Monday, June 30, 2008

Our Vacation to Labuan

Depart : Thursday 0750am
Arrival: Thursday 1040am

1st DAy
Hohoho we went to Labuan for 3 days and 2 nights. Departure pagi Khamis. Sian kat Adam, kelat-kelat mata dia bila bangun tengok ramai umat manusia kat LCCT and what a bustling place my mommy brought me in early in the morning. We off to LCCT from home at 5.15am and arrives there an hour after that. Sampai sana we checked in first then carik baby's room untuk mandikan adam. Carik2 tak de baby's room just ada baby diapers changing table. So, basahkan tuala kecik Adam terus jek lapkan badan dia. Melakak bujang aku tu kena mandi pepagi buta. Lepas tu kitorang sarapan jap sebab nak kejarkan gate close at 0720am. Ngam ngam timing. Habis makan terus masuk departure gate.

Itu ialah mama saya

Tomey tak saya???

Tengah melasak sambil tunggu gate open

Now everyone can fly

Tengah sepahkan airbus itewww

As requested by Babah, Mama masukkan gambar feveret dia...

Tunggu punya tunggu kapal pun sampai. Beratur panjang tu, ramai la pulak umat manusia nak ke Labuan ni. Dalam aeroplane Adam tido, even though naik-naik tu dia dok tarik menu, flight safety card, air sickness bag segala dari compartment belakang seat tu. Babah dia layankan aje, janji dia tak nangis. Took off smoothly and just a mild turbulance. Seploh minit after took off Adam tido. Dia bangun lagi 15 minit nak landing. Sampai airport Labuan turun tangga segala abang gi toilet while aku jadik pak guard tunggu bag. Tengah tunggu bag tu aku tengok ada satu makcik ni ngan 2 anak dia dok usha-usha aku ngan senyum-senyum pulak. Laaa.....Acik Nah, Along and Aliaa..Aku memula ala-ala pelik ngan bodoh-bodoh dok pikir diorang ni naik satu flight ngan aku ke yang boleh dok tunggu kat tempat bag ni jugak??? -Dang!- Rupanya orang airport tu semua kengkawan pakcik aku so, makcik aku ngan sepupu-sepupuku itu boleh sesuka ati je masuk sampai kat tempat luggage tu. Nak tau fisrt word makcik aku tu kepada aku "La...tak perasan Mazz tadi. Tu dok tenung-tenung, takut salah orang. Acik nah budget Mazz besar ni (sambil menunjukkan saiz itu dengan tangan). Rupanya dah slim. Lagi slim dari masa Raya dulu"...huahahhahah sambil idung yang kembang kuncup itu aku menafikan dengan malu-malu kucingnya. Hehehehehhe kelaka la orang cakap aku kurus...tak pakai spek kot Acik Nah ni..
Kita minum Dulu

We're up in the sky

Adam ngan Mama


So, tunggu bag sambil Adam dok familiarize muka-muka orang yang baru dijumpai itu. Tapi anak aku ni memang tak takut orang la. Sekejap je dia dah boleh lari-lari keliling area tempat menunggu tu sambil sepupu abang kejar dia, pakcik wan terus peluk, gomol-gomol dia bawak gi tengok animal pictures. Wahhh senang idup aku. Dah dapat bag (aku cam tak caya, kitorang bawak 1 luggage je...balik mesti dua lah ni)terus je Acik Nah & Pakcik Wan bawak balik umah dia. First impression about Labuan ialah CLEAN & HOTTTTTT! Panas tak ingat! Masa sampai tu pukul 11 la camtu tapi aku rasa panas dia sama cam kita tengah hari masa matahari tegak atas kepala tu. Have our lunch together while discussing about interesting places to go.

Lepas makan, tido jap. Tapi tak lelap sebab panas even bilik air cond. Ngada-ngada je macam la dok kat four seasons country.Ahaks!Dalam pukul 3ptg tu, Along merangkap Cik Tourist Guide ajak gi ronda dah. So, plan nya pegi Kompleks Sukan Air Labuan, Muzium Marin & shopping complex. Ala dekat je rupanya...tak sampai 5 minit dah sampai. Kompleks Sukan Air tu ialah venue untuk International Regatta Tournament. Sebab attached ngan laut. So bayangkan le haba panas laut cemana. Kat situ ada Marine Museum yang best sebab masuk free. Tulis nama je kat tourist book tu. Ikan dia pun cantik-cantik and besar-besar. Tak lawan la Aquaria tapi boleh la. Kat tingkat atas ada Tulang Rangka Ikan Paus Biru yang jumpa kat Melaka tahun 1891. Besaaaarrr. Kalau diorang tipu pun aku bukan tau...hehehehe. Adam excited giler tegok fishes sebab dia memang suka gila fish. So, jalan-jalan kat situ dalam 15 minit kitorang pun keluar lepak kat tepi laut. Sepet-sepet mata Adam tahan angin. After that, kitorang pegi Ujana Kewangan / Financial Complex which was Labuan's Largest Shopping Mall...tapi dalam dia kesian jek, cam tak bermaya even banyak kedai. Ok la daripada tak de...hehehhe balik tu Along bawak jalan-jalan pusing bandar diorang jap. Tak besar mana pun, memang takkan sesat la sebab banyak one way. Then kitorang balik.
We are family

I loike Fishies..

Kat tulang ikan paus

With Babah

Mesmerized by Nemo & the Gang

Main kat pantai


Petang tu Acik Nah tepon pakcik Wan sebab nak suruh dia bawak gi beli kain batik kat kedai kawan dia. So, sementara tunggu pakcik wan abis keje, kitorang gi tepi pantai.Bagi Adam main ombak ngan pasir. Sian Adam ,ala-ala jakun tengok laut ngan pasir. Memula dia cam takut tapi lelama lagi dekat ngan gigi air pulak.Last-last aku tanggalkan kasut dia biar dia pijak sendiri pasir ngan air laut tu....So, first exposure Adam to sand and beach is success! Next time boleh plan gi beaches. Lepas beli kain batik kitorang pun balik. Malam tak kuar sebab Labuan ni bandar dia mati awal la...malam pub banyak la bukak & ramai filipino, local people mabuk-mabuk.

2nd Day

Pagi-pagi lagi dah bangun. I mean pukul 7 pagi tau. Sebab dah silau tahap mat kilau dah, aku terjaga pukul 5.30pagi, terang dah macam kita pukul 7.30 pagi. Masa kitorang siap-siap nak keluar tu dah pukul 10pagi, panas dah macam kul 1 tgh. Redah je la. Plannya nak pegi Taman Burung Labuan and round area Manikar Beach merangkap khatam round satu Labuan. Kat Taman Burung tu surprisingly aku terjumpa satu junior yang praktikal kat HCM namanya Liya. Tak sangka punyalah besar Malaysia ni kat Labuan juga yang aku jumpa dia. Admission Fee ialah Adult RM3 (local people), RM5 (adult tourist), Children below 5 years old Free, Student RM 2...Tapi best tau Taman Burung ni sebab burung dilepas bebas and terbang-terbang atas kepala kita. Except burung-burung yang bahaya like eagles, ostrich (ni kureng bahaya tapi suka kejar orang), owls...yang lain bebas jek...Adam suka betul la tengok birds...bila burung Upih yang tinggi tu lalu depan dia terus jadik tergamam, kaki terpaku tak leh gerak dah..sibbaik tak nangis. Masa tu panas tapi dia tak meragam pun. Aku pakaikan topi pemancing then lipatkan bahagian depan dah macam Paddington Bear pulak aku tengok...hahahha cute! Ada burung Tiong Emas yang pandai tiru apa kita cakap. Memula aku dok carik sape fewwwwiiittttt dua tiga kali ni. Last-last abang cakap tu ha, yang atas pokok tu. Lepas kita buat, dia ajuk. Pastu bagi salam. Cute betul. Abih round Taman Burung kitorang round tepi pantai pulak. tengok Manikar Beach. Cantik pantai dia, air kaler ijau-biru, pasir putih. Tak berenti tepi pun, just tengok dalam keta. Sebab panas! Balik tu singgah makan KFC yang tak sedap, jalan-jalan dalam Mall jap beli Magnet Fridge (ni wajib beli for every vacation yang kitorang pegi). Then balik rumah...aku-abang-adam tido tak hengat punya...letih la...tido sampai kul 4.30 ptg...dari kul 2...Petang tu bangun tido, abang ajak ronda lagi. Nak ajak Along tapi dia tido pulak. Nak kejut kesian. Last-last Acik Nah bagi kunci keta, suruh round-round sendiri. Takkan sesat punya. Kalau sesat pun suruh je anta gi Ibu Pejabat Polis Labuan, sure jumpa rumah (sebab diorang dok kuarters polis..hahahha). So, amek kunci keta, we all decide nak pegi pantai lagi. Bagi Adam main ball. Tak leh bagi main dalam umah orang, anak aku naughty kang abis pecah barang kaca & tunggang langgang umah diorang. Bagi dia main puas-puas, sampai letih. Pastu bawak gi tengok fish lagi sekali kat Marine Museum tu. Singgah bandar Labuan. Ni pepandai sendiri ni based on jalan-jalan yang pakcik wan bawak masa beli kain batik semalam. Jalan-jalan kat Gerai (ni street bazaar, kedai2 kayu yang jual souvenir,mutiara, gems). Beli satu pearl brooch. Then kitorang singgah kedai mamak makan maggi goreng ngan roti sardin....pastu balikkkk....makan malam then ZZZzzzzzzzzzzzZZZZZZZ.....
Adam heran tengok menatang apa nih??

Ni la Along a.k.a tourist guide kitorang

Three of us

Adam main bola kat pantai

Mama Posing


3rd Day
Today Pakcik Wan tak de sebab kena outstation ke Kota Kinabalu. Pepagi lagi aku pegi bank withdraw duit untuk shopping jap lagi...Sempat lagi aku borong kain pasang to all my sisters and me of course. So, today kitorang gi shopping ngan Acik Nah. Nak gi gerai tu je pun. Sampai sana aku beli brooch untuk kengkawan opis, beli pearl bangle, abang borong 10 butang baju melayu pearl (murah giler nak mampos!)beli baju t-shirt Labuan Island untuk bebudak kecik ngan Adam kat umah. Jalan-jalan area situ beli itu ini sket, then balik. Tak tahan la...panas semacam. Balik tu lepas mandikan Adam balik, kitorang pun mandi lagi sekali, rehat kejap, sambung shopping balik. Kali ni aku, abang ngan adam jek. Pegi balik ke Gerai sebab abang nak beli lagi butang baju melayu tu..kira-kira dia kata tak cukup...aku ikutkan aje...lepas tu kitorang pegi mall balik borong Coklat. Labuan is a duty free island, so coklat memang murah la. Perfume tak leh beat Langkawi, sana lagi murah...So borong coklat RM150....amek kau. Since datang satu beg je kan, belila lagi satu bagpackers senang nak gi cuti mana-mana nanti...ingat nak balik terus tapi Acik Nah call Mak Dik kirim beli butang baju melayu tu lagi 2 pasang. Aiyakkkk abang muncung je bila aku cakap suruh patah balik. Aku pun malas gak sebenarnya tapi dah orang kirim ngan tempatnya sekangkang kera dari rumah je pun, tak sedap la kalao tak belikan...
Ni lepas makan pasir

Adam ngan babah

Cantik gambar ni

Lawa tak pantai dia???

Hero tewas di atas katil keletihan training bola


Habis shopping dah dekat kul 5 ptg, nak kena check in by 6.30pm ni. Sib baik umah ngan airport 5 minit je. So aku pun pack segala barang, lipat melipat, adjust mengadjust...done! Pukul 6.15 camtu abang dah keluar umah ngan Pakcik Wan nak gi airport check in luggage. Total weight for our 2 luggages 29kg...tak de la berat mana pun...So, while tunggu abang balik umah balik, aku tolong Acik Nak masak dinner. Abang sampai aku terus mandikan adam, tapi pakaikan dia diapers ngan seluar je, baju tak pakai lagi kang comot. Pastu kitorang bergilir mandi dah pukul 7.20camtu. Abang bersiap terus je makan. Makan-makan dah pukul 8.00pm...tunggu Along mandi while kitorang cross chkeck jangan ada barang tinggal....8.10pm keluar umah sampai airport 8.20pm....terus je pegi departure hall. Sedih betul la nak tinggalkan Acik Nah ni...dia ni very-very kind and kelakar...and she is my hubby's closest auntie. Menitik gak air mata la...Then pakcik wan tunggu sampai announcement flight ready...baru dia balik. It was so sad sebab it's end of our vacation. Naik flight je adam terus tido. Belum take off pun lagi. So, balik ni turbulance kuat. Bergegar-gegar flight. Aku dah pegang tangan abang, sebelah lagi peluk kaki adam. Abang sebelah tangan peluh badan Adam. Takutttt giler, sebab diluar itu ujan yang sangat lebat. Siap guruh segala...finally nampak KLCC dah....yeah yeah nak sampai dah...flight yang ni ada sedikit dizziness...sebab dia cam turun naik turun naik altitudenya...mual pun ada...sampai LCCT yang allah ramainya orang. Nak tunggu beg cam tunggu ikan kat jeti...lama gak tunggu. Aku pegi pos adam kat kakak aku dulu kat arrival hall tu sebab nak tolong abang amek beg. Dapat je bag terus je kitorang keluar dari situ. Baru aku tau apsal ramai semacam jek kat airport. Rupa-rupanya kan ke musim pendaftaran IPTA. So, banyakla sepanduk UIA,UM,UITM,UKM..ngan bas-bas diorang dok amek student. Sampai umah pukul 12.40am. Terus tido...letih giler...

When the plane touched down, officially berakhirlah percutian ini. Tak pe next is Penang. Tungguuuuuu................Aku tak snap pun piccas souvenir sebab letih giler....

5 comments:

nanako said...

waahhh.. seronok adam dpt gi jln2..
mazz dh dpt ke cd yg kite pos tu??

Azury said...

Cara kau bercerita punya detail, rasa tak payah dah aku pegi Labuan ;) Seronoknye berjalan satu family kan.

Penang bila pulak?

mazzuana said...

nana-thanks a lot, dah dapat cd tu
azury-hahah ada talent jadik tourist guide tak? Penang ujung bulan nih...

halen said...

haaa.. labuan dah sampai kay kay bila lagi? sepatutnya alang2 dah datang labuan terus ke sabah jer haaaa. bkn jauh mana pun hehehe.. =p

mazzuana said...

halen, ingat nak gi KK tapi ferry tu penuh kalo ujung mggu ngan bebudak nak daftar IPTA la segala, next time i pegi sana sure i pegi KK jumpa u...