Tuesday, November 4, 2008

OooHH Rajinnya...

Hari ini saya sangat rajin, masuk-masuk opis tadi pukul 8.45 terus jek on laptop dan mula bekerja...

Aku menaip minit mesyuarat sehari suntuk ko...dah pukul 3.10 batu aku on internet...gila menggigil urat saraf aku tak online seharian...taip punya taip, edit punya edit alhamdulillah siap jugak...jadik lecturer ni sebenarnya banyak jugak admin works nak kena buat tau. Kerani-kerani kat opis fakulti hanya handle student's matter jek..hal akademik & pentadbiran akademik lecturer ke buat sendiri...kejam kan..

Maka terjebaklah aku dalam dunia kesetiausahaan mencatit minit mesyuarat bagai...tak leh nak cilok balik awal kalau ada meeting..mencik!

Sekarang saya sangat gigih blog hop satu satu...makan tengah hari pun idak sebab ralit benor buat minit nya....tapi aku laparrrrrrrr....mak nak balik cepat nak makan nasikkkk.....cacing dah vibrate dalam perut nih..

No comments: