Saturday, November 29, 2008

Finally, i can update something

Aku berkursus 6 hari including today...it was started on monday...KUrsus ni wajib kena pegi for new lecturers kalo nak confirm..hahah

Takleh nak cilok masa pegi lab on internet ke hape sebab masa sangat pack...ni pun aku bangun sebelum subuh sebab nak touch up slides for micro teaching pagi ni...nak buat malam tadi ada assistant tak bertauliah tolong tekan keyboard ni sesuka hati dia...

Insya allah next week ada la citer-citer baru yer....ecewahhh macam ada ramai followers jek...whateva...

Babai

Thursday, November 20, 2008

Yeahaaaa.....Vacation Everyone!



Alhamdulillah...insya allah january bercutilah kami....

Huh Penatnya..

Pagi ni bermula dengan awal sekali...bangun pagi macam biasa pukul 5.30pg...

Hari ni nak bawak adam pegi klinik, amek vaccination yang last...so pukul 6.45 dah gerak pegi klinik DBKL kat Bdr Tun Razak. Sampai sana macam yang aku jangka, orang dah ramai. Dapat no 12..tak penah dapat no belas-belas ni, selalu aku akan dapat no less than 5..just imagine aku sampai sana pukul berapa sampai aku dapat top 5 itu???? hahahah keje giler okeh...habis urusan klinik adam pukul 8.30 camtu...see? even no belas cepat tau klinik ni...kitorang move terus ke Sri Rampai...motive??? nak buat passport 2 hero ni...ke sana ke sini, tunggu punya tunggu 11.30 passport siap...huh lega....

Pastu nampak kedai pintu....actually we're planning to change our main door to decorative tempered glass timber door....biorla pintu jek yang nampak mahal...nak beli umah mahal belom mampu...pintu pun, pintu lahhhh..hahhaha. Semalam dah survey kat satu supplier ni...aku dah order dah pun tapi lom bayar sebab belom ukur...maka sempat lagi kalau nak ubah pikiran...survey punya survey..dari Sri Rampai sampai ke Ampang..kedai kat Cheras tu jugak jadi pilihan...bolehlah...harga dia bagi much much cheaper dari other shop...RM1***....hehehhehe bagi aku yang tidak kaya (nak gak word kaya tu), sangat mahal okeh itu...bagi orang yang memang kaya, ala ini pun nak kecohhhh....2 tahun ko baru aku dapat tunaikan hajat tukar pintu...takpela, termakbul impian nak pintu cantik..dalam tak cantik takpe...

Dah selesai pintu punya hal, aku gerak gi KL pulak..semata-mata nak makan nasik kandar yang diwar warkan sedap oleh laki aku tu...(ada ke penah dia cakap makanan tak sedap????semuaaaaa sedap kat dia tu). Tapi memang sedap la. Adam pulak baik je sebab yang serve tu abang-abang kulit berwarna kan (macam la mak pak si adam ni colourless ye tak??)..dengan aman aku hentam makan nasik kandar tu...serius sedap!

Then rush balik ampang sebab tukang ukur pintu nak sampai dah, gi bank jap keluarkan duit...

Punyalah banyak hal hari ni...mata ku dah le sepet sebelah kena infection kot...nak kena sakit mata rasanya. Adam pulak tak mandi. Aku tukar kulit dia jek...boleh tahan budak tu tak meragam tak mandi. Balik je terus babah dia mandikan. Aku gi settle hal maintenance. Naik atas, dia dah wangi. Bagi ubat, setengah jam siap babai aku punya eksen nak naik buai, nak tido...5 minit jek buai..hanyut di lautan sepi dahhhh...

Maka, melepak kat umah jek la petang nih, kaki dah lenguh-lenguh dok kejar adam kat immigration tadi...sekian wasalam..

aku nak sambung baca Sophie Kinsella Remember Me? ngan tempah tiket...chow...adios amigos..

Wednesday, November 19, 2008

Aku kan...

nak updet tapi fon aku habis bateri makanya tak leh nak transfer gambar...

Sekarang tengah giat membrowse Air Asia nak pegi vaccation...yeahooo....

Tuesday, November 18, 2008

Ooooo benda ni la semalam...

Ni kejadian yang telah menhavockan uitm semalam....


Ikat 4 siswa

SHAH ALAM: Ia hanya deringan telefon tetapi kerana deringan jam 11.40 pagi itulah empat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) bakal mengingati kejadian pagi semalam sepanjang hayat kerana ketika itu terdapat tiga penjenayah yang menyorok di sebalik almari memerhatikan mereka tidur sebelum disamun.

Segalanya bermula apabila deringan telefon bimbit membuatkan seorang daripada empat sekawan berkenaan tersedar daripada tidur.

Ketika mencapai telefon bimbit berkenaan, pelajar lelaki itu terlihat kelibat seorang lelaki berselindung di sebalik almari pakaian bilik asrama di sebuah daripada kolej kediaman, di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) itu.

Dia terus bingkas bangun, manakala tiga lagi rakannya masih lagi terbaring lena selepas keempat-empatnya berjaga hingga awal pagi kerana menelaah pelajaran.


Bagaimanapun, penjenayah yang menyorok di sebalik almari itu lebih pantas dengan menolak pelajar berkenaan hingga jatuh.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Nor Azam Jamaluddin, berkata perkara berkenaan menyebabkan tiga lagi rakan mangsa terjaga dari tidur.

“Dalam masa sama, penjenayah terbabit turut mengacukan pisau ke arah mangsa pertama bagi memastikan dia tidak melawan.

“Ketika itu juga, dua lagi rakan penjenayah turut memainkan peranan dengan mengikat ketiga-tiga mangsa yang baru bangun,” katanya, di sini, semalam.

Penjenayah kemudian menyelongkar bilik mangsa dan melarikan beberapa barangan berharga seperti komputer riba, telefon bimbit selain wang tunai.

Ketiga-tiga penjenayah melarikan diri menggunakan sebuah kereta dan mangsa berjaya melepaskan diri tidak lama sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak berkuasa.

“Penjenayah dipercayai orang luar manakala bilik berkenaan pula tidak berkunci. Mangsa mungkin tidak sedar bilik diceroboh penjenayah berikutan sedang tidur.

“Polis belum membuat sebarang tangkapan manakala usaha mengesan penjenayah sedang dijalankan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata berkumpulan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman maksimum 20 tahun penjara dan sebatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Rakan Cop ditalian 03-21159999 atau balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Sleepy Mode

When u hv nothing to do, and yet alone in this whole cold room, what do you think you gonna do???

Yup, CORRECT...

It's time to sleep....

Monday, November 17, 2008

Apa yang jadi ek???

Tadikan on the way out for lunch, pak guard kat bawah tu sebok2 tarik safety cone and one student nampak sangat takut mukanya sedangbercakap2 ngan pak guard...then aku pun keluar je la dari gate menuju tempat makan....bila balik..nah kau...jem tak hengat...siap ada radio car and a group of fully uniformed and armed policemen....merata-rata sampai ke pintu keluar tu...siap pegang machine gun tu...sungguh cuak rasa cam hostages pulak...heheheh mengarut jek..

Ingin ku tahu mengapa jadik begitu...nak snap gambo tapi kawan ada kat sebelah..kang dia kata pehal minah ni nak snap2 gambo pulak...jem jap round-a-bout (or oval-a-bout lebih tepat???)...

Pastu dengar lecturer2 tua kat level aku nih dok cakap ada armed robbery...HAH??? ARMED ROBBERY kat dalam kawasan kampus??? biar betul...but still until now tak tau what really happened...and jalam turun ke bawah towards the exit gate still jem...aku nak balik tapi terbantut...

tag lagi..kali ni workstation pulak

Sori yer puan Eza..lambat sket menjawab tag..

pagi yang indah ini dipenuhi dengan gaduh-gaduh manja orang Aeon Credit (yer, saya berhutang untuk beli barang rumah..tapi dah langsai looong time ago yer..)..maka terbantut la jiwa raga i nak menjawab tag dan memblog-hop..

Tapi i dah okay...hikhik...

Ready???? nak tengok workstation aku kan??? malu la...




Actually ni bilik tumpang jek...kat UITM ni khususnya FSPU ni congested sungguh...student ramai..lecturer pun ramai...bangunan kecik, bilik pun sikit...maka yang baru-baru ni a.k.a young lecturers ni kena la tumpang senior2 yang pegi continue PHd..kes aku ni tumpang bilik Ketua Program aku..sebab dia jadik bos, dia dok bilik air cond sejuk..aku dok kat dalam bilik air-cond suam nih...tapi alhamdulillah la ada gak tempat merempat...kalo tak beropis dalam keta la jawabnya....

Buruk tak bilik aku??? (hahaha bukan tanya cantik tak bilik aku...)

Sunday, November 16, 2008

Layannnn....

Skang aku tengah tengok citer Zombie Kampung Pisang untuk ke berapa puluh kalinya...
Moh layan...aku suka citer ni sebab kelakar giler..tengok berkali-kali pun still gelak lagi..bengong betul la..

Ok,,aku mau carik resit payment yang missing ntah ke mana...preparation untuk mengamuk esokkkk....

Chow..layan awie ngan AC yang bengongs amat dalam citer zombie ni

Friday, November 14, 2008

Rules:

1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.


2) Don’t change your clothes, don’t fix your hair…just take a picture.


3) Post that picture with NO editing.


4) Post these instruction with your picture.


5) Tag 10 people to do this..MALS nak pikir dulu.,kang lepas2 ni aku pikir eh...

Tadaaaaaa...

Thursday, November 13, 2008

Hua Hua Hua Hua

macam tajuk citer baru astro pulak...

Hmm...dah selesai marking paper semua..marks pun dah masukkan dalam system and aku dengan happynyer mendeclarekan diri ini merdeka...hahahahha

Tapi proses lain panjang lagi..ada nak kena meeting macam-macam before markah boleh publish untuk student tengok...takpe..

Semalam aku dah buntu tak tau nak buat apa..dah kemas meja segala..roommate pulak nak balik tak datang opis balik lepas ni..aku pun mula la berkobar-kobar nak balik jugak..maka pukul 1.15 aku pun chow..sampai umah mak pukul 1.45, aku makan dulu (lauk feveret aku tak leh lepas..ikan parang tempoyak..yummm)..adam dah ready berbedak di muka dan berkasut menunggu aku depan umah...lepas makan chow balik ampang...dalam pukul 2.20 camtu aku sampai ampang....

Layan adam jap tengok Ultraman, tau-tau aku tertido..aku bangun pukul 3.15pm tengok dia pun tido sebelah aku...Ultraman yang tengok kitorang..Aku dah plan nak masak Sagu Gula melaka...so adam tido, time ni la nak buat projek masak ye tak??? Setengah jam lepas tu jadik dah sagu gula melaka aku..(tak de gambo la..tapi ada lagi dalam peti ais nanti aku upload kasik terliur sikit...). Sambil masak sempat lagi aku dye stokin nak buat bunga..member tempah kaler yang tak de di pasaran kenalah aku dye stokin putih...20 minit siap!..tunggu jemur je..

Habis dye stokin adam pun bangun..layan dia makan popok jap, sambil tunggu abang balik..Lepas maghrib keluar gi makan. Kitorang gi makan kat satu kedai mamak baru ni tau..tapi aku tak tau la apa mamak ni letak kat milo ais dia..balik tu, landing-landing kejap..tak semena-mena tiga-tiga orang tido sekali..bangun serentak pukul 2.56 pagi..mamak ni letak ganja ke ubat tido ha???? serius..aku ngantuk lagi sampai pagi nih...takmo makan kat kedai mamak tu lagi...

Pagi ni aku datang opis nak bagi bos sign officially result exam paper aku ajar, pastu ingat nak gi SACC mall jap...nak gi MPH..i need new books.....terisi masa lapang aku..dah aim buku apa nak beli...yeehaaa...

Friday, November 7, 2008

Dalam pada bz,,ini rupanyer keje aku...

Hahahaha gelak syaiton dulu....bz memang bz beb...dateline submission markah 2 subjek aku dah berakhr petang tadi..TAPI..aku rilex jek menanda lagi dalam bilik...sampai MABUK...aku makan pagi tadi je. Makan mihun goreng. PAstu tak kuar lunch..marathon marking paper..kena pulak paper calculation..bulau bijik mata aku..pastu petang dalam pukul 4.15 aku dah takleh tahan dah...perut, tekak, mata aku sumer pening....berpinar seh bijik mata...terus aku stop, nak gi toilet pun ajak roommate sebab dah pening sangat rasa nak pitam. badan ngan muka dah kuar peluh sejuk...dalam berpeluh pening tu aku balik jugak...singgah KFC beli twister makan suku pastu kat tol batu 3 aku benti tepi buweekkkkkk muntah....haaaaaahhhh lega....jangan saspen..bukan preggy yer puan-puan..takde proses percambahan bijih benih terjadi yer..:P..gina la rupa aku kalo skip makan...bukan tak nak diet, tapi nyusah diri tak guna jugak kan...maka aku bernekad akan makan makan dan makannnnnn.....makan budok!!!

Sebenarnya nak citer kesah semalam...aku bosan tahap cipan menunggu skema jawapan dari ketua subjek..tak leh nak start marking kalo tak de skema..kang markah tak seragam pulak...tunggu punya tunggu datangla partner mengulor aku....yang aku pulak baru jek bukak gmail aku..tgk sns hantar emel list warehouse for this and next week...hmmmm poket tgh tebal mmg banyak syaiton datang gugat hati dan iman la....terbukak luas mata aku tengok ada sale CROCS kat amcorp...aku mmg plan nak gi Subang Parade pukul 1 nak gi amek beg yang aku order dari US...huh sambil nyelam minum air nih...maka pergilah dengan senang atinyer ke amcorp...sampai sana pukul 11.15...sale tu kat concourse...sekali tu dah tak de benda dah...orang CROCS tengah kumpul saki baki simpan balik dalam kotak and diorang dah seal and ada pak guard tunggu situ...rupanya sale tu went crazy..people pushing, pulling, grab whatever they could..heard from one ah-so, one middle age women was pushed and suddenly fell off and thrown into the big box full of CROCS...imagine la cemana...malaysian goes wild bila sale....tapi aku tak putus asa...dok round-round tengok kot kot ada yang letak tepi..last2 satu seller ni jerit anyone want this pair..LAST one...aku pun dengan bangganya pegi and amek..tak tau harga pun..lantak la...saiz just nice mmg size kaki adam....memang aku nak carik crocs dia...bebudak cantik la pakai crocs ni, kalo orang tua ada buroksss sket...harga asal RM169.00 after less dapat RM84.50...ok la tu...




Lepas kuar amcorp tuju ke subang parade pulak...nak amek beg sambil tu makan Kenny Rogers dulu...Finally dapat gak beg aku tu...sangat happy...

LC satchel..


LC mini bag..


pastu meronda dalam parkson tak pasal-pasal terbeli pants...pastu ronda lagi hampir-hampir nak rembat baju kat ms read..tak de saiz aku pulak....selamat RM149...pastu kaki dah sakit maka baliklah ke kampus konon nak sambung keje....last2 balik tu aku sebok kemas meja bagai alih-alih kul 4 balik dah....hahahhaha....

Makanya harini berbeg baru lah daku ke opis...cewah semangat lain macam pakai benda baru...and jariku gatal lagi mengonline sopink lagi sekali...kali ni beli bucket bag pulak...haiya..ini macam duit banyak bergunung-gunung pun boleh nipis....kena istighfar ngan muhasabah diri balik ni...astaghfirullahal'azimmmmm....(sambil jari melilau cuba menaip address sopink blog lain pulak...)

Wednesday, November 5, 2008

Kena tagged..sila la baca yer..

by puan angel or evil,

aisey kena pulak kali ni...tapi takpe, menghilangkan boring aku buat la yer...pening kepala tanda kertas jawapan peksa..

Starting time : 02:32 pm

Name : Siti Mazzuana Shamsuddin

Sisters : 3

Brothers : 2

Shoe size : malu la...kaki baby ellie..saiz 8/9

Height : 158cm..berat takmo tanya..hahahha

Where do you live : Ampang, Selangor

Have you ever been on a plane : Yuppie...suka bila nak take off, tapi tak suka bila landing..

Swam in the ocean :Kalo kat tepian jek kira tak...ala-ala aksi krokodail..

Fallen asleep at school : Ada kot, especially masa aku kat Teknik..menci skolah tu

Broken someone’s heart : Hmmm....ada ke? i ugly duckling, tak de orang mau...

Fell off your chair : Fell off terus tak penah, tapi sipi-sipi ada...

Sat by the phone all night waiting for someone to call : Penah..tak dok, tapi guling-guling

Saved e-mails : Jarang-jarang...

What is your room like : Tunggang langgang..i tak tido kat bilik, maka bilik jadik ala-ala kedai dobi gitu..(imagine la kedai dobi cemana???)

What’s right beside you: Nothing..isolated table..

What is the last thing you ate : Nasi berlaukkan ikan kembung bakar ngan sayur pucuk paku goreng cili..sedikit cencalok dan air asam penambah perisa...

Chicken pox : I was 8 Y.O that time..tido pakai spender jek...

Sore throat : Ku sedang sakit tekak, suara aku macam wohnen..

Stitches : Mestila, kalo tak, tak kuar encik adam...

Broken nose : Idung aku penyek,maka tak de potensi utk patah idung..

Do you Believe in love at first sight : 50-50

Like picnics : Suka, tapi tak suka sangat bila tempat tu ala-ala kotor gitu...

Who was/were…The last person you danced with : Adam la, pagi tadi..

Last made you smile : Masa baca transkrip jawapan student jap tadi..

You last yelled at : Semalam kot, kat Adam sebab sibuk nak bola orang..


Today did you…

Kissed anyone : Adam

Get sick : Yeay....coughing..rasa nak pecah dada aku

Talk to an ex : NEVER..tak nak tengok muka or dengar suara dia lagi

Miss someone : ADAMMMMMM

Who do you really hate: Orang kepochi suka kutuk orang belakang-belakang, nak reveal nama ke??

Do you like your hand-writing : Yup..

Are your toe nails painted : Giler hape..tak kosa aku jadik cam hantu..

Whose bed other than yours would you rather sleep in : Untuk kaki tido cam aku, tak kesah kat mana, aku tido jugaaaaa....

What colour of shirts are you wearing now : Cekelat pekat blang blang cekelat cair

Are you a friendly person : Lambat warm up...u kena stat dulu

Do you have any pets : No no

Do you sleep with the TV on : Selalu sangatttt..

What are you doing right now : Buat tag ni la..

Can you handle the truth : Hmmm...depends

Are you closer to your mother or father : Dulu ngan ayah, skang ni ngan mak..tapi ayah boleh simpan rahsia..mak tak...hihihih 50-50 la..

Do you eat healthy : Kengkadang la..ikut tekak aku..

Do you still have pictures of you & your ex : Tak hingin!

If you’re having a bad day, who are you most likely to go to : Nobody...nak balik umah and tidooooo...

Are you loud or quiet most of the time : Quite and can be talkative too..

Are you confident : dulu tak confident langsung...skrg ada up sket...jadik cikgu kenalah confident lebih sket, ye tak?

5 things I was doing 10 years ago:

1. Jadik freshies kat UTM..blaja blaja blaja dan blaja...
2. First time jadik anak perantauan...tak penah dok jauh ma...
3. Dah blaja maka tak de la benda lain yang aku buat time tu...

5 things I would do if i were a billionaire:

1. Settle hutang umah, beli umah besaaaaaarr cash!
2. Gi haji, umrah segala
3. Bagi mak and ayah beli tanah, umah dsb...adik bradik nak pun bolehhh....akak kaya...
4. Shopping la apa lagi....
5. Simpan duit aku, jangan keluarkan sesen pun...tengok jek duit banyak dalam akaun

5 of my bad habits:
1. Bad temper especially bila penat
2. Pantang nampak bantal otomatik ngantuk
3. Kalau tak suka aku tak pandai sembunyi memek muka..
4. Kalau sekali aku dah benci, jangan tunjuk muka ko lagi..
5. Allergic to SALE...gatal satu badan kalo tak pegi...

5 places I’ve lived/living

1. Bandar Tun Razak
2. Taman Watan, Ampang
3. Bandar Sri Permaisuri
4. KTF, UTM
5. Ampang

5 people I tag:
Aku baik hari ni..tak tau nak tag saper...nanti aku pikirkan..

Finish time: 02:58 pm

Mari mari mari....dapat kamera baru nih.....



pelagi??? moh le join...

Tuesday, November 4, 2008

OooHH Rajinnya...

Hari ini saya sangat rajin, masuk-masuk opis tadi pukul 8.45 terus jek on laptop dan mula bekerja...

Aku menaip minit mesyuarat sehari suntuk ko...dah pukul 3.10 batu aku on internet...gila menggigil urat saraf aku tak online seharian...taip punya taip, edit punya edit alhamdulillah siap jugak...jadik lecturer ni sebenarnya banyak jugak admin works nak kena buat tau. Kerani-kerani kat opis fakulti hanya handle student's matter jek..hal akademik & pentadbiran akademik lecturer ke buat sendiri...kejam kan..

Maka terjebaklah aku dalam dunia kesetiausahaan mencatit minit mesyuarat bagai...tak leh nak cilok balik awal kalau ada meeting..mencik!

Sekarang saya sangat gigih blog hop satu satu...makan tengah hari pun idak sebab ralit benor buat minit nya....tapi aku laparrrrrrrr....mak nak balik cepat nak makan nasikkkk.....cacing dah vibrate dalam perut nih..

Monday, November 3, 2008

Alhamdulillah...

Alhamdulillah, hasrat aku nak settle segala hutang by 2008 dah jadik kenyataan...dalam pada aku sakit-sakit batuk ilang suara ari khamis aritu sempat gak aku gi segala bank yang aku ada utang bayar apa yang patut then close account...

Aku dapat :

1. Settlekan outstanding amount keta..yeay aku dah jadik pemilik penuh keretaku itu..takyah bayar bulan-bulan lagi..
2. Segala kad kredit aku..ada 4 okeh (sila jangan tiru saya)..alhamdulillah can save up to 1.5K bila tak yah bayar duit-duit plastik ni lagi...
3. Tambah saving adam
4. Decorate rumah balik a.k.a tukar pintu idaman aku...hahahhahah

Alhamdulillah, Allah permudahkan rezeki aku tahun nih...simpan sikit-sikit lama-lama jadik bukit tapi dah tinggal separuh aku tarah...aku lemas la hutang-hutang ni...biarlah simpanan aku sikit sebab aku boleh menabung banyak lagi lepas ni sebab dah tak yah bayar itu segala hutang.....

Shopping Spree

Semalam abang declare itu hari sebagi family day...meaning that boleh kuar jalan-jalan...

Memula nak bawak adam naik train ke the mall, tapi pikir punya pikir aku nak gi Ampang Point nak belikan abang baju keje dia...so tak jadik naik train, naik keta je...

Selit sikit gambar adam punyalah naughty kat kenduri pak ngah dia



Memula pegi Ampang Point naik ke tingkat satu gi Brands Outlet, belikan abang punya kemeja keja...aku suruh plih enam helai sebab baju dia ada sikit sendat kat perut dah..(tanda-tanda dah cukup hari, nak bersalin dah tu)..last-last bukan da yang pilih...dia pilih dua je..yang lagi empat aku yang sebok-sebok pilih..dia dok lari sini sana kejar adam..

Dah beli baju kat situ, abang sakit perut la pulak..dia gi memerut aku dia tinggalkan kat Delifrance Cafe...maka makanlah aku ngan adam jek...aku order Beef Bolognaise, Adam pulak mushroom soup (sedap, mushroom dia chunky besar-besar you...)and iced chocolate...dah half way suap adam, abang datang dengan cerianya sebab dah melepas...dia order beef lasagna pulak...maka dengan secara tak rasminya termakan lunch kat delifrance...sure malam ni aku kebulur..maklumla perut i melayu tulen tau..nak nasik jugak.

Lepas keluar Ampang Point ingat nak direct ke Tesco Ampang, beli groceries tapi disebabkan satu kejadian kat parking ampang point tadi, aku merengek kat abang nak beli kasut bar..tak kira aku dah geli nak pakai sandal HP aku tu...

Sebenarnya kan, keluar-keluar jek parking keta depan Gulatis AP tu, tengah aku catwalk, aku terpijak smething ala-ala liat tapi bunyik crunchy...sekali bila aku pandang bawah aku terpijak benda yang aku paling geli dalam dunia...aku terpijak CICAK...besar tau...bukan cam cicak yang selalu atas siling rumah tu..ni ntah spesis apa punya cicak ntah..meremang bulu-bulu yang ada...mula la aku rasa nak jalan kaki ayam..abang dah gelak-gelak...tu sebab singgah jusco, maka dapatlah aku beli sandal baru...

Sampai Jusco, turun kat area betul-betul baby's department..maka belilah adam punya baby bag baru..sebab kiko merah da dah koyak rabak inside and outside...aku beli brand tenderly jek, cantik dan murah...spacious lagi..rembat sekali adam punya singlet 2 helai...bawak dia main kat smart wonderworld tu upah nak bagi dia behave sket nanti...pastu hunting for abang punya pants..dapat 2 helai...bayar and potong..sementara tunggu potong suar aku gi tingkat bawah beli kasut..memula tengok HP tapi aku berkenan yang tertutup penuh, bang tak kenan pulak...maka aku opt for crocodile jek..murah and kalau rosak tak de hal punya...hehehhehe

Punyalah takde perasaan naik thomas ni..



Inilah sandal baru aku...murah dan sangat selesa...


Kuar Jusco dengan senang hati sebab each of us dapat habuan...Pastu singgah Tesco beli barang dapur...beli punya beli bila bayar RM190.14..hahahha may be aku beli barang-barang yang besar i.e Dynamo, vanish, softlan 5 liter..tu jek dah RM50 lebih dah...tak pe la..itu 2 bulan lebih baru beli balik nanti...

Dah penat jenjalan Tesco, maka baliklah kami...sarat keta ngan hasil tangkapan...maka bolehlah aku dok diam pasni sebab dah dapat ilang meroyan nak shopping...

Gambar apa yang ada je la yer...aku malas nak tangkap gambar hasil tangkapan...Kalau perasan baju yang adam pakai tu ada tulisan nama ADAM depan tu...baru sampai T-Shirt tu aku tempah kat satu seller ni...dia custom made...lupa nama fotopages dia...murah tau and sangat berkualiti...nak tempah untuk aku, abang and adam lagi sehelai sorang...