Monday, June 30, 2008

Our Vacation to Labuan

Depart : Thursday 0750am
Arrival: Thursday 1040am

1st DAy
Hohoho we went to Labuan for 3 days and 2 nights. Departure pagi Khamis. Sian kat Adam, kelat-kelat mata dia bila bangun tengok ramai umat manusia kat LCCT and what a bustling place my mommy brought me in early in the morning. We off to LCCT from home at 5.15am and arrives there an hour after that. Sampai sana we checked in first then carik baby's room untuk mandikan adam. Carik2 tak de baby's room just ada baby diapers changing table. So, basahkan tuala kecik Adam terus jek lapkan badan dia. Melakak bujang aku tu kena mandi pepagi buta. Lepas tu kitorang sarapan jap sebab nak kejarkan gate close at 0720am. Ngam ngam timing. Habis makan terus masuk departure gate.

Itu ialah mama saya

Tomey tak saya???

Tengah melasak sambil tunggu gate open

Now everyone can fly

Tengah sepahkan airbus itewww

As requested by Babah, Mama masukkan gambar feveret dia...

Tunggu punya tunggu kapal pun sampai. Beratur panjang tu, ramai la pulak umat manusia nak ke Labuan ni. Dalam aeroplane Adam tido, even though naik-naik tu dia dok tarik menu, flight safety card, air sickness bag segala dari compartment belakang seat tu. Babah dia layankan aje, janji dia tak nangis. Took off smoothly and just a mild turbulance. Seploh minit after took off Adam tido. Dia bangun lagi 15 minit nak landing. Sampai airport Labuan turun tangga segala abang gi toilet while aku jadik pak guard tunggu bag. Tengah tunggu bag tu aku tengok ada satu makcik ni ngan 2 anak dia dok usha-usha aku ngan senyum-senyum pulak. Laaa.....Acik Nah, Along and Aliaa..Aku memula ala-ala pelik ngan bodoh-bodoh dok pikir diorang ni naik satu flight ngan aku ke yang boleh dok tunggu kat tempat bag ni jugak??? -Dang!- Rupanya orang airport tu semua kengkawan pakcik aku so, makcik aku ngan sepupu-sepupuku itu boleh sesuka ati je masuk sampai kat tempat luggage tu. Nak tau fisrt word makcik aku tu kepada aku "La...tak perasan Mazz tadi. Tu dok tenung-tenung, takut salah orang. Acik nah budget Mazz besar ni (sambil menunjukkan saiz itu dengan tangan). Rupanya dah slim. Lagi slim dari masa Raya dulu"...huahahhahah sambil idung yang kembang kuncup itu aku menafikan dengan malu-malu kucingnya. Hehehehehhe kelaka la orang cakap aku kurus...tak pakai spek kot Acik Nah ni..
Kita minum Dulu

We're up in the sky

Adam ngan Mama


So, tunggu bag sambil Adam dok familiarize muka-muka orang yang baru dijumpai itu. Tapi anak aku ni memang tak takut orang la. Sekejap je dia dah boleh lari-lari keliling area tempat menunggu tu sambil sepupu abang kejar dia, pakcik wan terus peluk, gomol-gomol dia bawak gi tengok animal pictures. Wahhh senang idup aku. Dah dapat bag (aku cam tak caya, kitorang bawak 1 luggage je...balik mesti dua lah ni)terus je Acik Nah & Pakcik Wan bawak balik umah dia. First impression about Labuan ialah CLEAN & HOTTTTTT! Panas tak ingat! Masa sampai tu pukul 11 la camtu tapi aku rasa panas dia sama cam kita tengah hari masa matahari tegak atas kepala tu. Have our lunch together while discussing about interesting places to go.

Lepas makan, tido jap. Tapi tak lelap sebab panas even bilik air cond. Ngada-ngada je macam la dok kat four seasons country.Ahaks!Dalam pukul 3ptg tu, Along merangkap Cik Tourist Guide ajak gi ronda dah. So, plan nya pegi Kompleks Sukan Air Labuan, Muzium Marin & shopping complex. Ala dekat je rupanya...tak sampai 5 minit dah sampai. Kompleks Sukan Air tu ialah venue untuk International Regatta Tournament. Sebab attached ngan laut. So bayangkan le haba panas laut cemana. Kat situ ada Marine Museum yang best sebab masuk free. Tulis nama je kat tourist book tu. Ikan dia pun cantik-cantik and besar-besar. Tak lawan la Aquaria tapi boleh la. Kat tingkat atas ada Tulang Rangka Ikan Paus Biru yang jumpa kat Melaka tahun 1891. Besaaaarrr. Kalau diorang tipu pun aku bukan tau...hehehehe. Adam excited giler tegok fishes sebab dia memang suka gila fish. So, jalan-jalan kat situ dalam 15 minit kitorang pun keluar lepak kat tepi laut. Sepet-sepet mata Adam tahan angin. After that, kitorang pegi Ujana Kewangan / Financial Complex which was Labuan's Largest Shopping Mall...tapi dalam dia kesian jek, cam tak bermaya even banyak kedai. Ok la daripada tak de...hehehhe balik tu Along bawak jalan-jalan pusing bandar diorang jap. Tak besar mana pun, memang takkan sesat la sebab banyak one way. Then kitorang balik.
We are family

I loike Fishies..

Kat tulang ikan paus

With Babah

Mesmerized by Nemo & the Gang

Main kat pantai


Petang tu Acik Nah tepon pakcik Wan sebab nak suruh dia bawak gi beli kain batik kat kedai kawan dia. So, sementara tunggu pakcik wan abis keje, kitorang gi tepi pantai.Bagi Adam main ombak ngan pasir. Sian Adam ,ala-ala jakun tengok laut ngan pasir. Memula dia cam takut tapi lelama lagi dekat ngan gigi air pulak.Last-last aku tanggalkan kasut dia biar dia pijak sendiri pasir ngan air laut tu....So, first exposure Adam to sand and beach is success! Next time boleh plan gi beaches. Lepas beli kain batik kitorang pun balik. Malam tak kuar sebab Labuan ni bandar dia mati awal la...malam pub banyak la bukak & ramai filipino, local people mabuk-mabuk.

2nd Day

Pagi-pagi lagi dah bangun. I mean pukul 7 pagi tau. Sebab dah silau tahap mat kilau dah, aku terjaga pukul 5.30pagi, terang dah macam kita pukul 7.30 pagi. Masa kitorang siap-siap nak keluar tu dah pukul 10pagi, panas dah macam kul 1 tgh. Redah je la. Plannya nak pegi Taman Burung Labuan and round area Manikar Beach merangkap khatam round satu Labuan. Kat Taman Burung tu surprisingly aku terjumpa satu junior yang praktikal kat HCM namanya Liya. Tak sangka punyalah besar Malaysia ni kat Labuan juga yang aku jumpa dia. Admission Fee ialah Adult RM3 (local people), RM5 (adult tourist), Children below 5 years old Free, Student RM 2...Tapi best tau Taman Burung ni sebab burung dilepas bebas and terbang-terbang atas kepala kita. Except burung-burung yang bahaya like eagles, ostrich (ni kureng bahaya tapi suka kejar orang), owls...yang lain bebas jek...Adam suka betul la tengok birds...bila burung Upih yang tinggi tu lalu depan dia terus jadik tergamam, kaki terpaku tak leh gerak dah..sibbaik tak nangis. Masa tu panas tapi dia tak meragam pun. Aku pakaikan topi pemancing then lipatkan bahagian depan dah macam Paddington Bear pulak aku tengok...hahahha cute! Ada burung Tiong Emas yang pandai tiru apa kita cakap. Memula aku dok carik sape fewwwwiiittttt dua tiga kali ni. Last-last abang cakap tu ha, yang atas pokok tu. Lepas kita buat, dia ajuk. Pastu bagi salam. Cute betul. Abih round Taman Burung kitorang round tepi pantai pulak. tengok Manikar Beach. Cantik pantai dia, air kaler ijau-biru, pasir putih. Tak berenti tepi pun, just tengok dalam keta. Sebab panas! Balik tu singgah makan KFC yang tak sedap, jalan-jalan dalam Mall jap beli Magnet Fridge (ni wajib beli for every vacation yang kitorang pegi). Then balik rumah...aku-abang-adam tido tak hengat punya...letih la...tido sampai kul 4.30 ptg...dari kul 2...Petang tu bangun tido, abang ajak ronda lagi. Nak ajak Along tapi dia tido pulak. Nak kejut kesian. Last-last Acik Nah bagi kunci keta, suruh round-round sendiri. Takkan sesat punya. Kalau sesat pun suruh je anta gi Ibu Pejabat Polis Labuan, sure jumpa rumah (sebab diorang dok kuarters polis..hahahha). So, amek kunci keta, we all decide nak pegi pantai lagi. Bagi Adam main ball. Tak leh bagi main dalam umah orang, anak aku naughty kang abis pecah barang kaca & tunggang langgang umah diorang. Bagi dia main puas-puas, sampai letih. Pastu bawak gi tengok fish lagi sekali kat Marine Museum tu. Singgah bandar Labuan. Ni pepandai sendiri ni based on jalan-jalan yang pakcik wan bawak masa beli kain batik semalam. Jalan-jalan kat Gerai (ni street bazaar, kedai2 kayu yang jual souvenir,mutiara, gems). Beli satu pearl brooch. Then kitorang singgah kedai mamak makan maggi goreng ngan roti sardin....pastu balikkkk....makan malam then ZZZzzzzzzzzzzzZZZZZZZ.....
Adam heran tengok menatang apa nih??

Ni la Along a.k.a tourist guide kitorang

Three of us

Adam main bola kat pantai

Mama Posing


3rd Day
Today Pakcik Wan tak de sebab kena outstation ke Kota Kinabalu. Pepagi lagi aku pegi bank withdraw duit untuk shopping jap lagi...Sempat lagi aku borong kain pasang to all my sisters and me of course. So, today kitorang gi shopping ngan Acik Nah. Nak gi gerai tu je pun. Sampai sana aku beli brooch untuk kengkawan opis, beli pearl bangle, abang borong 10 butang baju melayu pearl (murah giler nak mampos!)beli baju t-shirt Labuan Island untuk bebudak kecik ngan Adam kat umah. Jalan-jalan area situ beli itu ini sket, then balik. Tak tahan la...panas semacam. Balik tu lepas mandikan Adam balik, kitorang pun mandi lagi sekali, rehat kejap, sambung shopping balik. Kali ni aku, abang ngan adam jek. Pegi balik ke Gerai sebab abang nak beli lagi butang baju melayu tu..kira-kira dia kata tak cukup...aku ikutkan aje...lepas tu kitorang pegi mall balik borong Coklat. Labuan is a duty free island, so coklat memang murah la. Perfume tak leh beat Langkawi, sana lagi murah...So borong coklat RM150....amek kau. Since datang satu beg je kan, belila lagi satu bagpackers senang nak gi cuti mana-mana nanti...ingat nak balik terus tapi Acik Nah call Mak Dik kirim beli butang baju melayu tu lagi 2 pasang. Aiyakkkk abang muncung je bila aku cakap suruh patah balik. Aku pun malas gak sebenarnya tapi dah orang kirim ngan tempatnya sekangkang kera dari rumah je pun, tak sedap la kalao tak belikan...
Ni lepas makan pasir

Adam ngan babah

Cantik gambar ni

Lawa tak pantai dia???

Hero tewas di atas katil keletihan training bola


Habis shopping dah dekat kul 5 ptg, nak kena check in by 6.30pm ni. Sib baik umah ngan airport 5 minit je. So aku pun pack segala barang, lipat melipat, adjust mengadjust...done! Pukul 6.15 camtu abang dah keluar umah ngan Pakcik Wan nak gi airport check in luggage. Total weight for our 2 luggages 29kg...tak de la berat mana pun...So, while tunggu abang balik umah balik, aku tolong Acik Nak masak dinner. Abang sampai aku terus mandikan adam, tapi pakaikan dia diapers ngan seluar je, baju tak pakai lagi kang comot. Pastu kitorang bergilir mandi dah pukul 7.20camtu. Abang bersiap terus je makan. Makan-makan dah pukul 8.00pm...tunggu Along mandi while kitorang cross chkeck jangan ada barang tinggal....8.10pm keluar umah sampai airport 8.20pm....terus je pegi departure hall. Sedih betul la nak tinggalkan Acik Nah ni...dia ni very-very kind and kelakar...and she is my hubby's closest auntie. Menitik gak air mata la...Then pakcik wan tunggu sampai announcement flight ready...baru dia balik. It was so sad sebab it's end of our vacation. Naik flight je adam terus tido. Belum take off pun lagi. So, balik ni turbulance kuat. Bergegar-gegar flight. Aku dah pegang tangan abang, sebelah lagi peluk kaki adam. Abang sebelah tangan peluh badan Adam. Takutttt giler, sebab diluar itu ujan yang sangat lebat. Siap guruh segala...finally nampak KLCC dah....yeah yeah nak sampai dah...flight yang ni ada sedikit dizziness...sebab dia cam turun naik turun naik altitudenya...mual pun ada...sampai LCCT yang allah ramainya orang. Nak tunggu beg cam tunggu ikan kat jeti...lama gak tunggu. Aku pegi pos adam kat kakak aku dulu kat arrival hall tu sebab nak tolong abang amek beg. Dapat je bag terus je kitorang keluar dari situ. Baru aku tau apsal ramai semacam jek kat airport. Rupa-rupanya kan ke musim pendaftaran IPTA. So, banyakla sepanduk UIA,UM,UITM,UKM..ngan bas-bas diorang dok amek student. Sampai umah pukul 12.40am. Terus tido...letih giler...

When the plane touched down, officially berakhirlah percutian ini. Tak pe next is Penang. Tungguuuuuu................Aku tak snap pun piccas souvenir sebab letih giler....

Tuesday, June 24, 2008

Aku Kagum...

I was bloghopping this morning, and finally my eyes nailed at this page - viruspadu.fotopages.com. It's a story of how strong this young couple...berdepan dengan anak yang sakit dan akhirnya kembali ke rahmatullah. Aku baca FP ni sambil bercucuran air mata. Pedulik hapa ngan orang keliling ni. Aku imagine if i were in their shoes, camana ek? Then tetiba teringat kakak aku yang mana situasinya lebih kurang macam viruspadu nih, just kakak aku diberi peluang oleh Allah untuk bersama arwah anaknya lebih lama compared to them. Arwah hidup selama 2 tahun 3 bulan. Arwah anak buah aku lahir tak cukup bulan, which was at 6.5 month..lahir kat rumah then bawak gi ampang puteri. From there, transfered to NICU HKL...bermulalah kehidupan arwah sebagai penghuni NICU selama 5 bulan. Macam-macam operation. Ada wayar dari kepala terus ke pundi kencing dia. And mata dia jadik half-blind sebab oksigen telah mengembangkan urat mata. So, aku jadik peneman setia kakak aku bila buat check up kat HUKM. My sister was so strong despite of her not very healthy condition. Ingat lagi sambut raya kat hospital. My sister stillin her confinement period. Tapi arwah sangat-sangatlah cerdik. Dia tak boleh berjalan at 2 yeras old hanya boleh berkesot. Tu sekarang bila tengok anak buah aku -airin- tak merangkak but berkesot, abang ipar aku tu tetiba sebak, sebab teringat anak dia...

Hmm...tetiba je teringat kat arwah, sebab lepas SPM aku tak keje and everyday aku with my parents akan pegi Ampang umah my sis main-main ngan arwah ni. Dia very-very manja and like to be pampered. Masa arwah pergi mengadap Ilahi, semua doktor-doktor especially doktor pakar dia & all the nurses yang pernah jaga dia menangis semahu-mahunya. Ada yang tak percaya & bergegas turun ke ER nak tengok sendiri..My late nephew diambil nyawanya di Emergency Room HUKM, sebab-sebab yang tercatit dalam sijil kematiannya ialah - severe acute pneumonia. Sedangkan sebelum ni dia tak penah ada or been attacked by pneumonia. Mak aku cakap itu hanya penyebab, tapi tak pe, kalau dia ada dah darjah 5. Lagi satu dia akan jadik special kids, and aku takut tak de orang nak kawan dengan dia and he will be left lonely. Sian dia...ada hikmah dia dijemput Allah semuda itu. Yang paling aku ralat ialah aku hanya dapat tahu anak buah aku meninggal bila dia dah selesai dikebumikan sebab aku tergerak hati nak kol umah mak petang tu. It was at 6.30pm camtu. Aku kol umah then one of my father's relative bagitau "Eh mazz kat mana? Stesen bas?" I was like "Ha, bas? Mana ada nak balik"..Then he replied "Eh tak tau ke anak kak Siti, Amsyar, meninggal pagi tadi..."..aku terpempan depan public phone block H04 (ni bebudak KTF tau le)terus menangis then malam tu jugak aku balik. Aku ralat sebab jadi orang terakhir yang dapat tau then semua dah selesai. Aku tak dapat tengok muka arwah buat kali terakhir. Sebab apa aku dapat tau lambat?? Camana nak bagitau, tak de handphone time tu, masa tu hp kan benda yang mahal and tak semua orang ada, then because of that sekarang aku tak leh idup tanpa handphone..takut tertinggal any important & urgent news lagi..tak sanggup wooo...

Mood aku skrg ni - sedih.....& teringat how Alesha Abriza(anak viruspadu) & Muhammad Amami Amsyar (my nephew) fight for their lives...

Monday, June 23, 2008

Mari menjawab tag...

Kali ini saya telah di tag lagi oleh cik puan iszan mama kepada naufal

My 10 most significant 1st time...Jeng jeng jeng, and here goes the list :

1. 1st time naik kapal terbang
Berapa ek umur aku masa tu...haa....19 tahun kot rasanya. Pegi Medan, Indonesia. Vacation satu family, dok sana satu minggu. Ayah aku sponsor. Best.

2. 1st time beranak…
Dah tentulah tahun 22 April 2007. Sakitnya ku kenang sehingga ke hari ini. Teran-teran sejam tak mo keluar si Adam ni...Dah naik biru muka mak dia yang dah sedia lebam ni barulah dia keluar..

3. 1st time pegi oversea
Yang 1st time naik kapal terbang tu la...1999 february, aku ingat bulan tu sebab a week after balik Medan, anak buah aku Muhammad Amami Amsyar dijemput ilahi...Sob, sob..

4. 1st time dok jauh dgn family
Tahun 1998, masa kena blaja kat UTM Skudai. Aku punyalah happy dapat belajar kat JB. Sebab selama ni aku sekolah semua area KL. Aku dok hostel pun umah mak 2km je dari sekolah. Kalo lauk dining hall tak sedap, aku kol ayah suruh anta lauk kat post pak guard..hahah. So, truly jauh masa kat Skudai. Ayah aku nangis masa tinggalkan aku kat sana, my mom pun sama..aku???? rasa nak meraung je, tapi control sebab malu...

5. 1st time menyedari diri ini gemok
Jap, nak kena recall betul-betul nih....ha...masa 8 bulan lepas aku keje kat HCM ni, aku timbang la...nak tau berat aku time tu??? masa masuk berat aku 55kg, 8 bulan terus jadik 63kg..sehinggalah sekarang membesar bagai johan....yeah...keep up a good work!

6. 1st time keje
Masa cuti sekolah tingkatan 3. Aku tolong makcik jaga petrol pump dia kat Taman Cempaka. Dapat dekat tiga ratus gak. Tapi nyampah ada orang ingat aku budak indon. Benci...

7. 1st time bercinta…
Tahun 1996...couple aku adalah abang UITM yang aku kenal masa aku terlibat dengan Karnival Sains Nespray, aku jadik volunteers kat situ..Aku break up sebab dia kena pegi oversea belaja..dia budak Industrial Design...huahahhaha dulu keje jadik Designer Bata sekarang tak tau...dah kawen beranak pinak dah kot..

8. 1st time merasa diri cantik….
Masa lepas mak andam solek aku kawen dulu, masa kenduri sebelah aku. Masa kenduri belah laki aku aku cakap aku dah tak cantik...Huahahah serius aku tak sangka bahawa aku ini not that very unfortunate looking...aku selalu cakap aku ni ugly duckling, tapi takpe ugly duckling jadik beautiful swan lastly kan???

9. 1st time masuk cinema...
Masa tahun 1993. Tengok citer Abang 92...masa tu kakak aku bawak. Panggungnya ialah di Odeon, KL. Panggung yang dah jadik panggung wayang citer tamil skrg ni. Pastu kan, one whole week aku rehat kat sekolah makan bekal yang aku masak sebab nak kumpul duit gi tengok wayang lagi.

10. 1st time masuk wad spital....
1st time yang masuk betul-betul masa beranak la...tapi yang sebelum-sebelum tu takat pengsan ke hapa ke yang dok kat emergency observation jek tak kira la kan...masa beranak tu nak kena dok wad, aku punyalah takut. Malam lepas deliver, nurse tinggalkan baby ngan kita la kan, sekali tu kaki aku kebas, adam nangis aku nak gerak takleh, dapat capai ujung bassinet dia pastu aku angkat dia guna ujung jari je sebab tak leh gerak langsung...pehhh takut sehh time tu, ingat dah lumpuh ke aku nih?

Ok ticer iszan, dah siap...berapa markah untuk esaimen saya ini??? Nak tag saper eh?..saper-saper yang teringin nak buat silakan....

Ahhhhh Lega

Lega rasanya dah anta surat resign....as expected, bos aku tak terperanjat pun & very cool. But i don't know deep inside his heart mende kan...lantak le, janji aku dah lepas...huahhahahah

Meh update pasal Adam

Lama tak citer pasal anak bujangku itu...Semalam genap usia Adam 14 bulan..

Sekarang Adam dah pandai tunjuk apa dia nak, geleng bila tak nak...angguk belum pass lagi. Pantang nampak bola mesti terpekik-pekik panggil "Bo"..even kat billboard tepi highway. Lembu dia panggil moo-moo...Dia dah paham apa kita suruh, let say suruh dia lie down..hold your bottle, give mama..take the remote..take your shoe..boleh paham dengan jayanya. Lagi satu pantang tengok belon..tu pun dia panggil Bo..Oh one more, dia dah pandai salam orang..tak takut dah and tak memilih saper dia nak salam
tengah tonyoh idung ngan smelly dia

Mama, i think i look gorgeous if i use this as my shoe..

Ni sibuk nak rampas kamera

aksi menonggeng kerjakan kotak biskut tiger


Yang pastinya, dia semakin manja ngan aku, air liur tak renti meleleh la Adam ni, dia suka main-main puting dia nanti berjurai-jurai air liur keluar. Kalau dia kiss tu abih bersememeh satu muka ni..Kalau babai, bunyik dia jadik Beh Beh sambil waving...
Hari tu aku bagi pelepasan dia masuk dapur. Terus capai kain lap dia buat macam aksi oshin tengah lap lantai..sambil berteleku & menonggeng dia lap lantai dapur, siap pusing ujung ke ujung...rajin, rajin...selalu dia nampak aku menonggeng-nonggeng lap agaknya...tu yang dia tiru. Kalau dia dengar muzik, menari bagai nak rak. Macam pak maun, macam Saturday Night Fever..semua ada...

Jom layan video aksi-aksi En. Muhammad Adam

I got it at last!

Oooo Yeah! Finally i got the wedges...huahahhahah after a long searching and testing here and there, yesterday was the day...luckily still got one last pair of size that fit my kaki gajah...malu nak bagitau saiz apa...after gave birth my urat kaki all mengembang dengan jayanya..kasut2 dulu langsung tak muat...huhuhu. Dan yang paling best sekali...murah...siap ada less 20% lagi..aku tak pikir panjang dah abang suka ke tak (went there all by myself & accompanied by my lil soldier-adam)rembat je, dah kebetulan ada saiz kan....

Saturday, June 21, 2008

Moving To A Greenier Pastures....

HoHoHo....finally...I made a decision, i'm going to resign from my current job...Got the Letter of Offer this noon. I received a call from them at 11.30am. Just couldn't wait anymore. After cooking i asked abang to drive me to Shah Alam. Aku dengan pakaian ala-ala bibik (which refers to t-shirt lusuh + seluar track) pegi opis perjawatan amek surat tu..lantakla..Saturday kan..

After i read all the terms and conditions, the most important thing is THE SALARY...as expected. Bolehlah, just KWSP aku kurang la sikit carumannya sebab gaji pokok wayyyyyyyyy less than my current salary. But top up ngan allowance itu dan ini, jadik lebih dari gaji sekarang. I don't really mind about the salary eventhough i have to commute everyday from Ampang-Cheras-Shah Alam, everyday. Janji aku dapat berenti dari keje skrg and switch to totally different field a.k.a totally new environment and of course new scope of works, new challenges. Dah sedikit bosan jadik QS..

I admit that i might be in trouble as i have no experience at all. Kalau tak diberi peluang mana nak dapat pengalaman, ye tak??? So, to be positive, i take this as a challenge. Aku anggap ni peluang keemasan bagi aku untuk further study to the highest level...insya allah. Doakan aku agar dipermudahkan segala urusan sebab aku tau bukan mudah nak jadi pendidik, apa lagi nak mendidik budak-budak besar yang dalam kepala diorang dah ada macam-macam input....

Wednesday, June 18, 2008

I'm back but feelin' not sooooo goood...

Aku diserang Viral Fever....menggeletar kaki tangan gigi segala bila kena attack. Bila makan ubat, an hour after that baik dah...boleh senyum-senyum gelak-gelak semua....It's started on Monday...aku datang opis ngan badan yang sengal-sengal...dah tak sedap tekak dah time tu. Sekali tu dalam pukul 9 camtu aku rasa panas semacam je badan ni, tang mata dah rasa berair jek. AKu pun pegi la klinik panel. Sekali tu klinik tu ada 5 orang lagi tunggu giliran. Klinik tu pulak terkenal la dengan ke'slow'an doktornya periksa patient...aku tunggu situ dari kul 9.35pg, nurse panggil masuk bilik doktor kul 10.25pg....nak pengsan aku tunggu kat situ. Aku selamba rawk je tido kat kerusi panjang tu..lantakla, kepala rasa berat sangat...Doktor check suhu amekkao...40.5...boleh goreng telur...dapat mc 2 hari...balik umah, menggigil-gigil....sampai la hari ni still gigil2 kalo kena attack....tapi aku masih di sini, ye di work station ku yang sangat bersepah ini. Siapkan keje yang tertangguh-tangguh sebab aku ssakit nih. Sebenarnya aku mc lagi tapi gagahkan diri masuk jugak. Kang aku mc sampai jumaat naik keje isnin terus submit surat chenta kat bos, mau dia meroyan pulak....

Oklah..nak layan blues jap...

Sunday, June 15, 2008

Alahai Boringnya...

Alamak aiii boring betul ujung minggu ni. Rite now i'm in my room while abang and his friend outside tengah buat additional wiring pasang kipas dalam bilik no 2 & bilik no 3 . Pastu langsung pasang kabinet dapur. Lepas ni rumah adalah "rupa" sket, hikhikhikss.

Aku kat dalam bilik ni tengah membai En. Adam yang sedang lena diulit intan. Tekak aku sakit la nak telan makanan pun susah. Petanda nak demam ni. Semalam aku, abang ngan kakak aku buang tebiat lepas je tengok Jangan Lupa Lirik kitorang bantai keluar pegi KL Downtown kat Velodrom Cheras. Sampai sana dalam kul 11, Adam yo yo an je tido masa masuk keta tadi. Dalam keta siap dengkur, tapi dan dan siap parking keta dia bangun pulak. Sib baik mood dia okay. Kat downtown tak borong apa sangat. Cewahhh. Boleh caya ke aku ni? So, hasil tangkapan aku ialah tudung bawal sulam yang sangat murah tapi shantekkkk...RM15 je, 3 helai kaftan murah-murah (ni baju feveret aku nih kalo kat umah), abang beli 2 helai t-shirt ngan backpack dia nak bawak gi keje. Habis 50 hengget aku.Huhuhuhuhu....

Balik downtown tu dah pukul 12.30 malam (ke pagi???) camtu. Adam punya mata punyalah besar tak nak tido la tu....dah tu layan la dia main jap. Sekali tu, dia merengek-rengek, menjerit-jerit cam orang kena polong. Sebabnya nak tau???? Lawan mata yang dah nak tertutup tu. Abang sampai naik darah jugak le layan dia menangis jek. Lagi satu dia marah sebab tak leh layan Spain lawan Sweden semalam. Hahaahha. Maka kitorang dua orang ala-ala zombie bangun pagi tadi.

Ni kalo tak nak pegi umah my in-laws tapi dah kawan datang nak wat wiring kena tangguhla pegi sana. Mak mentua aku dah bagitau dia buat nasik ayam ngan laksa. Nyam nyam nyam laksaaaaaa...laksaaaaa...sedapnya. Terus perut aku jadik lapar, tak lunch lagi nih. Eh okaylah, nak wee wee pulak...daaaa...

Thursday, June 12, 2008

Alhamdulillah Syukur Nikmat Tuhan Berikan

ALHAMDULILLAH

I received a very very very good news which i've been waiting patiently for about a month. Though i haven't receive any formal documentation regarding the matter, yet i'm so happy and yeahhhh CLOUD 9....a very big cloud....

Wednesday, June 11, 2008

Cerita apa yang aku tengok sekarang?

Sajer je buat entry ni. Menghilangkan rasa boring dan rasa yang ntah hapa-hapa dalam benak aku ni.

So, aktiviti aku bila malam ialah tengok TV sambil layan Adam ngan Babah Adam of course la kan. Sekarang ni Ugly Betty season 2 dah abis tayang kat 8tv so, aku kena carik cerita baru di samping cerita tetap yang memang jadik makanan aku. Semalam start series baru Pushing Daisies. So sekarang aku mengikuti cerita :

1. Prison Break

Ngan tak semena-mena aku tengok series ni. Memula nak tengok sket best beno ke yang cik okino ngan big boss mybayi ni tergila-gila bayang tengok. Bila dah tengok 1 episod hari Isnin kat 8tv, then khamis ada kat Star world pulak...makin best pulak, tu yang lelama aku follow...bila aku tak follow sangat, laki aku pulak yang melekat tengok cerita ni...

2. Keeping Up With The Kardashians - new Season

Yang ni pun aku coincidently tertengok sebab aku hantu cahnnet 712. So, kalo boleh tak nak tukar ke channel lain. Tetiba tertengok cerita ni and aku tertanya-tanya siapakah all those three ala-ala bitch??? ahahhaha...then browse internet semua pastu aku melekat jadik peminat setia series ni.

3. Kimora Life in Fabulous Lane
Yang ni pun dah start season baru. Not really baru kat US aku rasa dah berlapok. Sebab ni syndicated series, so ulang2 tayang la seratus kali pun...Aku tetap suka nak tengok

4. Jangan Lupa Lirik
Yang ni baru je. Ganti Af, Aku suka tengok aksi ke'poyo'an contestants. Ada yang minggu lepas yang tag line dia "Exacccttttly" macam hampeh. Mengada-ngada terkinja-kinja membuatkan aku meluwapppppppp je bengkek hati ni nak tengok. Pastu aku suka gelakkan diorang yang ala-ala sengal nyanyi ikut sedap tekak mak bapak je...hahhahaha. Nway, it's fun!

5. Gameshow BOLOS
Aku tengok ni sambil terbahak-bahak gelak kuat tah hengat. Adam pun dari baring sampai duduk la dia pun join nengok amende yang mama dia gelak tepuk-tepuk lantai. Best gilos gameshow ni. Peserta pakai bodysuit kaler biru ngan merah. Aku cakap ngan abang, kalo dia masuk pakai kaler kuning, sebijik cam orang kuning DIGI. Hahahaha, bedosa nya aku!

Aku Mandom...

Aku meminjam tahap ke'mandom'an cik okino beberapa hari ni...Aku tak tau kenapa.

Pagi ni lagi membuatkan hati aku berdebar-debar, for what reason..let it be a secret for a time being and for those who knows or teka-teka macam tau je..buat tak tau je la yer...

Aku jadi takut, takut nak kol or amek tau awal-awal sebab takut berita itu berita tak best. Maka aku menalipon mr. hubby dan dia menasihatkan aku supaya jangan gatal tangan nak tepon-tepon. Let it be and sooner or later we will know..tapi bini dia ni yang ala-ala mau tapi malu..nyampah.

Mesti korang macam hampeh je rasakan?? nak secret-secret tapi pegi publish dalam blog. Apa ke mengong?? Tu la aku cakap aku mandom 2-3 hari ni....mandom + bengongs...
Dah la malas nak mengaruttt...

YeaHooOOO At LAst!!!

At last berjaya jugak aku menukar template blog aku...hahahhahahahah...aku sangat sokak. For a person who rabun IT (not buta yer, if buta i do't have a blog then..)aku amatlah menganggap menukar appearance blog aku satu kejayaan yang maha hebat. And bagi korang yang memang dah terer it ni mesti kata apala budak ni, ni pun jakun..hikhik..

Okkkk tak?

Monday, June 9, 2008

It's just sooooooo hard!

Currently i'm reading Cecilia Ahern - Where Rainbows End.

But i found it too hard to complete those book. I don't know why...may be the "size" of the book itself which is too big for me, and the writing style which is "Dialog" or shall i say "Drama Script" style. Really not interesting though the story is ok for me. Thinking to buy another book from the same author.

Hmmm i want A Place Called Here


and Thanks For The Memories.
href="http://4.bp.blogspot.com/_3DiYSHvLiw4/SEznBbOY4qI/AAAAAAAAAhM/3bDEpgP2Kp8/s1600-h/61NbjHMVMdL._SL500_AA240_.jpg">

Can you spot the similarity of the titles all of her books? Poetic and lovely....

Kenduri Doa Selamat + Birthday my niece + nephew

Last Saturday umah my parents buat kenduri doa selamat. Actually it's my nephew + niece's birthday...so alang-alang buat birthday diorang my parents suggest why not combined both. Memang aku dah niat kalau ayah aku baik sakit & dah sihat nak buat kenduri sikit, tak de la besar-besaran pun. Menunya, hehehhe Nasik Ayam was the main course...pastu ada pulut kuning + rendang campur (hati, paru & daging lembu), got dadih (made by me but the taste macam lori tumpah gula kakak aku kata). Before kenduri around 12-30pm celebrate birthday budak kecik 2 orang tu dulu. It was a last minute preparation indeed. Even we'd planned it since a month ago. Macam aku dulu 2-3 bulan dah start wat preparation, gipang betul laki aku kata...hahahha excited lebey..Tapi the results was awesome. Ramai anak2 jiran yang datang. Kakak aku preparekan party pack for 25 kids je, sekali datang dalam 40 jugak...ala tapinya yang lain tu sepupu2 aku nyer anak...hahhahah family tidak dijanjikan pakej yang lengkap yer, guests first! Kek pun aku order hari jumaat tu pukul 6.10ptg..tapi the cake tastes fabulous. Sama filling ngan adam dulu but different gambo of course. Aku salute la Mon Cherry Cakehouse ni boleh accept late order but the quality is superb. Puas hati betul.
The Cake - A Couple Fairy...

Mudak Notty Namanya Adam

Ni Aiman Busyuk-Mudak Tak Suka Mandi-Comot Bangat!

Cake Cutting Session

Ni Birthday Boy ngan Ibu dia

Bebudak tengah serbu makanan

Kelakar le muka adam pakai topeng ni

Ni dua lagi anak buah aku yang maha nakal..kelakar kan muka diorang?

So after bebudak makan session, orang masjid pun sampai. Umah ayah aku ni kalo buat kenduri memang ramai la...tak de la sampai 100 orang tapi dalam 30 camtu la..consider ramai la tu..akekekekke.

Aku penat ke hulu ke hilir, masuk-keluar umah amek itu ini, top up makanan etc...kitorang tak pakai catering, sebab memang enjoy masak sendiri. So waiter + waitress nyer pun kitorang adik beradik la...Kenduri kali ni (yang lepas-lepas pun) pasang khemah kat depan umah, senang nak serve and spacious compared dalam rumah, uncomfortable je rasanya. So, abis semua tetamu utama makan dalam kul 3 camtu. Cleaning up all the tables and it's me + my sis's turn to was the dishes. Aku suka bab ni,feveret. Boleh main air. Abis periuk belanga kuali pinggan mangkuk kotor yang dalam sinki kat umah pun aku suruh keluarkan basuh sekali kat depan..hahahhah syiokkk...

Petang tu balik kenduri sempat lagi aku ngan abang ngan kak zura (my 2nd sis) pegi shopping baju adam pulak. Dapatla beli GAP Shirts + Jeans untuk Adam...baju jalan dia tinggal berapa helai je, balik-balik pakai yang tu sebab dia dah besar, baju kecik sumer dah lipat masuk kotak. Abang pun mengambil kesempatan memborong baju ngan seluar keje dia. Dapatla 2 helai kemeja ngan 2 helai khakis. Aku??? Tak de....tak de pape pun....sob sob sob...Balik tu memang flat giler la...penat. Dah le tu, Adam siang tu melasak tak hengat punya, malam tido mengigau2..Abang ipar aku cerita, bukan kata Adam yang kecik tu mengigau, mak aku pun mengigau..hahhahah lawak la mak aku nis, yang abang ipar aku pulak gi melayan...

Overall aku puas ati sebab hajat aku , adik beradik & mak ayah untuk bersedekah sebab kesihatan ayah semakin memberangsangkan. Next is kenduri kawen my brother in law, then kenduri my father nak menjadi tetamu Baitullah (insya allah)....

Thursday, June 5, 2008

Mari Bercerita-Kisah Harga Minyak Naik

Memang terasa betul la harga minyak naik ni. Semalam aku tak tuang minyak pun sebab on the way balik dari umah mak pun aku stuck sejam setengah nak sampai umah. Aku cilok sana sini baru dapat balik dengan selamat & tanpa tempuh jem kat area petrol kiosk.

So, minyak keta dah bagi signal "sila lah penuhkan tank saya" pagi tadi, Aku pun belok la ke shell nak tuang minyak. Selalunya kalau lampu signal tu nyala aku tuang full kena la dalam RM73. Ni nak tau berapa hengget aku kena just for duit minyak pagi ni....jumlah yang aku tak penah bayangkan orang sekokak aku yang hanya memakai kereta Wira buruk yang dah mati kaler di bonet depan itu (tak pe aku kutuk lebih2, sebab bukan keta aku, keta company...wahahahha)setangki penuh petrol sekarang berharga RM100.94..wahhhhh dah tahap-tahap pakai honda nih...
Walaupun minyak dalam tangki kereta itu disponsor oleh company, tetap gak terasa sebab limit dalam Shell card itu ialah RM400..keta 1.5 Auto...satu tank 5 hari bekerja sahaja...paling lajak pun ahad pagi kena tuang balik la...perjalanan aku dari ampang-cheras-kg pandan adalah dalam 15km sehala, so 30km sehari....dengan aku kena pegi sana sini la, memang hampir tiap2 bulan aku kena top up minyak keta tu dengan duit sendiri, plus toll segala mak nenek semua. Ngan kereta sendiri punya petrol lagi...haiyaaaa.....bocor poket!

Bak kata iszankenalah kita melakukan langkah berjimat cermat...tapikan nak jimat dengan memasak makanan sendiri...beras yang naik harga semua barang pun naik sekali...aku pegi Tesco beli barang dapur, dulu RM 160 tu boleh dapat macam-macam barang sekarang ni, barang basic je yang dapat tu pun aku tak buat stock simpanan tau which means aku beli satu-satu je kuantiti setiap barang...sardin King Cup dulu RM 1.70 skrg ni naik RM 2.10, megi mawi dulu RM 2.80 skrg ni dah naik RM3...giler la....camana nak jimat???? Tadi tengah hari aku makan (hoho hilang plan diet yer puan-puan...)nasik kukus ayam dara...dulu RM4.50 skrg ni dah jadik RM4.80...tapi memang terasa betul la barang-barang naik harga...bukan minyak je...letrik pun nak ikut naik..tapi nasib baik la aku sebulan bil letrik tak lebih RM35...so tak effect...bak kata laki aku la kan pasal benda2 ni naik..."Apa boleh buat, nak tak nak kena pakai jugak, kena bayar jugak, abih tak yah tuang minyak keta? nak bergelap dok dalam umah..baik dok dalam gua"...hahahhaha

Apalah yang tok-tok menteri kita ni pikirkan eh...eh tapi posting aku ni tak memaksudkan sesapa yer...ini pendapat aku sendiri je..kang kena ISA pulak..diorang toll tak yah bayar, minyak subsidi kerajaan..jalan tak yah jem yang meng'consume' petrol yang lebih..nak travel naik flight, makan pun dibayar...apa jek expenses diorang...beli keta bentley memahal..menjalar depan umah, tepon canggih-manggih, barang kemas habib sewel, tiffany, salberan bagai....hai dunia..dunia....

Aku pun ala-ala pening kalo dapat keje baru kat Shah Alam tu masak aku...duit toll for sure Rm 2.20 pegi-balik kalo ikut federal hiway...kalau ikut NPE kena la RM3.20 sehala...dua hala dah berapa...minyak aku buat seuvey kengkawan yang dok Shah Alam, journey dari Shah Alam ke Kg. Pandan seminggu RM 65 ke atas belanja petrolnya...ni dah naik mau seratus seminggu....sebulan dah RM400.00....dapat gaji mmg masyukkkkkk...tapi kena counter back dengan travelling expenses sebab commute everyday...haruskan aku mencari rumah baru di area tersebut???? hahahhahah...melalut dah ni...

ok la..terpanjang pulak entry yang ni....dah le kepala aku dah sakit + berat ni...rasa cam ostrich nak benam kepala dalam tanak, tonggekkan punggung then jalannnnnnn terus buat tak tau....hahahha...

Mood Swing..

I'm not in the mood of blogging now....kepala ku sakit, tekak dah perit and idung sumbat which are symptoms of demam selsema...benci betul la...

I'm off for two days to take care of Adam yang demam panas, keluar campak yang tak abis lagi keluar masa dia baby dulu...abis menggerutu muka anak bujang aku..seb baik comel lagi..Masa demam ni he was so mengada-ngada, aku nak kencing pun tak dapat. Dia tak nak ngan orang lain....attached to me until babah dia balik keje, to make it worst, abang keje balik lambat for the whole week...dalam kul 11 mlm camtu baru sampai, aku la yang bertungkus lumus tidokan dia yang merengek-rengek itu...

Balik masuk opis hari ni keje bertimbun, ,macam tak caya aku tak on internet sampai dekat waktu lunch, selalunya the first thing after switch on pc opis ni ialah browse blog segala blog, email segala mak nenek la...baru buat keje....hahahhahah sungguh produktif cik puan mazz kita hari ini ya puan-puan...

So, tak de idea nak ngomong apa lagi, nanti datang idea aku sign on balik yer....

Monday, June 2, 2008

Apa kami buat pada hari Ahad yang lepas???

Pepagi dah bangun gi amek abang kat umah MIL, dia tido sana sebab adik ipar aku installkan software untuk my new lappy...kitorang akan me-round One Utama & Ikea...

Starts with OU...carik parking punyalah susah...sampai pun dekat pukul 12tgh...dapat parking terus naik kat concourse level. Ada movie carnival sempena Hari Seniman. Abang bawak adam jenjalan tengaok carnival tu while aku & my sis sebok pilih kasut...dah try wedges tapi saiz 8 tak muat sebab wedges tu cutting kaki halus..aku kaki kembang. Malas nak mintak saiz lagi besar sebab cam malu jek, pakai kasut saiz besar gajah...so tak beli lagi la wedges aku...

Dah putus asa carik kasut aku pun jalan-jalan kat carnival tu....tengok ada something yang sangat attractive...telinga shrek! Aku tengok semua exhibitor tu pakai telinga ijau tu, aku dengan tidak malunya tanya camana akunak dapatkan telinga tu...so, pegi beli barang kat Cinema Online booth, dapat la telinga shrek tu as a free gift, dapat buat roda impian, hadiahnya dapat la One Free Movie Pass - cerita seram Prom Night...memang rezeki adik aku la ni....aku tak tengok benda-benda seram ni..
So, dah sudah tu tunggu e-bay seller aku pulak, sebab main purpose datang Ou nak amek benda-benda yang dibeli oleh Cik Puan Iszan termasuklah free gift untuk haku...heehheheh mekacih fren! So, dalam 12.45 camtu dia sampai terus je la amek barang, bayar then chalo...pegi naik butik Adidas sebab nak carikkan hadiah untuk my nephew & niece, birthday diorang on 3rd & 7th June..tapi tak de yang berkenan, terus je kiroang turun bawah balik..

Aku nampak Studio R, masuk situ jap...tengok-tengok kasut baru untuk Adam, tapi tak de saiz and tak banyak choice kat situ....Aku sangat suka ngan satu Sandal ni, sesuwai untuk girls and we decided to buy it as birthday present for Airin, my niece....tinggal carik hadiah untuk Airil pulak..Dah tak de yang berkenan kitorang pun pegi Ikea pulak..

Kat Ikea plannya nak carik barang-barang untuk dapur...nak beli kitchen cabinet, but upper unit je...kitchen umah kitorang sangatlah kecik, tak sesuai kalo ada lower unit..carik-carik (dah memang aim yang tu pun)terus je pegi kat sales assistant, keluar invoice...beli barang lain sket terus keluar gi bayar semua...tak larat aku nak jalan dalam tu lama-lama...ngan Adam yang semua benda dia nak pegang, orang lagi ramai giler...nak stroll trolley pun susah...eiiiii malas betul..so, abis bayar tunggu kat merchandise collection then dah siap semua balik la....
ini la kabinet yang aku (bukan aku, laki aku..ahaks!)beli..simple je..tak mampu nak beli yang mahal-mahal..cukupla untuk keluarga kecik kami..

ni nak letak susu, nestum Adam & other groceries stock

nak singgah ikano mula-mula tapi dah jadik malas...masa tunggu abang amek keta, Adam punyalah nakal....nak jalan kat tempat parking tu, main troli semua...nak masuk tong sampah la dia...yang paling tak tahan nak naik escalator yang turun...cemana tu????? bila tak bagi menjerit-jerit tekup muka kat lantai nak jugak...tension je tau...Keta sampai masukkan barnag-barang semua terus balik ikut MRR2..ujan lebat giler..sib baik selamat sampai umah...lega....gamba blom snap sebab aku penat & umah bersepah-sepah ngan barang-barang shopping....tapi bangun tido pagi tadi umah dah kemas & bilik semua tak sepah lagi...abang dah kemas semua....hihihiihii bertuahnya aku dapat husband yang rajin...aku yang jadik extra malas...

okla...nanti ada pics aku tepek kat sini...

Adoiiii penatnya...

On saturday & sunday my little family sangatlah sibuknya...Bermula dengan Saturday which was "Kenduri Kawen Day"...kitorang ada 3 jemputan, tapi aku pegi satu je, itupun sebab anak angkat ayah aku tunangkan anak dia and her house was the nearest compared to the other 2...kawan abang kawen kat Keramat pun kitorang tak pegi sebab Adam spoiled the plan...dia tido la pulak...Aku buat sirih junjung untuk anak sedara (pangkat anak sedara la kalo anak angkat ayah aku punya anak)aku tu...gambo aku leh lupa nak snap...Pepagi lagi dari Ampang aku straight ke Petaling Street beli bunga idup nak buat sirih junjung tu...So balik dari situ je dah dekat pukul 11, pelagi sepantas kilatnya aku memotong, mencucuk itu dan ini then jadikla sirih junjung...huahahhaha

Nasib baik aku tak pegi kenduri kat Keramat, sebab menurut adik aku yang bawak ayah aku pegi sana, jalan jem giler babeng sampai dia stuck dekat 2 jam tak leh nak balik...hahhaha. Lepas aku pegi kenduri tunang tu, kitorang pun siap-siap nak pegi Low Yat nak beli satu barang dalam wish list aku itewwww...yihaaaaaa! Aku sangat sokak! So, pegi Bukit Bintang parking kat BB Plaza. Setelah 4 kali round carik parking, siap insiden rebut2 parking semua dapat gak vacant lot...lega...Jalan kaki sket pegi Low Yat. Sampai sana, kitorang pun window2 dulu tanya harga several shop...Pastu baru abang call kawan adik iparku ini (adik ipar aku tokei merepair komputer, so contact dia bersepah kat low yat tu)...bincang-bincang then abang suruh aku tunjuk nak yang mana...huh best betul time tu..Aku ngan malu-malunya tunjuk "Orang nak yang tuuuuuuuuu"..terus jek abang cakap "Ok, my wife choose that one!"..wahhh without a single objection abang terus on je...harus sayangggggg bangat kat abang nih. Discuss harga ngan nak upgrade itu ini semua, kitorang pun tunggu la diorang siapkan benda itu....Aku baru tau skrg ni ada insurans cover special on laptop sebab banyak kes curik kan...coverage pun best, boleh cover damage sebab jatuh, accident, terbakar, tumpah air etc etc etc...cover 100% tau..means what you'd spent you'll get back!...So, dah siap semua kitorang pegi balik ke Sungai Wang. Pikir-pikir nak makan apa, tau-tau terus je kaki ni masuk Nandos..makan-makan sambil layan Adam yang sangatlah kecoh ketuk2 baby chair ngan sudu, garfu segala...jerit-jerit kuat-kuat..adoiii tensen aku...

Ingat nak pegi Lot 10 sebab nak pegi The Red Boutique (aku & abang die hard fans of MU..hahaha)tapi kaki dah tak larat + orang ramai giler sampai naik pening....last2 balik je la...Nak balik pun satu hal...sebab jalan kat bawah tu (belakang sungai wang)tu jem dah la kitorang yang park kat BB Plaza ni tak leh turun parking...SEJAM STUCK KAT SITU.....benci betul...berjaya sampai umah mak pukul 7 camtu...abang nak amek moto dia meaning that aku bawak keta balik Ampang.

Sampai Ampang , sambung jalan lagi pegi Carrefour Ampang Putra sebab abang nak belikan Microwave...huhahahhah best best...carik-carik pilih pilih aku amek brand Panasonic je..sebab tak nak yang mahal-mahal sangat, aku bukan pakai benda tu selalu pun..Nak carik Huggies adam tapi saiz L tak ada...dah abis...balik la kami selepas itu....terlepas setengah jam Jangan Lupa Lirik...sekian la saja perjalanan hari Sabtu aku yang memenatkan tapi best sebab ada barang baru untuk aku, and yang penting bukan aku yang beli meaning that hadiah la!.....Malam itu saya tido dengan senyuman yang lebar....