Benci-benci-benci-benci!
Saturday - i'm working! The most hated! Start from 10am-5pm...giler..dah ler tak entitle OT..free-free je..hehe kena berkira sket, aku belajar not to be so pemurah dengan company ni..seposen pun kira jugak! Kesian Adam kena tinggal kat umah nenek lagi, mama tak de...
Sunday - Hihi aku cengelat tak pegi opis, sebab my hubby dah bagi jelingan manja yang menusuk kalbu tu..maka aku pun takut nak gi keje, pegi kenduri kawin pakcik aku kat Bandar Menjalara, Kepong...Grand gilest kenduri dia...buat kat dewan komuniti menjalara..dalam dewan muat 25 meja camtu, kat luar ada 8 fully scallop tents...makanan baaaanyyaaakkk sangat, siap ada mee bandung, mee jawa, mihun la, vadai, tosei..main course toksah cakap le, ada 7 lauk kot..tapi tak makan banyak pun sebab Adam dah kepisat-kepisat kepanasan...On the way pegi tu, jalan ampang tutup, ada Hindraf Strike, penuh kawasan Ampang Point tu dengan kaum hindu ni...aku tengok yang datang ni muda-muda yang banyak, yang rambut jambul2 merah ni (sorry no offense ok!)..jem jalan sebab polis tutup jalan nak naik ke flyover ampang - bangunan risda tu...Balik dari kenduri, jalan dah ok, aku singgah rumah MIL sampai petang...
Ada ke Adam dah 2 minggu buat perangai tak nak ngan my in-laws...dia tertido biasanya bila sampai tu, dah tu bila bangun, dia meraung sekuat hati...pastu nangis sampai tersedu-sedan..kena la bawak gi jalan-jalan dulu, calm him down...pastu dah le berkepit je ngan babah & mama, aku bukannyer apa, kecik ati pulak MIL aku tu kang, cucu kesayangan tak nak ngan dia..hubby aku toksah cakap le, muka dah kelat, muncung boleh ikat (eh macam pantun 2 kerat pulak)..pandang aku slack je..nak salahkan aku la tu..maklumle, aku sedikit bz lately, so takde masa sangat nak berjalan-jalan, kunjung mengunjung ni...hmmm lantak le...
One thing made me happy was...Adam can sit on his own at last..tak payah pegang or sokong ngan apa-apa dahhh, tapi kena dudukkan dia la coz dia tak merangkak pun so camana nak duduk kan...tapi nak feed dia dah makin senang, nak dok kan dia dalam stroller pun dah senang...macam tuan besar bila duduk dalam stroller tu...tak main dah baring-baring ni..bawak gi shopping pun senang dah, sebab boleh duduk kat troli...
So, Monday yang separa indah ni terjejas sedikit sebab aku sakit tekak, suara sengau..rasa nak demam + mmg akan kena selsema punya la ni...till then chow!
No comments:
Post a Comment