Monday, December 28, 2009

What a Life!

Bukan nak mengeluh akan takdir tuhan tapi apa daya aku sebagai umatnya kena la redha kan??

Huh bunyik macam apa je, tapi memang itu yang aku rasa skrg ni

FYI, my father was admitted to HKL 5 days after dia balik dari mekah. Pneumonia and cardiomyopathy. Since habis tawaf rukun dia kena 3 ke 4 kali attack yang membuatkan aku resah gelisah kat Malaysia ni. Nak gi sana aku tengah induksi masa tu. So mmg berdoa berdoa dan berdoa je dari sini. Alhamdulillah ayah sampai juga ke Malaysia on 12.12.09. Then dia nampak sihat even took ventolin puff twice a day. Then it getting worse. Sampai jumaat dia sendiri tak tahan mintak hantar ke HKL. Then masuk 4 hari keluar sehari masuk balik. That time was even severe than before. Aku dah takut since my father suruh kami kumpul adik beradik. Condition dia sangat teruk.

I drive ke HKL from bandar tun razak di waktu orang balik kerja pukul 6.30 sangat laju. 13 minit dah sampai. Aku amek lane kanan, pasang double signal and memecut. kaki menggigil toksah cakap la. Sambil air mata berjujuran and my father mengerang sakit kat sebelah.

Sekarang masih lagi kat Wad 28 bilik no 9 HKL. Dah seminggu. Bertambah sihat dan lebih ceria dari masa dia masuk dulu.

Aku cuti seminggu tolong masakkan bubur and visit dia setiap hari. So, minggu ni dah start keje bertambah bz la sebab nak bangun pukul 5, masak bubur then suruh hubby hantar ke HKL since dia keje kat Jalan Ipoh. takpe la biar la penat sikit sebab lama mana kita dapat jaga parents kita. Masa diorang ada lagi ni la kita nak berbakti.

1 comment:

Sue said...

feel sorry to u, mazz. yea..masa ni la kita kena berbakti pd org tua kita. alhamdulillah ur father da makin ok dan sihat.