Monday, March 31, 2008

Updates on our life..

Let's start with Adam :

Adam sekarang semakin nakal..aku kengkadang hilang sabar la ngan perangai dia. Last week he showed his tantrum. Dia tarik-tarik rambut aku ngan pukul2 muka + badan aku sebab kitorang buat tak tau bila dia tunjuk-tunjuk penukul plastik yang boleh tiup tu..aku ngan hubby pun jalan je masuk keta, sekali tu dia meraung-raung pastu pukul2 orang pulak...gerammmmm jek...lagi dipujuk lagi kuat dia tarik rambut aku...conclusion made by hubby & me : Kalau tak de duit jangan la nak bawak budak kecik ni jalan-jalan ke masuk pasar raya ke...habis dia meraung bergolek-golek kalau tak dibelikan apa-apa yang dia nak...

Pastu Adam took his first unofficial step yesterday...dia sekarang memang rajin berdiri lepas-lepas tangan ni, pastu hubby aku trick dia...bila dia berdiri tu kitorang move away & pegang smelly dia (smelly ni benda busuk dia-iaitu topi macam santa klos yang ada bulat kat ujung tu, bulat tu la dia gesel2 kat idung bila nak tido & bila letih)...sebabkan dia nak smelly tu, dia pun sambil tersengih-sengih dan secara tak sengaja telah menapak 2 tapak ke hadapan....huhuhuhuu pastu baru dia tersedar yang dia menapak agaknya, terus je buat bunyik "huhuhuhuhu"..excited kat diri sendiri...pastu asyik la nak berdiri tapi tak nak jalan dah...

Mulut dia toksah cakap la, riuh betul...panggil orang semua nya bunyik "bah, bah, bahhhhh" tak kira la nenek ke, atok ke,mama ke...semua orang la bunyik sama. Pastu bila kita panggil dia pun dah pandai menyahut...dah pandai panggil bird, immitate bunyik meow...

Update about our life :
Last Saturday pegi Jalan TAR, first time bawak Adam keluar malam-malam ke tempat open camtu...we went to reject shop at Pertama Complex, i spent RM 82 and got 3 t-shirts for me, 2pcs Adam's singlet, another t-shirt for Adam, a rug to put in front of the main door...hohoho such a good bargain..then went to Jalan TAR night market..ramai sangat orang naik pening aku...ngan Adam lagi, ngan barang-barang yang dibeli lagi..pastu malas nak bawak stroller sebab cam tak praktikal jek kalau bawak stroller then nak pegi such a congested place camtu...ada la 2,3 couple bawak stroller menyesakkan lagi keadaan kat situ...dari kena sumpah ngan orang-orang distu ada lebih baik la kitoarang dukung jek Adam...aku la berpeluh-peluh bagai nak rak...penat wooo dah lama gier tak gi pasar malam tu...we bought our dinner there and terus patah balik ke Sogo as we parked our car there..ingat nak jalan-jalan kat Sogo sebab aku dah intai-intai makeup, tapi muka dah macam orang giler balik pasar peluh-peluh semua lupakan je la hasrat murni aku nak menabur duit kat Sogo...huhuhuu

Ahad tak pegi mana pun, just gi umah MIL je. Ingat nak gi low yatt nak survey new laptop for our homem tapi macam malas jek sebab by noon, Adam tido lagi...nanti rush pulak dengan aku nak gi kedai pemborong kristal nak beli batu kristal la, tali getah la, sebab nak siapkan tempahan gelang kristal orang...so, cam tak sempat jek...end up ngan pegi Carrefour Wangsa Maju sebab teringin nak makan fast food...pegi makan double black pepper burger...nyum nyum nyum...i loike! Balik dari Carrefour kiotrang singgah umah my mom amek kasut keje abang tertinggal pulak...so lepas tu terus balik umah sebab nak tgk ABPBH yang hampehsss itu...

Pasal my father pulak..nampak macam tak ok je. Bengkak and lebam tu dah merebak pulak sampai bawah tulang rusuk...plus kat pangkal peha membawa ke lutut. I tell u what, that bloody stupid locum doctor kat klinik keluarga tu salah inject ayah aku! Bengong betulll...aku paksa adik aku bawak ayah aku gi klinik tu balik sebab doktor HKL suruh pegi and amek nama ubat yang diorang inject tu...and my father look worse than before..shocking me coz another doctor yang bertugas time tu browse my father's record and she found that my father makan ubat pencair darah and tak leh inject sesuka hati jek...pastu tak leh inject direct to otot, kena inject kat lengan sebab inject kat situ ialah injection lemak...tu sebab abis lebam-lebam bengkak semua...adik aku dah naik darah, and according to my sis story, masa diorng bawak ayah in the middle of the night tu, reception klinik tu tak tanya pun either penah datang situ ke tak, dia just cakap "Lepas pukul 12 malam double charge yer"..what the hell...triple sekalipun kitorang boleh bayar la...and my sister perasan dia bukak kad rawatan yang baru...dah tentu la tak de medical history ayah aku kat situ...doktor tu pun satu, tak tanya pun ada allergic apa-apa ubat ke, ada prescribe any special mediacation ke...bongok betul...pastu dia inject ngan keadaan ayah aku tengah berdiri...what the hell?????

Adik aku request for my father's record but the reception girl refused to give it....adik aku cakap elok-elok, doktor HKL yang nak, tapi budak tu tinggi2 suara pulak...sebelum adik aku naik hangin, dia cakap lagi sekali, bagi yang fotostet je tak leh ke? bila dia nak serah yang copy tu adik aku grab yang ori, sebab our family nak bawak benda ni to Tribunal Pengguna coz doktor kat situ tak nak bertanggungjawab..adik aku cakap suruh head of the doctors kat situ call our home and come to see our father as he couldn't walk for the time being...so, on Saturday afternoon tu, ketua doktor klinik tu call and shortly after that dia datang with his wife...so he took the responsibility and akan datang every day until my father recover and all the medical supplies is FOC, even kena masuk wad pun dia akan tanggung...doktor tu very nice and soft spoken...ye la, aku adik-beradik pun bukannya nak carik gaduh tapi kalau dah melibatkan nyawa our loves one mestila korang pun akan tak tentu arah kan??? so skrg dah settle la kiranya, but my father's condition still camtu....

Tu je la update aku yang panjang berjela kali ni...lenkali sambung lagi, kang tak buat keje pulak...makan gaji buta, haaaaahahahah....

2 comments:

yurn said...

report mazz.. jgn tk report..

u can go here :
http://www.moh.gov.my/eaduan/formAduan.jsp

or write to here..
Pengarah,
Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta,
Bahagian Amalan Perubatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 3 , Blok E1, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya

mazzuana said...

Thanks a zillion Ika....ni yang aku sayang kat kawan-kawan aku ni...