kedua dimulakan dengan breakfast yang dibuat oleh bibik tuan rumah iaitu fried rice with smoked chicken...hmm...sedapppp...

Pastu pukul 8 pagi camtu pak supir datang amek kitorang nak gi Gunung Tangkuban Perahu. Aku tau kat area tu sejuk sebab kat area Dagi itself dah sejuk...Rumah diorang kipas tu sebagai perhiasan jek..naturally cold breeze, tapi best pulak. Kebetulan musim kitorang pergi ni musim hujan and sejuk...nanti bulan 4-6 musim panas pulak...Sebelum ke tangkuban perahu, hantar baju gi laundry dulu. Rp1000 per kilo..murah giler babeng....







So, perjalanan ke gunung tu dalam 30km from Bandung town. Kiri kanan nampak perkampungan ala-ala setinggan yang ya ampun sesak and semak sekali...Aku terbayang area Lembah Jaya, Ampang (dekat bukit belacan) yang penuh warga indonesia..sebijik la macam kat Bandung tu. On the way naik turun bukit gunung tu nampak la along the way gerai-gerai jual buah avokado and labu Halloween (kaler oren tau, bukan cam Mesia kaler ijau labunya) and sayur-sayur lain. Macam kat Cameron la camtu..then sampai kat atas gunung. But before that the admission fees is Rp35,000 per person..for adult la..then dalam masa seploh minit camtu sampai la puncaknya...before sampai puncak ada satu tourist spot which is kawah kecil yang suhu air panas dia boleh rebus telur within 5 minit, gerenti masak punya..nak rendam kaki pun boleh tapi bukan kat kawah tu, kawah satu lagi...gila ko nanti jadik steamboat lak kaki korang...dari situ boleh gak jungle trekking naik ke kawah utama..kitorang terus jek suruh pak supir drive sampai kat atas kat kawah utama tu...bila sampai atas jauh lagi dah bau kentut...hahahha busuk betul, bau sulfur kuat giler....then kitorang turun dah kena serbu ngan penjaja kat situ..memacam la diorang jual...dari stroberi sampai ke topi bulu, postcard ke key chain...kena pandai bargain...ada gak jual rantai-rantai dari batu gunung tu..ntah betul ntah idak layan je la...




Kat atas tu ada gak tourist guide yang memang kerja dengan kerajaan indonesia...satu group tourist sorang akan guide, end of tour nanti ko sedekah la tips sket kat dia...lulusan sarjana (degree kat sana) tapi gaji diorang RM700...sedih betul...ada gak photography polaroid Rp30,000..ko nak senyum tangkap gambo pun segan2 jek sebab punyala ramai yang nengok ko bergambar...hahahha..





Kiotorang spend masa kat atas tu ada la dekat sejam..aku beli stroberi yang memula nak jual 2 tray Rp100,000 gler mahai..convert RM dalam 15 hengget...pekejedah stroberi 15 hengget per tray...last2 bila nak balik dia bagi berapa tau...4 tray Rp100,000...huhuhuhu yahooo...pastu ko dah beli kat sorang ni, semua akan nak serbu suruh beli barang diorang pulak....ubat dia, buat dek jek...

Pas dah sopink souvenir sket, kitorang terus ajak pak supir balik town, nak sopink...On the way turun, jumpa penjual bunga-bungaan pulak..carnation tanam dalam pasu jek ko...orkid macam-macam kaler, kalo mak aku ikut mau dia nak tinggal jek kat kebun orkid kat situ. Kitorang singgah salah satu resort paling mahal kat bandung. Chalet type. nama resort tu SapuLidi Resort & Cafe..Harga chalet kat situ dari Rp3 juta ke atas. Cafe dia keliling sawah padi you...kitorang jalan-jalan bawak adam tengok fish sebab keliling chalet tasik nampak cam chalet ko terapung gitu. Makan kat cafe dia pun tak mahal sangat...light snack je...

Us at SapuLidi Resort..tengok gaya anak bujang aku...hahahha







Dah puas jalan, ujan dah rintik-rintik. Terus jek masuk town bandung. Pak Supir rasmikan acara sopink kami dengan mengunjungi Outlet bernama Grande. Sebab kat situ ikan dia besar-besar so adam boleh main ikan sementara kitorang sopink. Ikan Kap dia besar betis aku ni ha (betis aku gajah type ok!)..adam bagi makan sambil usap-usap ikan tu...tak takut langsung. Yang orang keliling dah jerit jerit manja tengok adam kemain lagi main ikan. habis basah baju dia bau air ikan..uwek!

Kat Grande Outlet..Adam with all the fishes...



Kat grande aku beli suar pendek converse abang...harga RP69,000. Nak convert RM bahagi 3 yer..so dalam RM23 jek...cantik..seb baik saiz dia ada satu kaler jek. Kalo tak abis aku rembat. Aku sempat gak beli lukisan 3 keping dapat Rp10 ribu satu. PAtu beli yang besar Rp110 ribu. Tapi sedih sebab yang besar tu tertinggal dalam taxi LCTT yang hantar kitorang balik. Pastu keluar jalan pegi JetSet Outlet pulak. kat sini aku borong baju adam ngan anak-anak buah. Banyak choice compared Grande. Beli baju Gap, OshKosh, Old navy, Ralph Lauren. Then pegi Blossom Outlet. Kat sini beli baju bebudak lagi. Beli Sweater Thomas untuk adam. Aku punya belum jumpa yang sesuai.

Pastu aku sibuk bising-bisng nak pegi Rumah Mode. 3 kali lalu tadi tapi tak singgah lagi....huhuhuhu mana tahan. So, pegi Rumah Mode. Yang ni up to date sket fashion nyer. Heaven for women apparels. Men pun okay. Kat sini aku lama sket. Aku beli jam, beli blouse Esprit..nak beli lagi sebenarnya tapi tak jumpa saiz aku dah...so, kat situ dalam 2jam setengah. Habis round rumah mode, makan dulu. Kitorang makan nasik padang pulak. Harga boleh tahan. Tak mahal mana, tak murah jugak.

Then kami ke Toko Tiga. Kat sini tempat beli jeans Levi's. Akhirnya aku dapat gak sehelai Levi's. Kat Mesia nak beli jeans levis saiz besar mau orang tu temgok aku tas bawah ulang-ulang kali. Skeptikal betul. So, harganya Levis 512 Rp299,000. Abang beli satu jugak. Budak kecik takde. So adamnya tak de la. Kat sini si adam boleh pulak pegi pegang lampu spot light, habis melecur jari dia. Tapi nakal tak kurang sikit pun. Kluar situ kitorang ke jalan Riau pulak. Ke Heritage Outlet. Kat sini tak beli apa, just tengok-tengok. Pegi outlet sebelah dia, cascade outlet. Abang beli seluar pierre cardin sehelai. Then balik, makan malam pulak. Kitorang makan kat Food Kiosk tak tau area mana, tapi depan satu shopping mall. KAt sini stal concept, order kat waiter dia jek..nanti tau-tau makanan ko sampai jek. Abis makan balik la...

Ni kan..toilet kat dalam Cascade Outlet..toilet diorang kat sana bersihhhh and cantik


Itu journey for 2nd day...pegi but van kosong jek. balik tu mak aiii...penuhhhh...

Ini tangkapan hari itu...huhuhuh

Monday, January 26, 2009

Bandung Trip

Ready untuk memuntahkan diri anda dengan gambar2 yang berlambak-lambak..Ni baru episod 1

Day 1 - Aku memulakan perjalanan dari umah mak sebab nak tingalkan kereta untuk adik aku repair. Dari Cheras kitorang (me, hubby and my sister anddddd en.adam)naik teksi. Before that aku ngan abang gi umah ma (my MIL) nak amek kamera satu lagi..kitorang sampai cheras pukul 12 then teksi yang di kol pun sampai. Dari Cheras ke KL Sentral amek masa 15 minit camtula..kena RM13..barang banyak ko..dalam beg ada beg..heheheh..So, boleh kitorang terkial-kial carik terminal bas ke LCTT...almaklumla tak penah naik bas ke lctt, kali ni pegi hari keje kan?? so tak de orang sudi nak hantar kitorang ke lctt nun...carik-punya carik jumpa dah..terus jek naik bas yang akan jalan pukul 1.30...sampai lctt dalam 2.30 camtu..just nice untuk check in..ramai gilos..Dah check in rush beli makanan pulak. Makan McD jek...masa nak masuk gate kan, aku kan bawak stroller adam, stroller kan nak kena tag dulu baru boleh pass gate, dahtu passport ngan boarding pass semua kat aku, stroller kat abang. Kat gate punya la ramai umat manusia, orang air asia kat gate tu terus jek tarik abang untuk tag, dah dia tarik abang aku kenalah stop sebab kang tak lepas pulak laki aku nak masuk passport dia kat aku..aku tunggu la tepi dengan mendokong adam and backpack di belakang...berat nak mampos apa la yang aku isi sampai berat camnih. Aku rasa dah tepi giler dah aku tunggu, staff air asia tu pulak terkial-kial nak tag stroller. Boleh makcik (aku nak panggil da makcik jugaka walaupun muda sebab kureng sket perangai dia)imigresen tu jerkah aku tanya "Ha yang ni buat apa lagi tercegat kat situ??..nak masuk jalan la!" kasar nak mampos...aku jawab balik yang aku tunggu stroller, and husband, passport kat aku...boleh dia tengking aku...seriously yang ni memang kategori tengking la, dia cakap "Kalau tak dak passport camana dia tag??" hahhhhh...hangin dah aku ni, main tengking-tengking pulak..aku jawab "Oi..cakap baik sikit la, jangan nak tengking-tengking je..kurang ajar..dah orang tu tarik (sambil pointing kat staf AA tu)saya biar je la, cakap la baik sket.." Terus jek dia diam, cakap bebaik pulak...aku memang membebel la sambil bagi kat dia boarding pass tu aku sempat la cakap "Kak, cakap baik sikit, awak keje ngan pelancong, jangan main nak marah sesuka hati jek"...Spoil mood aku jap. Tapi pastu dah hokey...

Flight lambat (stadard AA kan???). patutnya pukul 3.40 ptg dah boarding dah...tapi dekat pukul 4.30 baru take off...flight tak enjoy langsung, sempit nak mampos (tak penah aku naik flight AA yang sempit camtu), lutut berlaga ngan seat depan kau tu..dah u flight FULL, bloody full..ngan indon memenuhi 3/4 dari flight tu...sebelah aku makcik ndon sorang ni...nak gelak pulak aku bila take off tu dia pejam mata dia rapat-rapat pastu segala ayat aku rasa dia baca, bila nampak aircraft tu kona sket, dia menggelabah berpaut pasa seat depan...sian aku tengok...tu 2nd time dia naik kapal terbang dia kata...aku kena buat charity isikan borang masuk ke indonesia dia..
Sampai je kat airport dia adam behave very well, dok dalam stroller jek sebab orang ramai sangat. Dalam flight tadi dia ngamuk sebab sempit ngan rimas tak leh nak bebas sesuka hati dia..aku gelak gila kat airport dia..bukan apa baggage conveyor dia pendek giler, rasa dalam 2 meter jek..ko boleh nampak attendent beg tu masukkan beg kat luar dinding ko amek kat dalam tu..huahhahahha..cokia giler la..

Beg kakak aku lambat giler, last sekali..pak supir dah hangkat setinggi-tingginya nama kakak aku, lelama aku suruh dia keluqar dulu jumpa pak supir tu cakap lambat sket....kitorang amek pak supir yang attach dengan home stay tu punya tokey..ok la..naik van kecik macam Perodua Rusa tu tapi suzuki..

Jalan di bandung tak macet (traffic jem) time tu, maybe hari dah makin gelap so tak bz sangat..tapi sesak aku tengok dikiri ngan kanan jalan...padat semacam..kitorang ajak pak supir gi makan malam dulu, sebab tak leh nak keluar nanti..so pegi rumah Tubagus tu dulu, letak beg then baru keluar dinner. The Home Stay was great, ada 1 master bed room, satu bilik ada 3 katil single, ada small kitchen and bilik air.

This is the Home Stay..Rumah Tubagus, Jalan Dago




Malam tu kitorang makan kat Dapur Sangkuriang (famous eating outlet for tourist)..kitorang order nasik putih, sup ikan merah (the special menu at the resturant), hot plate seafood kangkung, cumi (sotong ye) goreng tepung, ikan gourame masam manis...sedap betul..kat sini makan kat hut ala-ala kampung, kalau ko nak minum air kosong, ada dalam labu sayung kat dalam pondok tu..sejuk giler air tu...boleh laki aku ngan kawan akak aku buat air tu, air basuh tangan, sekali datang waiter tu cakap, pak itu air minumnya...hahhahah gelak giler babeng aku ngan kakak aku...air basuh tangan dia sejuk nak mam...macam basuh ngan air ais...Makanan malam tu harganya Rp1,300,000 dalam RM100 duit kita. Puas hati la makanan dia.

Ni kitorang dalam hut kat Restoran Dapur Sangkuriang



Pak Supir kitorang tu malu-malu jek nak masuk makan sekali bila kitorang ajak, dia kata dia selalu dah bawak tourist makan kat sini, tapi ini first time makan kat dalam restaurant tu..kesian betul kitorang dengar. But he food was superb. I recommend to all of you yang akan visit ke bandung.

habis makan, kitorang pun nak balik. Tapi kawan kakak aku sebok nak tengok jajan kat luar restaurant tu. Dah datang pulak segerombolan penjual-penjual souvenir yang ala-ala paksa gitu. tapi kitorang kebal sket malam tu, berjaya tak beli apa-apa.Balik mandi pastu tido.

Nak tido ni adam buat hal pulak. Dia tak nak tido atas katil,dia sibuk jerit-jerit kat babah dia suruh tido bawah..last-last laki aku tarik selimut ngan bantal dia tidokan kat bawah then dah lelap baru bawak naik atas katil. Ye la kat umah dia mana nak sangat tido kat atas katil, dia nak tido bawah depan TV....

Ok, sekian cerita hari pertama.

Friday, January 23, 2009

Poor Me

poor Poor Me..

Aku diarhea dari hari ahad hingga sekarang..semalam aku mc..patut hari pun sambung mc sebab tak ok lagi...

maka updet akan dibuat kendian-kendian la..semalam kena inject kat montot..hahah pastu aku weng and high seharian..ni muka sembab gilest....

Monday, January 19, 2009

Alhamdulillah, selamat sampai sudahhh

Semalam touch down lctt pukul 9.45..delay dalam sejam lima belas minit (standar air asia la tu kan..)..

Naik cab dari LCtt, sampai umah ampang pukul 12 pagi..tepat!

Sekarang ni aku dah ada kat opis sebab ada kelas pukul 8.30 pagi nanti...huaaargggggghhh ngantukkk

Updates on Bandung trip ni nanti-nanti la yer..tak banyak gambar sebab giler sopinkkkkk...

Wednesday, January 14, 2009

Bon Voyage

Doakan aku selamat pegi dan balik...

Aku kaya...aku kaya....

aku ada 6 juta tau...nanti petang ada lagi 6 juta...hahahhaah sila mintak apa-apa yang korang nak, segera akanku tunaikan...wahahahhahaha

perempuan giler nih..mereng dah..

Semalam aku gi tukar duit malaysia ke rupiah..tu yang berjuta-juta lemon duit aku tuh...tapi semalam baru tukar 2ribu..another 2K to change..

So, malam ni sikit bizi untuk packing, asing-asingkan duit masuk dalam envelope supaya tak terlebih pakai (ni aku tiru cara puan kirana, huhuhu)pastu aku nak buat list barang-barang yang ditarget nak beli, nak browse internet interesting places to visit..ahhhhh pening...pastu nak buat itenarary...kang laki aku bising jalan tanpa arah tujuan gitu..huahhahahah

Benci tau..aku tak suka packing-packing ni tapi aku suka vacation. Sebab apa aku tak suka? nanti kalau aku bawak benda salah atau tak cukup ke nanti laki aku bising...tak suka tak suka...

tapi aku agak tak sabar nak samapi di sana...huhahhahah yeehaaa...

Tuesday, January 13, 2009

He likes reading...errr viewing...





Tak leh nak amek video sebab bila dia sedar aku amek gambar dia terus cabut...shy shy cat la anak bujang aku nih..macam emaknya...huhuhuuu poooodahhh!

Adam kalau baca paper, tengok kat bahagian sports jek, especially kalau ada bola, ko kena simpan paper tu sebab nanti bla dia teringat kena available all the time other wise dia ngamuk okeh...letih haku nak layan..merajk kemain lama kang...

Tapi bila dia dah start kaco ko baca paper, kesimpulannya ko blah je la..dia akan conquer itu newspaper and bawak cabut lari those pages. Gambo-gambo kat atas tu adam tengah kacau bini adik aku baca. Tengok gaya dia duduk, macam orang tua kan?? 100% follow atoknya...dah penat tunjuk-tunjuk ha kau, dia merangkak duduk atas tu haram satu sen ko takleh wat apa..adam adam..mulut dah riuh tapi tak keluar butir pun..belasah la..mama sorang je paham..babah pun fail paham adam cakap kan adam kan? kan? kan?

Mari menggubah hantaran lagi...

Despite of my hectic schedule (ngan vacation nyer, bz set up exam question lagi..)sempat lagi aku buat hantaran Zaida adik iparku itu...dia nak bertunang on CNY ni...temanya ialah Black & White...

Malam ni macam tak ngantuk je...sebabnya aku pekena kopi gano petang tadi..padan muka..aku memang allergic kopi-mopi ni. Selalunya mesti aku jadik macam drug addict, rasa melayang jek pastu air liur macam nak meleleh jek rasanya..tapi yang ni just kepala rasa weng sket..

Maka start pukul seploh malam tadi, aku saja lilit dawai untuk buat kelopak..sekali tengok dip putih aku banyak lagi...memang aku nak wat bunga dip je, sebab bunga plastik or ready made sungguh tak menepati citarasa i...pastu dah siap dip kelopak..gatal gi amek polisterin balut pulak...dah balut terus gi letak lace pulak..penyudahnya aku siapkan je satu dulu..tak tahan nak tengok jugak hasilnya..







So, ada 6 dulang lagi yang kena siapkan..tak termasuk bunga untuk kek and sirih junjung la..yang tu dah tentu kena siapkan pagi majlis kan..kang layu sirih guwe..chaiyok chaiyok..aku kena sambung buat keja ni bila balik dari Bandung nanti. Esok nak gi tukar duit, beli sunglasses aku (cewah kemain lagi), beli barang adam and a few food stocks..heheheh. rabu nak packing pulak. Fuh jadual penuh you...alamak aku tak activate roaming lagi nih...esok kelas full..rabu la jawabnya..padan muka aku, semua nak wat last minute..

Kemaruk betul la bujang aku nih...

Meh layan video adam naik walker aisyah...at one time dia berjalan dengan angkat walker tu sekali..tak dapat nak capture that moment tapi serius kelakar giler...tak aman si aisyah nak naik walker jalan-jalan kat umah nenek & atok..

video

Citer ujung minggu

On Saturday as usual pegi umah mak aku. Kat sana aku try bat kuih tako resepi dari my blog fren, aznil a.k.a noi. Fuh, menjadi tu..tapi aku alter sket pakai daun pisang sebab daun pandan comel-comel sangat..consider jadi kuih tepung pelita la..ga,bo tak de, sebab segan nak snap kat umah mak aku..hehehe

Sunday, tak ke mana, tapi apa hangin aku pepagi dah rajin masak memasak pulak. Bangun jek aku dah jerang nasik. Ingat nak wat nasik goreng tapi abang nak ayam greng pulak. Last-last aku cakap kat dia aku masak sambal tumis sekali la. Bukak fridge ada sayur sawi pulak. Maka pagi yang indah itu dilengkapi dengan sajian sangat menyihatkan hasil air tangan puan maz yer tuan puan sekelian. Almaklumla, aku lately jarang beno memasak.



Dalam pukul 2 petang tu, abang ajak gi makan nasik kandar yasin kat Jalan TAR. Huishhh mana boleh lepas makan nasik kandar maveles tu..walaupun perut penuh aku hayun gak...sebab tu babat perut makin tebal..hahahha...

Habis makan nasik kandar, aku gatal singgah satu tempat ni..jeng jeng jeng..satu tempat yang menjual sesuatu yang moto nya berbunyi.."Excitement in the City"..lama gak menyinggah...hampir-hampir aku tewas pujuk rayu tapi aku tahan jebat! Pastu singgah kedai yang jual barang ber moto kan " Shift_to the future"....dalam keta on the way balik pikir punya pikir punya pikir...mungkin juga akan terjadi..ala kornag kalau baca tak paham bebuat paham dah le yer..

Pastu dua orang laki bini ni buat keje giler, dah sampai tempat parking umah, baru teringat nak singgah beli DVD kat Seksyen 2, W.Maju..maka keluar terus dari parking pegi pulak wangsa maju...gilo..beli 6 DVD..yahooo...balik tu segera bukak Madagascar 2..adam suka sangat..ye la ada animals kan, dia excited la..

Malam aku marathon gosok baju 3 hari terus..ye la mggu ni keja 3 hari sajok..pastu VACATION..yeaaahoooo..ada sesapa nak kirim barang? silakan..tapi kirim berwang yer jangan kirim air liur...huahahhahahah

Thursday, January 8, 2009

Chikugunya

Pagi tadi dalam keta abang cerita kawan dia kena chikugunya...Here how the stories goes..

Kawan dia semalam kemain lagi kecoh kat opis dia kena chikugunya..

Abang: Weh Bro, area ko dah ada infection chikugunya?? Ramai ke yang dah kena??

Brother Poyo(BP) : ramai gak, aku satu family la kena...

Abang: Huishhhh....Serius nih..

BP : Memang la serius..takuttt...

Abang : Cemana ko leh kena???

BP : Sebab semalam aku makan CIKU....kenalah CIKUGUNYA..

Aku masa abang cakap tu, dah gelak giler babeng dalam keta, adam pun gelak sama...bengong....

Wednesday, January 7, 2009

Aku lapar...sob sob sob

tadi gi Public Bank jap, bayar duit umah...jauh giler la PB area shah alam...kat Seksyen 15 nun...sib baik ada navigator a.k.a adik aku yang sangat cekap dengan jalan-jalan area shah alam ni..

Sampai sana tak sampai 5 minit aku katbank..dah siap..tu yang bestnya public bank ni, servis dia cepat gilossss...even orang ramai.

Balik tu ingat nak singgah cuci keta, tapi ramai pulak. Dan dan tu student aku call nak jumpa pulak. Balik fakulti terus la...

Nak lunch, tapi kena tunggu lunch partner a.k.a roommates aku balik kelas dulu, diorang hari ni ada kelas, aku free...maka berlaparla teman keseorangan...huhuhuhu. kang dapat makanan mesti aku makan banyakkkkkkkk nih, menci!

Tuesday, January 6, 2009

memborong susu di carrefour

Gambar aku lupa nak ambik pulak...

Al kisahnya, aku gi beli barang nak masak nasik tomato utk in-laws aku yang nak datang dinner kat rumah esok tu. jalan punya jalan dalam carrefour tu, ada satu tempat yang dia letak sign as Stock Clearance Item...aku tengok tengok la mende tuh...sekali tu aku nampak susu formula adam..Nan2...aku tanya budak promoter kat situ, apsal stock clearance susu nih, dah nak expired ke? dia kata takkkk...sebab starting next month, produk Nestle Nan dah tak jual kat carrefour lagi...oooooohhh baru makcik tau...aku suruh abang tengok expiry date dia..huh lambat lagi..28/12/2009...pastu harga dia kan...paling murah aku boleh dapat susu adam 900g setin ialah RM44.90 kat kedai cina kat umah aku..tapi yang ni walawehhhhh harga dia..nak tau berapa??? RM20 setin...RM20 weh..sapa tak nak..bukannya tin dia kemak-kemek ke hapa..bukannya expired minggu depan pun..keluarkan dari dalam kotak tu...aku ngan abang pun apa lagi..amek semua yang ada dalam tray tu..siap tanya ada lagi tak? sekali tu budak tu bukakkan kotak baru untuk kitorang..kami beli 10 tin terus...pastu gi jalan lagi...abang tak puas ati lagi nih...gi amek lagi 2 tin..menjadikkan ianya 12 tin semua..huahahhaha gelak syaitoonnnn...

Semua harganya RM240..kalau tak 240 tu bekalan sebulan je tau..ni dah jimat sebulan...tak tau la kot kalau korang, memang takkan beli barang yang stock clearance kan..macam aku nih, hidup tak mewah,,senang sikit je, maka kenalah berjimat mana yang patut, i really don't mind to buy anything which cost me far far far less from the original price even though it's all marked as Stock Clearance Item..some more mesti ada yang kata ngan anak sendiri pun nak kisah...nope it;s not about berkira o tidak..tapi depan mata ko nyah...benda tu terang-terang murahhhh and elok pun tak de cacat cela..pesalahnyer ye tak???

maka masa beratur ada la 2 orang mommies ni heran tengok aku beratur ngan susu yang bertin-tin..yang sorang ni tanya aku anak ramai ke? yang sorang lagi ni tanya banyak ke anak minum sebulan? huahhahahah aku tunjuk anak aku sorang jek and tu ha dia..badan ciput jek tapi minum susu kuat...sebulan memang genap 6 tin...tapi tak pe la adam...minumlah selagi adam nak minum..biar mama and babah nih tak belanja lain (boleh caya ke..especially mama dia)asal adam dapat minum susu puas-puas..susu sendiri tak de dah..huhuhuhu...

Updet gambarrr je..

Menghilangkan bosan yang melanda sebab baru balik dari kelas yang sungguh ramai students nyer..cakap pun ala-ala memekik je dah aku tadi..sakit tekak ooo...

So, mari mengupdet gambar-gambar yang dah bersarang dalam fon aku tapi malas nak upload..

Ni pulak anak bujang aku yang baru dipotong rambut..kat kedai makan bawah umah..


Adam lagi..dia tak suka pandang kamera..


Ni adalah anak dara kecik..aisyahhh..


nama manja aku panggil dia syasyalacan, sebab kepala dia dulu bau belacan..hahahha


ni percubaan nak memakai tudung ekin, tapi menci sebab muka aku boolatttttsss..tak shomey..


Ni pulak gambo cermin yang aku baru beli kat nilai 3, tapi macam tinggi sangat pulak gantungnya...kena buat flower arrangement lain nih..yangbesarrr dan tinggiiiii...

Monday, January 5, 2009

Arrghgggghhhh...Huwaaarrrgghhhh...

Yawning...yawn yawn yawn...

Sangap ngko...penat betul la..

malam tadi in-laws aku datang umah, dinner. Abang yang nak sangat belanja diorang dinner. Tapi aku yang kena masak.Aku masak nasik tomato, ayam masak merah, acar rampai, dalca kambing, buat puding cocktail and goreng pappadum..jadikla...gambar aku tak sempat snap sebab lepas jek setting atas meja, aku cabut mandi dulu...keluar jek bilik air, mak mentua aku dah ada dalam umah. Pekejadahnya aku nak snap gambar...kang dia kata menantu dia mereng dahhhh...

The food was superb (according to them, bukan aku yang kata..:P)...aku risau gak sebab masak nasik tu aku tumis kat kuali dulu then masukkan dalam rice cooker..risau tak masak je..sekali tu betul ko...rice cooker indicator tu tunjuk kat warm lepas 15 minit cooking...sudahhhh.....aku alihkan tenggek atas dapur..berbekalkan petua bapak aku nak elak nasik mentah, alhamdulillah masak gak nasik aku tuh...

Diorang balik dekat pukul 10..sementara abang hantar diorang kat bawah, aku kemas-kemas segala, cuci pinggan mangkuk..terus carik baju untuk keje esoknya, gosok-gosok-gosok...siap! Tapi dan dan aku siap gosok baju, mata dah tak ngantuk..badan letih tapi tak ngantuk..masa menggosok tadi kemain lagi aku menguap..Penyudahnya aku tengok grey's anatomy dulu sampai pukul 1am then baru tido..ingat nak continue tengok desperate housewives tapi abang rebut ngan aku nak tengok bola pulak...aahhh layan mata la...sebelom tido kita pekena megi rendam air panas dulu...punya la sedap aku masak (cewah...self proclaimed nampak!)aku makan 2-3 suap jek...tak tau la, dah banyak telan asap bau-bauan aku masak tadi kot...

So, pagi ni tadi, keluar umah pukul 6.40 pagi..sampai umah mak aku terus gi keje...kena patrah balik masa nak masuk federal hiway sebab baru notice abang tak bawak keluar beg baju and bottle warmer adam...tak pakai baju, tak minum susu pulak anak aku kang....after 1/2 an hour journey, sampai la aku kat uitm ni pukul 8.10pg...jap lagi ada kelas pukul 8.30....

Saturday, January 3, 2009

Adam and his first hair cut....

Adam had his first haircut (an official one after dibotakkan masa 4 months dulu)petang jumaat at Silver Star (ecewahh kemain lagi mamak ni punya nama kedai)...at first babah dia jek yang potong rambut dulu...dia tengok diam jek sebab dia takut dengan kaler tukang gunting tu...hahahahha kelakar sungguh...helo mak pak dia pun bukan jauh beno skin tone nya dengan barber tu...

Pastu abang done with his hair..macha tu tanya anak tak nak trim ke? aku pun pelagi try le letak adam kat kusi tu..boleh dia diam jek tak de le nak terjun kusi ke hapa..terus aku suruh pendekkan rambut dia yang dah panjang kat belakang ngan tepi telinga..dia diam jek..pantas sungguh la macha tu...seploh minit pastu siap..hensem dah anak aku..kalo tak sian dia bila melasak dah tentu peluh-peluh..pastu basah jek rambut diam tergaru-garu pastu..ni dah pendek rambut ni k sket..aku ingat nak simpan rambut dia sebab aku nak buat style cendawan tu (noleh korang imagine???). Musti chomelsss...tapi aku pulak yang rimas skrg ni...

Friday, January 2, 2009

happy New Year..

lambat sket buat posting nih...semalam aku online tapi aku malas nak buat new post..

malam tahun baru aku anak beranak tido tak hengat punya...sebab malam tu pegi makan kat satu tempat ni and adam behave was sooooooooo menyakitkan hati..maka penat fizikal dan mental..

resolution(s)????

Hmmm blom pikir lagi..tapi alhamdulillah 2008 resolution achieved.Alhamdulillah