Tuesday, November 18, 2008

Ooooo benda ni la semalam...

Ni kejadian yang telah menhavockan uitm semalam....


Ikat 4 siswa

SHAH ALAM: Ia hanya deringan telefon tetapi kerana deringan jam 11.40 pagi itulah empat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) bakal mengingati kejadian pagi semalam sepanjang hayat kerana ketika itu terdapat tiga penjenayah yang menyorok di sebalik almari memerhatikan mereka tidur sebelum disamun.

Segalanya bermula apabila deringan telefon bimbit membuatkan seorang daripada empat sekawan berkenaan tersedar daripada tidur.

Ketika mencapai telefon bimbit berkenaan, pelajar lelaki itu terlihat kelibat seorang lelaki berselindung di sebalik almari pakaian bilik asrama di sebuah daripada kolej kediaman, di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) itu.

Dia terus bingkas bangun, manakala tiga lagi rakannya masih lagi terbaring lena selepas keempat-empatnya berjaga hingga awal pagi kerana menelaah pelajaran.


Bagaimanapun, penjenayah yang menyorok di sebalik almari itu lebih pantas dengan menolak pelajar berkenaan hingga jatuh.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Nor Azam Jamaluddin, berkata perkara berkenaan menyebabkan tiga lagi rakan mangsa terjaga dari tidur.

“Dalam masa sama, penjenayah terbabit turut mengacukan pisau ke arah mangsa pertama bagi memastikan dia tidak melawan.

“Ketika itu juga, dua lagi rakan penjenayah turut memainkan peranan dengan mengikat ketiga-tiga mangsa yang baru bangun,” katanya, di sini, semalam.

Penjenayah kemudian menyelongkar bilik mangsa dan melarikan beberapa barangan berharga seperti komputer riba, telefon bimbit selain wang tunai.

Ketiga-tiga penjenayah melarikan diri menggunakan sebuah kereta dan mangsa berjaya melepaskan diri tidak lama sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak berkuasa.

“Penjenayah dipercayai orang luar manakala bilik berkenaan pula tidak berkunci. Mangsa mungkin tidak sedar bilik diceroboh penjenayah berikutan sedang tidur.

“Polis belum membuat sebarang tangkapan manakala usaha mengesan penjenayah sedang dijalankan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata berkumpulan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman maksimum 20 tahun penjara dan sebatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Rakan Cop ditalian 03-21159999 atau balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

4 comments:

noniey said...

ni paper mana ni? aku baca berita harian takde pun. giler punya orang jahat tu. sangat berani. dah ah dalam campus

noniey said...

eh ada dah dalam paper. huhuhuhu. sori

eZa said...

isk! bahaya nye! x cukop ngn umah teres, umah banglo, asrama pon nk merompak??? isk! take care mazz!

Anonymous said...

iisskkk....sangat takut ok...camner aku nak pindah Shah Alam ni...adduuhh..sungguh x aman skang ni...

so guys take more extra care ok....

[-Ayoon-]