Monday, February 28, 2011

Penangan KK

Hasilnya....kulit hitam pekat melekat berkilat!

KK sangat panas, i yang dah sedia tanned ni haruslah jadik well done kaler kulitnya. Kulit muka aku sangat senang sunburn. Be it ko gi riadah 5 minit matahari lite lite pun balik tu muka sudah jadik kuda belang...

Redha je la. So sekarang otot2 sangat sakit sebab catwalk 3 kali ke pasar filipin dari condo penginapan. Dekat je pun dalam 500 meters. Tapi semput wo. mana tak semput, kaki aku je sebelah berat 14.3 kg (aku timbang kat conveyor timbang beg tepi check in counter :P)kalo 2 belah? kira sendiri. Belum lengan aku yang besar kaki gajah ni. Mau pitam timbang tu (ke aku yang pitam?)

So, aku dah buat persiapan mental dan fizikal untuk kaki gajah ni dengan hanya memakai selipar ultra light hush puppies tu je datang ke KK. pedulik la kalo tak cantik (eh cantik je tau selipar tu)asalkan kaki guwe nyamannnnnnn....So, memang menjadi strategi aku. kakak aku pakai wedges heel pun merambu carik selipar.

So, harini start keje semula. Kelas full harini. Gambar dah upload ke laptop. Ntah bila zaman nak transfer ke CD pulak. Semalam aku hanya bermalas-malasan je kat umah. Penat seh. Gosok baju keje semua pagi ni.

Ok insya allah aku upload gambar esok and a few tips travelling to KK.

Adiosss..

Wednesday, February 23, 2011

Holiday comes again...



book tiket setahun yang lepas.

So, here it comes. We will depart from LCCT at 4.05pm. Kami pegi in a large group jugak la. 5 adults and 5 kids. Can't imagine the noises, cries and whatsnot.

Ahad balik Kl semula.

Tuesday, February 22, 2011

I saw a rainbow

I saw a rainbow on the way to office this morning.

All of sudden felt energetic and happy today.

Thanks Allah.

Monday, February 21, 2011

Buku Muka

Recently my friend from primary school posted about our memory together. She wrote a few name that i couldn't recognized. Then i started looking for infos about them in the internet. Suprisingly most of them got facebook.

Then, dapat connected semula...happy when to know that they're successful in their life and career now.

Oh i love fb coz i can find my long lost friend.

Friday, February 18, 2011

Help...help...help

Astaghfirullahalazim...

Aku dh menguap 8 kali sepanjang 1 jam 20 minit ceramah malam ni.

Serius boring...definisi je 12 slide you...

Tolong....
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, February 17, 2011

Kemalasan melanda

Hmmm nak update tapi akurasa life aku monotonous la skrg ni...tak de apa yang menarik.

Esok kena pegi Kuantan. Ada kursus TOT (Training for Traines). So kesana sampai hari ahad. Malam ni ngajar sampai pukul 10 malam. Ada kelas ganti. Sebab esok patutnya ada kelas tapi dah nak ke kuantan, kenalah gantikan kelas kalo tak kesian student.

Semalam sempat buat blueberry cheese tart and fruit tartlets ada orang order. Customer baru, harap2 dia puas hati.

So, tadi hantar tart kat Bukit Bandaraya, Shah Alam. Rumah umang aihhhh cantik2. Harga not bad starting from RM370K...aku mulalah membuak2 nak beli rumah, bila tgk web perbendaharaan perumahan anggaran bayaran dalam RM1632...wallahhhhhh umah skrg RM600 je. Ye kedekut di situ. Gaji aku tak besar mana, so Rm1600 disamping utang yang lain agak parah disitu. I love ampang so much, dah selesa kat situ.

So, perut dah bunyik la nak gi makan.

Tuesday, February 15, 2011

I don't mean to laugh

Kejadian took place at electrical appliances section, jusco wangsa maju.

antara abang baju belang (A) ngan salesgirl (S)

A: hmmm ok la ni, cantik. Rambut ada?
S: ha? Apaa dia?
A: Rambut (sambil tangan menggayakan aksi)
S: ohhh remote...
A: aaaa remote

Aku kat belakang takleh blah...nak berdekah kat situ gak.

Kalau tak reti x yah sebut la bang...cakap je alat kawal ke alat kontrol ke...apa kejadah beli dvd player tanya rambut...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, February 14, 2011

No heart feelings

Just nak meluahkan rasa je. Apa perlunya penyakit "hati" wujud dalam diri kita ni? Mempersoalkan qada' dan qadar Allah. Mempersoalkan rezeki yang diterima setiap makhluk yang wujud atas muka bumi ni?

Seseorang mungkin dikurnikan rezeki yang lebih dari satu segi tapi Allah kurangkan rezeki pada satu lagi segi. It's fair rite? Mungkin ko dikurniakan rezeki yang lebih dari segi zuriat tapi mungkin ko kurang rezeki dari segi lain kan?

Dulu aku mempersoalkan jugak apakejadahnya makna peribahasa "cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar"...now dah dewasa ni paham beno lah aku...

Peace no war...

Saturday, February 12, 2011

Ha Ha Ha

Babah : adik dah besar nak jadik apa dik?

Adam : humongousaur

Selamba dek je muka dia...adam, cukup la mama ngan babah je humongous dalam umah ni...

Nak tau apa humongousaur?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, February 10, 2011

Obsess

Anak buah aku kemaruk korea sampai nak g uji bakat menari lagu korea la pulak.

Susah kalau over-obsess ni, apa mak pak dia ckp semua x betul. Then dah pandai nak pegi ngan kengkawan je without adult's supervision (adults tu refer to makciks dia la).

Selalunya anak buah aku tu akan pegi berjimba ngan makcik2 dia je, kawan2 ni dia kureng sikit la nak kuar2 ni...sekarang dh pandai suruh mak dia drop kt lrt station nak g sg wang sendiri...gila ke nak bagi lepas camtu je.

Haihhh sian kakak aku
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, February 9, 2011

Unfinish business

Semalam dah gi interview...dengan 2 orang professor dan dekan fakulti..

takut ya hamat, sekalitu borak-borak je. Nak tau dah dapat supervisor ke blom, ada dapat conditional offer dari mana-mana U ke, dah buat IELTS ke blom..apsal nak gi U yang ni, tak nak g obersi ke.....bla bla bla bla...

So, insya allah sinar di hujung terowong sebab aku pilih local U sahaja. takleh gi jauh anak dah besar dan husband juga :P

and husband pun keje dah stabil so kesian dia nak kena mula dari bawah pulak kalo balik dari obersi nanti. maka dengan hati yang terpilu cakap nak sambung kat UTM saja (hohoh UTM tetap dihati habis aku hangkut dari diploma sampai PhD buat kat UTM).

Satu saja business belum dilaksanakan iaitu...IELTS..dah kol IDP Subang, nak check tarikh yang available, ooo banyak lagi yang kosong...tapi purse pun kosong tiada gunanya. Nak daftar RM550 ye puan-puan...di saat duit nipis sebab sakit tak kujangka itu maka semua urusan melibatkan duit kecuali minyak keta,tol dan duit makan harus diketepikan. Maybe bulan Mac la baru amek IELTS tu.

Haruslah menggelabah lagi sekali sebab ada satu komponen speaking untuk test tu....huhahahhahaha

Tuesday, February 8, 2011

Journey to PhD

actually harini petang pukul 2.30 ada interview ngan pihak scholarship and vice chancellor pasal scholar PhD. Aku dah prepare dokumen tapi mind tak set betul lagi....makan ubat kepala hotak ngan mata layu je. Pasrah je la...hopefully diorang tak suruh present lagi dah la...

Monday, February 7, 2011

Confirmed

Aku sah menghidap HYPOTHYROID

kelenjar ada tapi gagal mengeluarkan hormon thyroid untuk digunakan dalam badan. Selalunya hypothyroid ni melibatkan metabolisma badan secara tak langsungnya. meaning that kalau rendah hormon thyroid dalam badan metabolisme ko rendah la...

That's why aku bersenam bagai nak gila nak kurus pun tak kurus-kurus...and ada banyak lagi benda yang boleh jadi kalau kurang hormon thyroid T3 dan T4 ni...paling ketara kat aku ialah :

*PELUPA tahap gaban..so kalau lepas ni aku lupa sila maafkan aku. Don't blame me, blame the hormones.

*TAPAK TANGAN IS PALE AND YELLOWISH - jangan ingat jaundice plak...iodin punya hal la ni...

*I CAN BEND MY FINGER UP TO 90 DEGREES - ok try sekarang..letak your palm on a flat surface than try to bend your finger 90 degrees....ada org boleh ada yang tak boleh

*EASILY GET EMOTIONAL - oooo yang ni aku ingat memang perangai sejak azali...aku memang cepat terasa hati, senang nak mengalirkan air mata, marah tak tentu hala..emosi tak stabil la senang cakap. Aku ingatkan aku mmg mewarisi panas baran bapak aku...

*PERIOD TAK BETUL - orang yang normal cycle ialah makin ke depan ke depan..which is bulan ni ko period 5hb, bulan depan sama ada 5hb jugak atau awal lagi...tapi aku???? bulan ni 5hb bulan depan 10 atau 13hb..sebab tu EDD adam dulu tak betul...

*SAKIT BELAKANG - not specifically kat tulang punggung je...aku ni sakit kat tulang belikat sampai tak taun ak describe sakit camana...kengkadang rasa kat bahu tu macam ada hantu bertenggek (ok sila imagine ju-on). Bila hypothyroid ni semua zat dan vitamin yang ko makan macam makan saja je la...makan kenyang tapi zat tak de...junk food gitu. tu yang tulang belulang sakit semua.

*BERAT BADAN NAIK NAIK NAIK DAN NAIK LAGIIII....- dietla macam mana pun, turun memang turun pastu naik balik...diet pills sampai supplement abih aku telan tak de effect gak..i like the statement yang doktor tu bagi...you jgn bersenam joging bagai nak rak ye..brisk walking saja...nanti badan takleh coupe you jatuh or heart attack pulak...yeay takyah exercise...

*MUKA SEMBAB TAPI NO EYEBAG - sebab body retention out. Bukan je muka, tapi badan pun tau...badan aku cam span kalau picit tau....mata cam panda tapi takde eyebag. Doktor takut nak draw blood sebab tangan montel sangat, macam tak nampak vein. Tapi tembam bukan sebarang tembam tau...tulang besi urat dawaiii..of course nampak vein i...

*BODY BLOAT - doktor sangat surprise dengan berat aku...bukannya surprise sebab berat sangat :P tapi dia kata berat aku sepatutnya lebih lagi dari yang betul ni sebab badan aku gem*k tapi ringan....oooh nak jugak perkataan ringan di situ.

*GET COLD EASILY - orang peluh-peluh takpun rilek je, yang aku ni tapak tangan, tapak kaki ngan idung rasa dah beku dah...tetiba rasa macam amfibia..

*RABUN ESPECIALLY MALAM AND SILAU - ye memalam aku susah nak drive, pakai spek pun tak membantu baik aku campak je spek tu dari bersangkut kat idung yang tak berapa nak ada batang idung ni...lampu keta semua nampak pecah..

*MATA TUTUP BUT FIKIRAN TAK - Secara zahirnya mata tutup macam orang tido, tapi tau tak betapa seksanya aku nak tido sebenar-benarnya dengan fikiran is 100% shut down..sebab tu aku senang je bangun 2-3 pagi duduk kemas rumah, baca novel semua sebab aku ni macam tido-tido ayam.

*BIG BABY - masa bersalin adam adalah baby terberat haritu...so jangan la overexcited bila baby ko mempunyai berat yang "sihat"....

Ada banyak lagi symptoms yang ada kat aku, tapi tak hengat la....once again, don't blame me, blame the hormones ok...kalau tak treat memang lama-lama umur 31 tapi peluapa macam orang umur 50 tahun....nanti kedut pun cepat datang...

Ubatnya aku kena consume Thyroid T3:T4 which is artificial hormones yang bila di makan akan menghasilkan hormon T3:T4 seperti semulajadi yang patutnya keluar dari your thyroid gland. Telanlah ubat tu sampai akhir nyawa.

Pasal pregnant, dah jadi macam ni, doktor pun tak cakap tak leh pregnant lagi. Dia tak kata tak boleh. Just fikirlah sendiri sebab hypothyroid ni aku boleh inherit kat anak melalui mengandung je. kalau anak lelaki, kekurangan ni akan stop kat anak tu je tak leh jangkit kat cucu aku nanti sebab lelaki tak leh mengandung UNLESS bini anak aku tu ada hypothyroid gak. Kalau anak pempuan, akan turunkan kat anak dia pulak nanti.So, aku n rais amek keputusan cukuplah dengan Adam seorang. Tumpukan untuk rawatan aku n dia n rais.

Sekarang ni, aku dah consume sebiji capsule T3:T4 tu...effectnya setakat ni aku tak selera nak makan..adakah cahaya untuk urus masih ada untuk aku? ceh..itu pulak yang di target...

oklah..aku kensel class harini sebab nak prepare dokumen untuk interview dengan pihak scholarship esok.

Chowsss...assalamualaikum

***********************************************************************************

ok update on the symptoms...aku rasa lebih baik aku listkan sikit2 supaya readers boleh pre-diagnosed diri sendiri then g jumpa doktor untuk kepastian....aku tak listkan semua before this sebab tak ingat....duduk diam-diam then teringat aku update la..

so...

*RAMBUT GUGUR (MACAM LEPAS BERSALIN) - Rambut aku lebat...jadik tak lebat sangat dah. Seingat aku getting worst starting from last year...kalau sikat rambut tu tak main sikit2 ok..aku penah kira sekali sikat 10-15 helai..time mandi baru usap rambut pun 7-8 helai for sure dalam tangan

*SAKIT KEPALA - bukan macam migrain, kalau migrain a part of your head memang sakit but before attack tu akan nampak ada colourful spots..or sometimes black spots. Untuk symptom hypothyroid tak de signal colourful spots tu pun...sakittttt je kepala. Tapi yang ni sakit macam kena cucuk2 ngan paku then merebak sakit mencucuk berdenyut satu kepala...and sakit bukan hari2 kat tempat yang sama, harini belah kiri, esok belah kanan, lusa kat bahagian depan..

*LETIH YANG SANGAT2 LETIH - letih yang ko tak buat apa-apa pun tapi letih macam baru balik marathon. Letih yang tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata la...kalau kat opis ni aku rasa aku dah macam beruang kutub dah...berselubung denagn shawl pastu nak melingkar kat atas sejadah nak tidooooooo je. kat rumah melepek tak leh buat apa, kalau masak, lipat kain or basuh kain macam buruh paksa je muka aku okeh...

*STRESS KENGKADANG RASA MACAM NAK TERJUN BANGUNAN - serius ok...aku tau memang tak elok la orang islam fikir nak terjun bangunan ok..tapi bila perasaan stress yang melampau tu merasuk diri memacam boleh jadi...tapi ini symptom badan ko low cortisol..cortisol ni pun ada kaitan ngan thyroid. Macam aku, check darah cortisol level tinggi so aku boleh hadap stress dan buat keje macam biasa

ok setakat ni aku ingat yang tu je..

And one more thing...kalau hypothyroid ada makanan yang tak boleh makan as any kacang, family of cabbage (broccoli, cauliflower, round cabbage, kobis panjang and brussel sprouts), Soya (tempe, tauhu, air soya)...adam la kesian, dia tak makan sayur tapi hantu soya ok....sweets pun kena kurangkan kalau kat budak sebab nanti sugar rush takut dia tak terkawal diri.

Sunday, February 6, 2011

Dup dap dup dap

Klinik dah kol...

Result blood test dh kuar dr pesan suruh dtg jumpa dia malam ni kul 9.

Hmmmmm...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, February 5, 2011

Kalau dh penyek...

Nak pakai breath right kids ni susahnya la...

Nak sangkut kat batang idung, idung pesek (kemek)...huhuhu

Kemek tak mancung pun adam tetap hensemmmm...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

I HATE YOU!

Astro drove me crazy today!

I wanted to make payment using debit card. After talking to the rep., I was so shocking to know that I got 3 smart card? What the hell? I only got 2 l bodoh!

Then that rep insist for me to pay all the outstanding then only they'll check on the unknown smart card. Hell no! I won't make any payment then I asked her to give me the nearest cust.service office. This thing needs to be settled by today. Boleh budak tu cakap...sorry puan, takde office yg buka harini...I told her that astro is so stupid if they don't have any office open on saturday because that is basically the day of anyone is less busy! Then only she told me that they got one office in cheras open till 2 o'clock.

Apa lg, pack barang terus heading to my mom's. Wait for my sister to accompny me sebab nak gaduh x best sorang2...I need backup singer..heheheh

Then the guy who entertained my case there was so friendly sampai x boleh nk marah dia pun. He seems bersungguh2 nak settle kes I...

Nahhhhh....hamek ko, smart card unknown itu pakej subscribed RM105.90 ko...actually kt umah my mom tu pakej satu RM75 satu lagi RM55...gila free2 aku nak bayar rm240 tiap2 bulan for service yg tak guna?

Luckily that guy helped me to deactivate card unknown tu, but I still had to pay outstanding amount of RM234...diorang akan neutralised balik bil akan datang. Hopefully betul la, if not...I declare war!

I admit that before this I made payment online with consistent amount without referring to the bill issued. So, guys, do take a look thoroughly your bill, mana tau ada unknown charges or awkward figure ke kt bil kan? Serbu je cust service diorang ni, jgn settle thru fon, coz we just don't know when they'll entertain your case. Kalau over the counter, they'll try to settle it in front of you...

ntah sapa nya keje la dok tumpang akaun I...I curse you culprit!

Ok, now dh x marah...tadi meredakan marah with making mcD apple pie and lepat labu...so x marah lagi.

Taknak marah2 sebab nak spare feelings for tomorrow. Result blood test kuar esok uolsssss...awww seram ni!nak confirmkan penyakit lain, kang penyakit lain pun dpt tau gak...tak mauuuuuu!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, February 3, 2011

Susah hati....tp makan tak kalah uols

Ni dinner malam ni....home made yer

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, February 2, 2011

Shocking news

Once confirmed aku akan berkongsi info yer, info on our health.

Aku rasa keputusan aku untuk tak nak beranak lagi amatlah tepat dengan condition diri aku ni...insya allah cukuplah muhammad adam ikhwan seorang je...

Currently I'm sad not because of this disability (I prefer to call it 'gift')but because of I inheriting it to adam and because of that he has the same disability as me. But allah knows best, insya allah ada hikmah disebalik semua ni.

Luckily I knew it before I officially smbung belaja. With the cure, insya allah again I can overcome the stresses towards becoming the DR...

Pray the best for me and my family.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, February 1, 2011

X-tra rajin

Lately aku amatlah malas...

Baju 3 bakul baru settle lipat hari ni, pepagi dh mop lantai 2 round, kemas2 sikit pastu kul 5 td masak dinner.

Semalam g pasar malam beli la lauk basah...beli ikan kembung besar, ikan cencaru, selar kuning ngan sotong...semua rm40...murah ek?

So harini for dinner masak ikan selar goreng garing, sotong kicap campur kentang, telur dadar ngan sayur kacang panjang campur sotong ngan fishball...

Alhamdulillah kenyang dah...esok since aku cuti sampai next week kena la plan nak masak apa...aku ngan adam je yang ada masa siang buat ikan bakar je la...ikan gaul garam ngan kunyit ketuk serai sket,bungkus ngan aluminium foil letak je atas kuali..settle keje. Makan ngan air asam, sayur x yah, makan je ngan salad...

Matikla baru dinner dh pikir nk makan apa esok....
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone