Wednesday, November 14, 2007

Kisah-Rumahku Hampir Dipecah Masuk..

Semalam, aku balik umah lepas maghrib, so sampai ampang dalam pukul 8. Adam tido. Masa tu ujan renyai-renyai lagi..dengan berlari2 anak aku sorong stroller adam & abang sarat barat dengan barang2 menuju ke lif. Dekat2 nak sampai lif tu dengar kecoh-kecoh orang bercakap. Masuk lif pakcik guard tu bagi tau harini masa tgh ujan lebat tadi ada 4 kejadian pecah rumah kat situ. 2 kat blok A, 2 kat blok B. Aku dok blok C. Aku ngan rais dok menganga dengar cerita couple yang rumah dia kena pecah tu, diorang dok tingkat 13. Modus operandi pencuri-pencuri tu ialah pecahkan solex pintu depan, masuk rumah, curik barang berharga i.e laptop, digi cam, PS2, barang kemas. Dah curik barang, diorang keluar & gantikan padlock yang dah pecah tu dengan padlock yang baru...so tuan rumah tak leh la masuk umah bila balik nanti...

Kitorang naik lif sambil dengar cerita diorang tu, so bila sampai tingkat 9 aku pun keluarla kan...sambil jalan menuju rumah tu aku cakap ngan rais, eii takut la bang, dah ada pecah2 rumah pulak...pastu aku tgk kat balcony luar dekat dapur umah aku ada kotak padlock yang dah kosong ngan ada puntung rokok..aku dah berderau darah dah, aku cakap kat rais ni apsal ada kotak padlock kat sini pulak ni??? rais pandang aku, aku pandang dia, dua-dua berkejar ke grille main door umah...SAH! SOLEX AKU CALAR-BALAR, GRILLE AKU SOPEK CAT NYA....aku tgk pulak lubang padlock solex aku tu, dah tersumbat! so, kunci aku tak leh masuk utk bukak pintu grille tu....Rais terus bukak solex grille opening yard aku, dia lompat masuk dalam rumah tgk ada barang ilang tak...1st thing yang dia check ialag...TABUNG ADAM!..penuh tu tabung botol susu besar tu, penuh ngan duit raya adam & duit syiling dia...pastu dia gi check bilik depan, sebab kat situ work station kitorang, dia tgk laptop & PC semua ada...haaa lega sikit...

Aku gi tanya jiran-jiran cina aku yang dua orang tu, diorang pun tak dengar orang ketuk2 since ujan sangatla lebatnya kan..diorang tutup pintu sebab tempias & one more thing balcony kitorang tu sangatla gelapnyer sebab lampu automatik on pukul 7 malam sampai 7 pagi je...diorang pun terperanjat beruk bila aku cakap rumah aku ada orang cuba nak pecah masuk..pastu panggil pulak sorang lagi jiran aku, yang ni melayu..abang ni AJK Persatuan Penduduk kat situ, dia pun terperanjat..dia call kan chief guard & polis...dalam setengah jam camtu, guard datang bawah cutter yang macam gunting besar tu nak potong padlock aku yang dah tersumbat tu....nasib baik adam ok, diam je..heran tengok orang ramai-ramai agaknye..rupa-rupanya guard tu cakap, masuk rumah aku ada 6 bijik rumah yang kena pecah, 4 berjaya masuk, 2 lagi tak dapat masuk...and semua rumah tu ilang laptop!


Guard potong pakai cutter pun tak leh gak pecahkan padlock umah aku tu..so, uncle yang duduk depan rumah offer pakai grinder dia...pakai grinder tu pun dekat 15 minit baru putus padlock tu...huhu sopek-sopek cat grille aku...siot punya pencurik! Tepat 9.25 malam kitorang dapat masuk rumah....aaahhh lega, alhamdulillah tak de barang-barang yang ilang, aku rasa diorang pakai electronic device yang boleh detect laptop tu la...laptop aku kan ke kat bili paling depan..tu yang senang kot! sepuluh minit lepas tu, polis 2 orang datang, amek statement abang, amek gambar semua...dah settle tu semua baru teringat malam ni nak kunci umah ngan apa? dah satu hal pulak nak mencarik solex malam-malam buta ni...abang terus bergegas turun nak pegi bandar baru ampang tgk kedaimana yan bukak lagi...luckily Pasaraya Bintang tu baru nak tarik roller shutter dia, abang mintak nak masuk beli padlock, emergency nih...kali ni aku beli padlock yang macam handbag tu..amek kau sebijik kurang seposen tiga puluh hengget! dua bijik aku beli habis la 60 hengget malam2 tu....tak pe la, for family safety...

So, malam itu kami semua tido dalam sedikit rasa ketakutan & penat...dalam kul 12 camtu, abang cakap dia nampak guard round tengok satu2 rumah dan kunci ke belum...tapi tu la, dok dalam guarded area pun boleh jadik camni..

For you all readers, please beware & do keep your valuable belongings in the safest place, ensure your padlock is the high quality one!

2 comments:

okinokiyo said...

mazz..seramnye.
aku apt gak.tpi xtau la ada kes kot sblm ni.pastu dah ada cctv kat apt aku ni.lemas aku rasa..tpinye kurangla risau.sbb mmg aku lgi la xder grill tau...

mazzuana said...

mai, apt aku tu pun cctv nyer merata..tapi tak tau ler idup ke tak..aku pernah la serbu pej. maintenance, betul on cctv tu..tapi time tu ujan lebat kan, gelap bangat! mana le tau kot pencurik tu niger ke...mmg le tak nampak..hahahah