Tuesday, February 23, 2010

Dek kerana lupa...

Aku kan..lepas beranak ni memang urat ingatan aku yang putus..putus yang stok tak mungkin boleh disambung kembali...sebab aku ni pelupa tahap gaban.

Letak kunci keta depan mata tapi carik dalam beg...dah bawak segala beg dari parking naik kat bilik tetiba ada je benda tinggal..hari ni henfon. Pastu semalam aku amek kunci spare bilik kuliah kat admin...dah abis kelas boleh aku laju je jalan gi bilik x-boss nak tgk SKT..kunci tu depan bijik mata aku...menggelabah aku menelefon sana sini nak check sapa guna kelas tu malam semalam...tido pun lelap tak lelap je.

Pagi ni sampai je terus gi thumb print then gi bilik kunci tanya ada student pulangkan tak kunci tu, sekali akak tu cakap tak de...adehhhh gi bilik kuliah tu tengok kunci pulak...sib baik jumpa student aku semalam tu kat tengah jalan, tanya dia, dia cakap dah pulang kat bilik AV...fuhh lega. Gi bilik Av sib baik betul ada kunci tu. Amek then pulangkan kat bilik kunci. Ahhhhh lega...kalo tak mau bad record!

Ada ubat ke bagi kurang sikit pelupa aku ni???

No comments: