Friday, March 27, 2009

Mama..Atut..

Tu ayat adam..sometimes pandai cakap mama..scared..kengkadang mama...atut..lantak le adam..rojak pun rojak le.

Ni muka adam bila dia ketakutan..cepat-cepat baring, sambil tu his eyes close tightly and tambah ngan tutup muka tu ngan tiny gumuks fingers...



Apa yang dia takut?? Bunyi-bunyian dari orang tingkat atas and MOMOK GENDANG..dia panggil mok bom bom..amende tu?

Rumah aku ni kan ke kat kawasan cina, so setiap malam kat junction depan tu ada bebudak berlatih tarian singa..kan ke tarian singa tu ada gendang besar gedabak tu..adam really scares on that sound. Masa CNY, dia memang melekat jek ngan aku or babah dia sebab ketakutan..sampai menggigil lutut dia tau..

Maka bila setiap malam diorang berlatih denagr jek bunyik gendang tu, dia lari tak tentu arah nak carik tempat nak baring nak tutup mata..hahah kelakar giler..

Thursday, March 26, 2009

Tensi

Tensi sebab wireless broadband mazis aku tu tetiba takleh nak guna bila kat desktop..kat laptopk pulak..

Dah tu aku subscribe P1Wimax, sekali tu takleh guna kat laptop boleh guna kat desktop je la pulak...

hissshhhhhh hangin aku tau...aku ingat nak terminate jek p1wimax tu sementara trial 15 hari ni...dah tu susah nak browse apa-apa kalau kat opis. Nasib baik jugak wireless uitm ni ok..kalau tak mau tukar jadik kaler ijau aku ni...

Tuesday, March 24, 2009

Ahhhh Lega

Lega dah bila reviewer aku dah masuk.

Tapi yang tak bestnya dia masuk exactly after aku tekan last slide...maknanya lecture dah abis baru dia masuk..penyudahnya student aku la jadi mangsa, kena tanya itu ini.

Hmmm..lantak la..

Monday, March 23, 2009

Gubra

Aku gabra ke gubra ke sebab esok reviewer akan masuk kelas tengok aku ngajar...walaupun seploh minit jek dia masuk tapi aku rasa cam seploh tahun dia dok masuk kelas aku tu..memang kena pakat la ngan students supaya bagi kerjasama untuk menampakkan keberkesanan subjek aku ngajar tu...

Sakit-sekit perut bila mengenangkan esok..

Ok, enuff that story..ni nak citer hal sesubuh pagi tadi..

Aku terperasan ada orang bukak main door umah, sekali aku celik tengok laki aku tgh dok meraba pintu carik card fon guard yang diorang lekat kat situ. Sebab apa dia dok carik kad no fon guard sesubuh buta?? pukul 4 pagi tu..ada Negro segerombolan duduk kat tingkat seploh yang memekak hari-hari dari pukul 3 pagi sampai azan subuh...hari hari tau no exception...semalam agaknya laki aku hilang sabar la tu..memang memekak tahap gaban..tau je la gaya diorang bercakap..dah macam 50 cent nyanyi lagu rap..

Guard pegi ketuk pagar rumah negro tu baru diorang diam..reti pulak diam.ingat orang lain pekak ke? Aku tak tau la jiran-jiran setingkat ngan negro tu, agaknya diorang tido pakai ear plug..aku dah rasa macam cerita Seniman Bujang Lapok yang kuswadinata menari-nari ngan bini kedua dia tu...hahhaha..

mintak-mintak dapatlah aku tido ngan aman malam ni...amiiiin

Friday, March 20, 2009

Sisterhood Award



Got this award from Eza..actually banyak award aku dapat, tapi aku tak save award2 tu and published here...sorry pada sapa2 yang give e the award bukan tak apreciate tapi ada faktor "M*L*S" di situ..

Sapa lagi aku nak bagi award ni yer???

Aku tengah blur

Aku kan, semenjak dua menjak ni..macma blur pulak

Aku datang opis pepagi kalo ada kelas ada la, kalo tak aku dok depan laptop, nak bloghop tapi selalu jek hop 2, 3 blog pastu aku blank tak tau buat apa dah...

Adakah symptom2 umur semakin bertambah maka minat membuat perkara yang lagha semakin berkurang...tapi tidak juga bertambah membuat perkara yang maaruf...hahahah apa aku merepek ni

Ni pulak tengah terkejar-kejar siapkan teaching profile ngan course file sebab riviewer aku akan masuk kelas untuk evaluate teaching style aku (aa style?? style aku apa?? retro..huhahahha)..utk confirm yang kena tunggu sampai 3 tahun tu..bodow kan nak tggu 3 tahun jugak baru nak confirm...haiya...

Ngan koordinator research yang dah menyalak suruh buat research, mengendeng kat aku suruh join research dia...eiiiii semak la kepala aku ni..

Wednesday, March 18, 2009

Life must go on

Even though aku tgh mood sedih...

tapi...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
HARI NI BIRTHDAY AKU....
HAPPY BITHDAY TO ME

Allah Selamatkan Aku
Allah Selamatkan Aku
Allah Selamatkan Siti Mazzuana
Allah Selamatkan Aku..

Yeah let's sing together everybody...

Happy 29th Birthday....

p/s : menci tau bila laki aku buat bodoh jek tak wish langsung...

A Tragic Lost..

My friend passed away last 2 days. She died in a tragic car accident and she was the passenger and asleep at that time.

It's hard to believe that she wasn't here anymore. I haven't got time to keep in touch with her since last year, but recently (a month back) i was eager to find her facebook or fotopages or blog or anything related to her in the world wide web, padahal i got her number. Somehow i don't know what's in my mind, nak contact dia tapi nantilah nantilah...until monday morning, my friend called me and told me that she died because of accident.

Aku terkedu and did nothing. Dah dekat half an d hour baru start kol kawan-kawan lain.

She was very cheerful and happy go lucky. We became close when we were classmate and blockmate in university days...She was popular among girl friends of her RED bright socks and outmatching attire..and now she's gone...FOREVER..We used to makan sepinggan (or se-polisterin)and tido sekatil and sebantal..*sigh*

Dear Arwah Suraya Yahaya (1980 - 2009)

Sue, aku takkan lupa macam mana kita ketawa dan nangis sama-sama, balik KL naik bas, kena tinggal dengan bas, makan nasik lauk fish cake je..
Aku takkan pernah lupa bila kau berapa kali sesat nak pegi rumah aku tapi tetap usaha carik jalan sampai jumpa, i appreciate that..
Sue, aku takkan pernah lupakan kau walau dah bertahun kita tak jumpa...
Sue, aku doakan kau dicucuri rahmat sebaik-baik rahmat yang dikurniakan oleh Dia ke atas umatnya..

Al Fatihah untuk Arwah Suraya Yahaya.

Thursday, March 12, 2009

Ni bayar hutang tag dari Eza

The rules:
It's harder than it looks! Copy to your own note, erase my answers, enter yours and tag twenty people. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question. Have fun! Don't forget to post it!

1. What is your name: mazzuana
2. Four letter word: m.u.s.t
3. A boy's name: muhammad
4. A girl's name: maryam
5. An occupation: mengajar
6. A color: maroon
7. Something you'll wear: macam-macam (boleh ke??)
8. A food: mihun goreng satu!
9. Something found in the bathroom: mop
10. A place: Mekah
11. A reason for being late: Malas
12. Something you'd shout: Makkkkkkk!
13. A movie title: Maid of Honour
14. Something you drink: Milo Ais
15. A musical group: Maroon 5
16. An animal: Monkey..
17. A street: makmur 2 (jalan umah parents aku)
18. A type of car: Mazda
19. The title of a song: My Endless Love...

Sapa-sapa nak buat silakan...penuhkan masa yang boring tak de buat apa -apa...ada lagi satu tag eza tak buat lagi..

Rindunya...


Rindu nak berblog, tapi idea kering la, plus aku bz sket nak kejar kelas yang tinggal lagi 3 minggu before exam..silibus banyak tak abis lagi.

Meh layan gambar anak bujang aku yang tengah gilakan otomen..sana sini otomen..semalam dia pau aku beli otomen 12 ekor kecik-kecik tu..nasib baik 15 hengget...pastu asik tengok dvd otomen, org lain tak leh tgk citer lain...tapi aku actually tak suka sangat dia suka otomen ni...dulu setakat tiru gaya fire otomen tu jek (silang pangkah tangan tu..)sekrang ni ngan kaki sekali naik. Last 2 days kena sebat ngan gulungan surat kabar kat kaki..ada ke dia tendang pintu umah...sebab tak sabar nak masuk nak tengok otomen..tapi bukan tendang sungguh sungguh ni sampai berlobang ke hapa pintu tu..tendang kecik jek tapi as long as namanya tendang, babah dia memang tak leh tolerate la...aku nak gi beli rotan..sebab adam skrg ni makin nakal..cakap jek memang tak makan saman la budak tu..aku selalu cubit dia...

hmm kalau citer sehari semalam pun tak habis pasal perangai adam. Mak aku selalu cakap apa tau...apa vitamin yang ko makan terlebih-lebih masa pregnant dulu...si adam ni kus semangat nakal nya...aku gelak jek...tapi takpe orang tua-tua cakap budak nakal semacam ni bijak orangnya..amiiinnnnn....

Tuesday, March 10, 2009

Apa pulak sakitnya blog aku nih???

Cukup-cukuplah en wira ijau je yang mintak duit untuk di repair..takkan blog pun rosak kot..dari tadi aku daat view column kanan tu jek..isi perut tak kuar...apa ke hal?

Hari ni start kelas balik, penat 2 jam aku melalak ni kang kul 2 sambung lagi...uhuwaaaa...

Bilik senyap sunyi sebab 2 geng lagi gi lawatan sambil belajar (or sopink) ke KLCC...KLCC??? sajer jek bebudak ni tau...

Cuti lelama buat hape? kejap jek aku rasa..saturday lepak umah mak sampai dekat kul 5, ahad gi orang kawen kat shah alam..isnin...dok umah, tido, layan adam, petang gi kayakan tokey DVD kat wangsa maju...tak de benda berpekdah pun..

Saturday, March 7, 2009

Na'uzubillahiminzalik

Tadi on the way balik ke ampang, adam sat at the back seat of my car with his atok. Then we stop for traffic light. I was the co-pilot at that time. Abang was the one who drove the car. Suddenly, my father shouted and heard motorbike's sound so clear...nak tau apa??

Itu budak bertuah bukak pintu kereta and he was at the edge of the seat....it was *this* close for him to fall outside. My father terus grab dia and tutup pintu. Aku jerit kat abang, why didn't he locked the door properly, he did locked the door properly and it was that naughty little rascal , silently playing with the door lock. Diam-diam dia bukak lock tu, yesterday the door was child locked by me, but then it was me again (sigh..huh)who was unlocked the child lock. Haiya....

Seram sejuk aku, pucat dah muka lebam aku nih. Adam terperanjat aku jerit terus diam dok atas pangku atok dia. Just ikagine how was it if he fell down from the car. Could be worst if the car was moving...arghhh tak sanggup nak bayangkan.

Aku terus suruh abang ketepi. Aku child lock semua pintu dan dan tu gak. Tak nak nangis kemudian hari. Kang nyesal taik sejamban kang. Dah le anak aku tu special edition nakal dia, susah nak blend jadik camtu lagi..hahhaha...

So, korang-korang make sure semua pintu child lock yer..wira dulu dia tak leh nak bukak lock pintu tu sebab ketat. Yang swift ni lembut jek nak tolak lock pintu tu..nauzubillah, jauhkan perkara buruk terjadi kat family aku

Friday, March 6, 2009

Introducing...my new family member..

Bukan aku beranak, but aku kasik adik kat wira ijau aku...

Ni je yang mampu dibeli setakat ni..



Ni bukan gambo sebenar keta aku...aku nyer kabel kamera ntah mana aku letak, so ni dari google...more or less sama je just keta aku ada ciri-ciri tambahan yang baru untuk edisi 2009..

Monday, March 2, 2009

aLLOwwww

sangat bz sehingga khamis ni, dengan kelas, dengan nak urus proceeding paper for this coming seminar..

so, no proper hapdet sampai abis penat seminar yer...hapdet sket2 je la

Jap lagi nak jumpa dekan untuk penilaian appraisal last year.

Keta baru? Insya allah..bila dah ada depan mata baru aku snap gambo..semalam dah pegi tengok kat showroom, baru sampai dari assembly factory. Tenang hati tengok benda dah ada depan mata. Esok, urusan JPJ nak sign geran bagai. Hopefully tomorrow boleh amek dah keta tu.