Sunday, February 28, 2010

BLUEBERRY CHEESE TART - Taking orders Now...

This is sticky mode entry, for new entries scroll down




One Dozen = RM12.00, RM1.20 per piece
Size : 2 inches diameter

** 3 inches also available, RM2.20 per piece, One Dozen = RM24

Order from KL, Shah Alam and Klang we can arrange for meeting point. Ampang, Cheras and Ulu Klang delivery to your door step.

Leave a comment for order(s) or email me at mazzuana5962@gmail.com

OR

SMS me 012-6590964 stating your order QUANTITY - DATE COLLECTED - SMALL OR BIG SIZE

THEN

I'll advise on the method of payment - into my maybank account. OK..

Thursday, February 25, 2010

Aiyok

nak upload video adam nyanyi lagu kapalterbang dia...

tapi ntah henfon aku ni format video dia ntah hape-hape tak leh upload..tak compatible pulak..

lenkali la ye

Wednesday, February 24, 2010

Bangga Seh...

Sangat bangga bil artwork anak kesayangan aku terpampang kat notice board sekolah...even budak lain sekelas dia pun ada gak, tapi sikit sebanyak memang bangga gak la. Kat rumah kalau nak suruh buat colouring punyalah susah dia nak buat, bukan mewarna tapi more to menconteng...sikit je dia dah mintak kertas lain..

Tapi takpe, slowly ye adam..nanti lama-lama adam pandai la kan?????


Owh i love you very much baby!

Minah Gedixxx..





Dia camwhore ok...pantang nampak henfon suruh on camera nak posing...aku palingkelakar kalau dia ready nak tangkap gambar...dia akan buat mulut muncung sambil mata kecikkan..macam burung pipit...dengan dimple dia..tapi cakap halusssss sangat suara dia..tak suka cakap sangat, cakap yang penting-penting je. Muka garang sket la, dah pakai baju riben2 bagai pun orang tanya lelaki ke pempuan....ada ke camtu? BTW sape yang tak tau ni anak akak aku ok..aishah sofe a.k.a ecah a.k.a shasha

Tuesday, February 23, 2010

Dek kerana lupa...

Aku kan..lepas beranak ni memang urat ingatan aku yang putus..putus yang stok tak mungkin boleh disambung kembali...sebab aku ni pelupa tahap gaban.

Letak kunci keta depan mata tapi carik dalam beg...dah bawak segala beg dari parking naik kat bilik tetiba ada je benda tinggal..hari ni henfon. Pastu semalam aku amek kunci spare bilik kuliah kat admin...dah abis kelas boleh aku laju je jalan gi bilik x-boss nak tgk SKT..kunci tu depan bijik mata aku...menggelabah aku menelefon sana sini nak check sapa guna kelas tu malam semalam...tido pun lelap tak lelap je.

Pagi ni sampai je terus gi thumb print then gi bilik kunci tanya ada student pulangkan tak kunci tu, sekali akak tu cakap tak de...adehhhh gi bilik kuliah tu tengok kunci pulak...sib baik jumpa student aku semalam tu kat tengah jalan, tanya dia, dia cakap dah pulang kat bilik AV...fuhh lega. Gi bilik Av sib baik betul ada kunci tu. Amek then pulangkan kat bilik kunci. Ahhhhh lega...kalo tak mau bad record!

Ada ubat ke bagi kurang sikit pelupa aku ni???

Friday, February 19, 2010

Sungguh B-E-N-G-O-N-G

Semalam kan aku gi tengok citer wolfman kat GSC Times Square...

Citer tu so and so je la, tak tengok pun takde apa yang nak dikesalkan..ramai giler orang beratur melingkar-lingkar..aku dah reserve online so terus je pegi kat booth reservation, sekarang memang kena isi log book ek kalo amek reservation ticket? Owh sungguh ketinggalan zaman betul la aku ni..

Dah start wayang rupanya citer tu citer seram la..bukan seram apa, tapi dark story la..banyak terperanjat-terperanjat.

Sekali ada la satu adegan tu, aku ni kan memang penakut, laki aku dah dok diam menghayati citer la konon, sekali tu tetiba muncul kuku panjang wolfman tu cekau belakang orang..terperanjat beruk aku..slapstic action terus tekup muka..sekali tu...
adoiiii aku ter-TAMPAR muka sendiri..adoiiii la sakit pipi ngan mata aku sebelah..

Aku adoi adoi laki aku dok gelak giler..hampeh! Aku rasa sungguh bengong di kala itu!!!

Thursday, February 18, 2010

Dating Day

Suppose to be yesterday, tetiba en rais kena kerja pulak. So postpone it today.

Ticket yang dah dibook itu burn sahaja...purchase tiket baru..

Nak gi Time Square tengok wolfman pukul 1.30..adam kat sekolah, petang baru amek...hehehhe best ni lama tak berdating berdua...

Tuesday, February 16, 2010

Glee

Aku tenagh syok layan citer Glee skrg ni...best betul la..lepas habis je episod ada video clip, suara diorang best-best betul la...

Ni tgh nak download kat youtube glee dari episode 1...

Huk Huk Huk..nak sangat kan???

Jin rajin sudah mariiii..

Rajin nak buat kek...memandangkan banyak barang buat tart aritu ada lagi aku nak buat kek la pulak..nak buat kek gula hangus...dah lama tak buat kek ni.

So, aku terus je mula sebab en rais rajin nak turun bawah gi belikan susu pekat. Tengah hanguskan gula aku tuang air panas dalam cawan sukat, kena pulak cawan tu tak dak telinga...cawan gondol..aku angkat slow-slow than tuang je dalam gula tadi..wap panas naik sambar ibu jari tangan kanan aku nih, hadoiiiiii pedih perit segala ada...

Mesti sedap kek ni nanti sebab korban jari kan???? Kang dah jadi aku tepek kat sini.

Sunday, February 14, 2010

Hadoiii la...

Pagi tadi bangun awal sebab semata-mata anak bujang aku ni dah tak sabar nak tagih janji...nak gi Joo(read:Zoo)..kemaruk binatang betul la dia ni

Seingat aku masuk zoo middle last year dalam 12 or 15 hengget..ni dah jadik RM20 ko....children under 3 tak kena..kalo tak RM6..

Then masuk la kami 3 beranak ke dalam zoo itu..a few changes....tram kat dalam tu dulu free kan??? sekarang tidak lagi...RM3 for adult per ride, children 2 years old and above RM2...hahahha..semua la nak charge. So kami menapak je memandangkan adam dah puas naik tram tu before this. Bermula dengan gajah...satu lagi benda naik harga...Animal Feeding pun dah charge RM3 per pack of food...tebu tu dia bagi 2 batang setiap batang tu ada la sekaki panjangnya...wahhhhh banyak mahal oooo...kat Giraffe lagi best, diorang patah-patahkan dahan pokok tempat orang zoo a.k.a si penjual giraffe food tu duduk..then jual dahan-dahan patah tu as makanan giraffe at RM2 per dahan...sangat bijak la...hampeh!

Binatang sama je busuknya, air kolam flamingo and swan kat tengah tu masyaallah busuknya...mak tahan je nyah...Harimau tetap 2 ekor cekudut..lion sekor jantan-sekor betina...puma sekor, leopard sekor...masuk reptile farm hampeh...iguana je yang banyak..yang lain sangkar je yang ada, binatang nya yilek...buaya ada 2 ekor..aku tak naik ke savannah kali ni..tak larat la...hari super hot!

Then bawak adam gi tengok fish kat area animal show arena tu...dia enjoy tengok penguin...ha yang ni ada perubahan positif, dulu penguin ada la 3-4 ekor..sekarang kemain lagi...berpuluh ekor kat dalam tu..berenang-renang senang hati...

Habis tengok fish aku ajak adam balik..tak larat dah..tu pun tgk jam dah 2 jam lebih aku meronda kat dalam tu..

Balik tu singgah beli nasi kandar haji tapah, then memecut balik jemaah tido sekeluarga. Petang bangun solat semua then gi Jusco pulak. Ingat nak tengok washer baru sebab yang ada skrg ni dah mula buat hal..sekali jumpa orang LG dia check kata barang aku ada warranty lagi. After CNY diorang hantar orang datang tengok. Fuhhh selamat RM aku...

Pastu balik umah, sambung makan nasik kandar lunch tadik..pastu adam tido...aku online. Gambo nanti aku upload, tak transfer lagi dari kamera. Sekarang nak tengok Greys Anatomy yang aku copy dari laptop student. Dah tengok pun nak tengok gak lagi...McDreamy..I'm coming!

Thursday, February 11, 2010

Tak de kerja...carik keje

tau apa aku buat skrg ni...kat opis...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


buat decoration kotak cheesetart untuk my sister's friend tempah untuk wedding kakak dia...

Kelas ada je jap lagi kul 10.30..aku rasa nak gi sopink tudung la..nak gi DeZahra..

Tuesday, February 9, 2010

Sorry..Can't tolerate on that

Dah la nak cancel kelas lepas chinese new year..nak gi visit kilang spun pile

pastu

the next week after dah cancel tu nak cancel lagi sebab nak pegi trip ke Terengganu pulak..

Yang lecturer ringan mulut mengajak tu pulak apsal tak amek masa kelas dia bawak student gi kilang??? nak gak amek masa aku...mentang-mentangla akuni lecturer junior..

Bengangggggg...

Monday, February 8, 2010

Macam mana nak buat ek??

Ada sorang student haku ni, aku syak dia buat plagiarism...tapi berkali-kali aku try provoke dia to reveal the truth..tapi dia buat dekkkkkk je. His engligh is superb with no grammatical or structural mistakes. NADA-NOT A SINGLE SENTENCE ok! Pelik bin ajaib sebab dia seorang yang ber-problem (according to my colleagues)

serius aku dah try provoke kata aku nak hantar dia pegi VIVA session la, suruh orang lain check la, dia tetap buat dekkkk...tapi aku yakin memang dia plagiat from somewhere...

Arghhhhh tension camni, sebab dia jadikkan aku sangat tak bersemangat nak baca hasil keje dia...

Penah terpikir kot la dia ada hidden talent yang memang menyembunyikan ke-superb-an dia tu..tapi tengok kertas peksa dia (nak tengok english dia sebenarnya) sangatlah mustahil dia boleh menulis dengan begitu hebat sekali....haiyooooo..pening pening...

Jalan-Jalan Ujung Minggu

Yesterday lepak dirumah saja...sempatlah aku tido lepas zohor sampai kul 4..pagi tu bangun awal giler..lepas subuh aku tido sampai 7.15 adam kejut pulak....dia sakit perut nak berak..tapi nak berak sambil lompat-lompat gaya atas trampolin atas katil..memacam la budak ni..

Dah tu aku tak tido dah..tggu en. rais bangun sebab dia nak bawak gi pasar, nak beli barang nak masak nasik lemak...nak kena beli daun pandan (aku penah tanam, tapi menemui ajal pokok tu), santan, timun, kangkung, kacang..memacam lagi la..masak lebih untuk makan sampai malam..

Dah petang tu, en. rais lepak tengok DVD citer Bodyguards and Assasins..best dia kata citerpasal revolusi china..bila aku bangun boring la pulak...ajak gi jenjalan. Ingatnak pusing-pusing area ampang je pekena goreng pisang ke..sekali en. rais ajak gi Dataran Merdeka..terus je charge bateri DSLR..

Pukul 5, gerak dari rumah menuju ke KL, ikut AKLEH, tengah jalan ujan la pulak..tengok area KL putih je...so ujan la ni...terus je melencong ke Bird Park..sekali tak ujan pun KL..kat bird park layan tengok monkey..adam memang suka la..aku selalu gak bawak dia tengok monkey kat sini and a lot of tourist bagi makan kat monkey kat bird park ni..ada kolam ikan dah tentu adam tak nak balik punya...so layan kan...











Pujuk dia ajak gi tempat dia boleh lari-lari...so dia suka. Gi Dataran tengok clear tak basah apa pun..adam turun je keta, terus lari tak berenti ko...aku tengah terhegeh-hegeh nak attach lense la..nak bukak cover lense gedebak gedebuk dia dah berlari tengah padang...Kat datarantu ada one group tengah-tengah padang tengah havoc bergambar..sekali bila perati betul-betul Dira & Ash sehati berdansa tu..











Adam tengok je orang main frisbee..aku tau..dia nak la tu..pujuk dia nanti pegi beli kat toysrus..terus dia ok lari-lari lagi...ajak balik tak nak..last-last dah dekat 7.15 bila dia tengok orang dah beransur-ansur balik baru dia nak balik...siap cakap nextweek datang lagi eh....babah dia layankan aje...nak kena gibeli frisbee pulak ni.

Thursday, February 4, 2010

Lagu Apakah Itu???

Kapal Terbang Kapal Terbang

Tersangkut...Tersangkut..

Jatuh Dalam Lubang

Jatuh Dalam Lubang

Meletop..meletop...

Ha? Lagu apa tu????

*

*

*

*

*

*

*

*

sila nyanyi ikut melody are u sleeping are u sleeping brother john brother john...

Itu lagu cikgu day care adam ajar...gelak besar aku!Apa ke halnya kapal terbang besar gedabak jatuh dalam lubang...

Hihihih apa-apa je la...janji dia happy

Apa nak buat???

Tadi ada presentation tajuk dissertation. Aku ngan sorang senior colleague jadik panel. Kena evaluate 13 proposals. Tiba giliran ada sorang student ni, sangat putih melepak and very the lemah lembut....

Diapun bagi la proposal, pastu sangat general tajuknya maka di reject. Evaluate next proposal pulak..we threw a few questions...then tetiba aku tengok dia tunduk bawah je and i noticed that her cheek blushed...tapi sangat la merahnya...sekalitu apa tau...dia nangis ko....alamak..serba salah kami ni.

Terus je colleague aku tu terdiam and we slow down sket, tanya ada masalah ke..dia kata takde..later kitorang macam dah terberenti je kat situ did nothing...sebab macam rasa serba salah je kalau cakap banyak lagi...finally suruh dia propose tajuk lain this coming tuesday...

Hmmm...fragile sangat la pulak. Ada yang tough sangat pun ada, degil semacam. Yang blurrr....pun ramaiiii...tapi aku teringat zaman aku student dulu. Supervisor aku sangatlah garangnya (bukan la, tegas kot)then ada sindrom ANDALUSIA.....hmm pepaham je la angin warga andalusia ni kan...takut giler kalau nak jumpa dia...agaknya supervisor aku dulu pun pandang aku macam apa la budak ni nak buat...mesti dia cop aku ni blurrrrr....tu yang tak sampai hati nak cakap banyak sangat dengan student aku skrg ni.

Kalau korang dah student nangis depan mata, apa nak buat?????

Wednesday, February 3, 2010

Mari Bercerita...

Aku try post ni since 2/2/10..tapi ntah hape kena server uitm tu tak leh bukak blogspot langsng..dah basi pun tak kira nak post jugak...

Updates on mylil angel...

Adam sekarang sangat suka menyanyi...lagu iklan radio pun dia belasah...
kengkadang sampai terbahak-bahak kitorang gelak sebab dia nyanyi sekali dengan face expression...muncung-muncung mulut...kalau lagu rancak sket kaki tejengket-jengket sebelah je (boleh imagine??) memang funny okeh!

Pastu sekarang ni stage suka bertanya samapi membuatkan haku malas nak jawab dah.
Contohnya :

A: Mama gi mana?
M: Gi work
A: oooooo g work eh? Kat mana?
M: Kat opis la..
A: Opis kat mana?
M: Shah Alam
A: Shah Alam kat mana?
M: Jauh...
A: Jauh eh...jauh kat mana?

and soooooo on...samapi ko lebam nak jawab.

lagi satu kalau belikan dia barang ke, foods ke...camtu la jugak dia tanya berjela-jela..aku layankanlah jugak tapi kalo dah panjang tanya nya...tak tau dah nak jawab apa.

Pastu rajin nyanyi lagu2 nursery rhyme. Mesti ada yang cakap anak aku ketinggalan zaman. Biar la..masa zaman dengar nursery rhyme anak aku tak berminat. So, kat scjhool memang teacher ajar lagu-lagu tu semua...dia nyanyi lagu are you sleeping tu bukan jadik brother john, jadik brother jaws...kalau aku gelak dia marah...blom lagi nyanyi lagu Negaraku tu...pengsan agong kalau dengar...hahahha

Thursday and Friday are sing-a-song day..balik tu sure dia suruh aku repeat apa yang dia nyanyi kat school, mana aku tau....menangis-nangis dia suruh aku nyanyi mana aku paham...last-last aku hentam jek...

Kalau suruh buat homework, time tu la dia tangan sakit, menguap seploh kali. Bila aku cakap ok boleh rehat jap terus bijik mata dia cergas balik...akal panjang betul la dia ni...

Tapi seronok la sebab aku rasa sepanjang dia dok day care ni, dia lebih berdikari. tapi yang aku tak tahan tu dia ni jadik garang pulak...kat sekolah cikgu garang kot, tu yang dia tunjuk kat aku pulak..hamboi hamboi hamboiiii....

Huhuhu Fenin Feninnnn Fenninnnnn

kepala rasa cam nak tanggal je

Nak balik, nak tido, tak nak buat keje...huhuhuhu