Wednesday, December 30, 2009

Mix feeling

Adam dah start sekolah this coming monday.

Masuk kindie.

Bukan dok taska je tau. Pagi sekolah petang dok tasaka. No more MIL or my parents look after him.

Berdebar-debar je. Ada je suara sumbang cakap apsal masukkan sekolah cepat sangat. Nanti boring dia sekolah dari 3 tahun. Ahhh aku buat pekak je, anak aku, sukati la..Anak aku tu extra nakal sikit, so dia tu dimanjakan sangat. Nanti spoil pulak. Macam aku cakap dulu, aku nak dia belajar sense of sharing (since tak de sibling), mix around with other kids, networking semua tu. Aku tak aim high, cukup la bila masuk 4 tahun dia dah boleh membaca, mewarna dengan kemas, mengira sampai 100 dengan lancar, appreciate life and things around him sudah la....Today's environment is so cahllenging, akalu kita tak put an effort to coupe the changes and challenges, abis tertinggal nanti. Persaingan makin manjadi-jadi sekarang ni. So aku preparekan anak aku siap siap. Tak de la nak harap dia dapat 20A ke masa SPM nanti (ada lagi ke spm time tu?)...just hope that he could achive a good result so he can pursue tertiary education, would be nice for me!

Ayah dah baik...laki pulak!

Husband aku sakit belakang especially kat tulang belikat dia!

Dok mengadoi je. dia tak leh bend baadn dia or membongkok la...Angkat tangan ke duduk ke semua ok. Dah gi klinik, aku dah tampal koyok, dah sapu yoko yoko semua tak jalan. Dia di klinik panel opis dia, doktor tu bagi flanil...flanil bukan untuk muscle pain because of sports ke? selalu aku dapat menzza. Ala apa-apa pun minyak panas la nama kampung dia.

So, arini dia ada kat umah. Jaga adam sambil doing the house chores. Frankly speaking aku tak buat keje rumah pun sepanjang cuti except basuh baju then sidan then angkat...lipat no no no...huhu dah menambun. Aku sempat gantung baju-baju keje je. Ye la aku dok mengulang ke sepital je, pepagi bangun masak bubur (my father tak leh consume solid food). Tugas tetap aku kalo ayah or mak masuk spital ialah tukang masak. So lepas masak aku gi spital antar makanan, takkan antar je mesti la duduk duduk dulu. Balik dah penat. Makanan family aku pun tapau je kat kedai bawah umah.

Ni ayah dah discharge ruti seperti sedia kala la semula....

Apa citer?

Alhamdulillah my father dah discharge semalam.

Aku baca enty kak gee (ex-opismate) pasal service hospital ampang teringat lak kes ayah aku kat HKL. Sepanjang dia kat spital ni dapat tau memacam perkara regarding ward and war!

Aku baru tau yang kalo ko datang ke emergency then doctor kata jko kena warded maka dengan otomatiknya ko akan ditolak ke ward kelas 3 even ada GL. Then dok la semalam kat wad yang hampeh itu baru diorang bookingkan ward yang sepatutnya macam dalam GL. Then kalo ward yang ko request tu berdolak dalik kejap nak bagi kejap tak nak bagi even ada vacant room, maka tuan punya GL haruslah make an effort to look around (ronda cam doktor pulak...)make sure mmg ada vacant room or bed then cakap directly denagn nurse kat ward tu yang ko dah booking apsal tak kasik pindah?. Nurse to nurse memang tak leh buat camtu sebab nanti war! war! war!..kes masam-masam muka or indirectly cakap nurse ward berkenaan tak buat keje...So, aku dengan gagah perkasanya datang ke HKL. Baru sampai masjid negara kakak aku kol kata dah boleh transfer ke ward kelas 1 four bedded. Even aku entitle bilik sorang tapi daripada bapak aku tersekat kat ward kelas 3 tu baik aku kata on je...

Then dapatlah ayah aku dok kelas 1 sebilik berempat. Sangat selesa ok. sebijik macam kat swasta especially Pusrawi, sebab my niece dulu dok pusrawi 4 bedded gak, so keluasan adalah sama je. Tapi kan, memang area wad 28 (wad kelas 1) totally different dengan environment kat hkl tu. Ko jadik macam tak percaya bahwa wujudnya tempat yang bersih, cantik dan tersusun kat HKL. Hahahahah gila condemn hospital tak hengat!

First time aku datang visit my father mmg terkujat gak la. Aku saja meronda area wad 28 tu, tengok kot la ada bilik sorang yang kosong, coz aku mmg dah caka aku nak bilik sorang. bilik berempat tu temporary je. So ronda punya ronda tgk kat board ada kosong bilik berdua. Ringan je mulut aku tanya nurse tu. Aku suruh refer GL tengok aku entitle apa. Then terus je dia cakap ada patient nak discharge hari tu diorang bookingkan bilik tu utk ayah aku. Then diorang cakap, senang sikit proses kalau waris patient mintak booking sendiri. Apa la, tu bukan keje diorang ke? Ko ingat senang orang nak ulang alik dok perati bilik mana kosong? Luckily aku cuti seminggu lepas induksi tu. Kalo tak maunya aku kena berkejar dari Shah Alam. Lastly dapat gak my father bilik seorang. Lagi selesa sebab sekali family aku visit dengan anak buah aku yang ciut miut semua ada. datang pulak si adam, nakal tak hengat!Orang tak sakit boleh jd sakit.

So, melepaklah ayah aku kat dalam bilik tu dampai dia keluar semalam. Total bil? Heheheheh RM42 saja...8 hari warded. Sebab treatment and ubat free...

Monday, December 28, 2009

What a Life!

Bukan nak mengeluh akan takdir tuhan tapi apa daya aku sebagai umatnya kena la redha kan??

Huh bunyik macam apa je, tapi memang itu yang aku rasa skrg ni

FYI, my father was admitted to HKL 5 days after dia balik dari mekah. Pneumonia and cardiomyopathy. Since habis tawaf rukun dia kena 3 ke 4 kali attack yang membuatkan aku resah gelisah kat Malaysia ni. Nak gi sana aku tengah induksi masa tu. So mmg berdoa berdoa dan berdoa je dari sini. Alhamdulillah ayah sampai juga ke Malaysia on 12.12.09. Then dia nampak sihat even took ventolin puff twice a day. Then it getting worse. Sampai jumaat dia sendiri tak tahan mintak hantar ke HKL. Then masuk 4 hari keluar sehari masuk balik. That time was even severe than before. Aku dah takut since my father suruh kami kumpul adik beradik. Condition dia sangat teruk.

I drive ke HKL from bandar tun razak di waktu orang balik kerja pukul 6.30 sangat laju. 13 minit dah sampai. Aku amek lane kanan, pasang double signal and memecut. kaki menggigil toksah cakap la. Sambil air mata berjujuran and my father mengerang sakit kat sebelah.

Sekarang masih lagi kat Wad 28 bilik no 9 HKL. Dah seminggu. Bertambah sihat dan lebih ceria dari masa dia masuk dulu.

Aku cuti seminggu tolong masakkan bubur and visit dia setiap hari. So, minggu ni dah start keje bertambah bz la sebab nak bangun pukul 5, masak bubur then suruh hubby hantar ke HKL since dia keje kat Jalan Ipoh. takpe la biar la penat sikit sebab lama mana kita dapat jaga parents kita. Masa diorang ada lagi ni la kita nak berbakti.

Monday, December 21, 2009

Hampa..

Apa perasaan korang bila...

Suruh buat keje yang ntah hapa-hapa aku je yang kena, kalau salah apa-apa pun aku je yang dia nampak..

Tapiiiii....

Bila aku request something yang aku yakin aku boleh buat tak penah dapat???

I am despair!

Hampa!

Kecewa!