Monday, July 7, 2008

Apa Nak Jadik Bebudak Skang Nih???

Tadi balik dari Medical Checkup (ni untuk new job yer puan-puan bukan checkup preggy!)aku dah parking keta tapi Era kuar lagu toyol pulak, so tunggu kejap. Aku enjoy giler dengar lagu toyol ni, boleh ketawa tersengih sengih sorang-sorang. Oh ok, back to the story..

Maka lalulah 4 orang bebudak sekolah yang beruniform sekolah lengkap tapi rambut gaya ala gigolo ngan gay nak carik mangsa. Gila geli gel rambut macam setong dia letak. Yuckies! Diorang tengah berborak-borak sekali aku tengok budak dorang ni, dia yang paling pendek, muka dah kuar jerawat batu tiga ketul (ni confirm dah akil baligh ni)ISAP ROKOK! Hisss...setahu aku sekolah bebudak ni kalo sesi petang untuk form 1 & form 2 je...masya allah...aku bajet mesti form 2 ni...tapi kalo ikut tinggi cam budak darjah enam. Aku pandang diorang from inside my car. Diorang pun cam terpandang-pandang aku agaknya pikir apa pempuan ni buat dalam keta sengih sorang-sorang??? PAstu cam nak sorok isap rokok tu. Asap dari idung ko tu asap apa dik oiii? Ko tukar jadik naga ke?

Aku memang hangin la kalo bebudak isap rokok time sekolah ni. Adik aku yang dah abis sekolah tu curik-curik isap rokok pun aku dah berbulu bila tau, inikan pulak bebudak sekolah. Apa nak jadi la diorang ni. Macam mana frustnya mak bapak kalo tau anak gi sekolah jadik damdeng, buat salah segala. Tetiba terdetik dalam hati janganla jadik kat anak aku. Nauzubillah.

2 comments:

green apple said...

boleh la nak isap rokok, duit mak bapak still bagi, cuba sok dah keje, pikir 9 kali nak beli rokok. tu pun kalau keje laaaaaa..

mazzuana said...

Ha-ah sok sok kot tak keje padan muka ko tak boleh isap rokok..tapi seriyes muka innocent budak tu kak Di..