Wednesday, August 24, 2011

Sudah boleh on-line di laptop yo...

Aku terminate line broadband since ada blackberry. Lagipun broadband maxis aku version lama dulu yang rm118 per month.So sekarang subscribe yang baru sebab amat memerukan untuk belajar nanti. Kenapa aku tak subscribe unifi??? Sebab susah nak bawak ke mana-mana. Malaysia ni bukan semua area ada wifi. So i opt for broadband again. And surprisingly the connection is superb yo! dulu masa broadband lama kejap kejap kang disconnect. Senang la aku nak ber tenet balik...hehehehehhe

Nothing much to story mory morning glory. Life monotonous sket lately. Sejak jadi temporary housewife ni keje aku hantar anak-gi kedai bakery beli barang baking-balik umah-baking@tengok tv-ambik anak balik sekolah-fetch my husband at LRT.

Buka puasa biasa-biasa je. Awal puasa masak, pastu tengah2 puasa kejap masak kejap beli, ujung puasa ni memang membeli sajok.

banyakk benda nak cerita lagi ni tapi later2 la ye.

Chow

Thursday, August 18, 2011

The reason being hiatus

Aku dok buat order orang ni ha....

Alhamdulillah, dapat lebih kurang seratus botol. Rezeki ramadhan. Now dah siap. Ada yang dah deliver earlier, now aku siapkan untuk adik beradik, mak-mak aku.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, August 9, 2011

The best ayam golek in town

Kat bazar ramadhan bandar baru ampang, memang marveles even mahal sikit compared to others.

Ayam golek tuah nama dia...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, August 6, 2011

Ikan kekek

Ikan kekek mak iloi iloi
Ikan gelama mak ilai ilai
Nampak mama cantiknya amboi
Tapi ketawa mengilai ngilai

Tu lagu adam nyanyi kat aku masa dia baru bangun tido tadi. Gelak besar aku...kelakar pulak bila dia pandai nyanyi lagu2 camtu.

Lama x citer pasal anak bujang sorang ni. Now dia dh pandai eja suku kata tapi baca still x pandai lagi. Nevermind, take your time baby...kuat melawan ngan aku, ngan babah dia menikus dia takut. Padahal aku lagi singa dari babah dia. Dah boleh diharap kemas rumah sikit2, lepas makan minum susu terus letak pinggan cawan botol dalam sinki. Sangat kedekut nak share barang, tp kalau mood baik punya habis dia share segala....

Satu lagi perangai dia yg sangat ntah hapa2 is....mak pot! Apa tu mak pot?? Kuat mereport anything...sikit2 mama...tadikan kat sekolah ayin mls nk spell...mama...tadi aisyah kena gigit dengan dekna...ibu...abang chik tak nak bagi adam main game dia..ibu...bibit tendang abang chik....ibu tu mak sedara dia (akak aku). Semua salah orang la..salah dia sikit pun dia tak report. Kepochi sungguh la....

Tahun depan april dh 5 tahun. Kejap je. Serik nak beranak aku ada lagi dia dh nak abis pre-school. Owh tahun depan nak kena daftarkan dia sekolah rendah.

Adam...jangan la cepat sangat membesar, nanti mama x leh nak gomol2 tickle2 adam lagi...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, August 5, 2011

haha menggelabah kau!

Salam...

menggelabah jap dapat notification dai nuffnang telling me to updat more frequent. Hahah menggelupur kau.

Bukan taknak update, tapi aku ni belek2 tepon terus je ke FB. Lebih kerap merempan kat situ. And satulagi masa sangat la bernilai sekarang ni, berbisnes kecil-kecilan macam ni la. Aku la bos aku la kuli. Penat tapi berbaloi-baloi.

Aku ni sangat la berimaginasi nak bukak bakery shop, feeling2 macam DC cupcake tu (even diorang jual cupcake and drinks sahaja). Tapi tu la...kalau bakery shop nak kena mengukuhkan ilmu pasal roti segala mak nenenk bakery. Ewahhh berangan sampai ke situ. Tak salah berangan pun kan....mana tau ada rezeki dapat bukak kecil-kecilan pun ok la kan???



Personally aku rasa kalau aku nak bukak kedai aku penat melampau. Hoi apa la..nak duit nak bisnes tapi takut penat. Ye la..aku ni kan badak air saiz xs (boleh imagine?) penat tau nak ke hulu ke hilir. Diet? penat dah..sampai aku ni ada gastrik yang kronik. Puasa dah 5 hari ni pun tiap2 hari sakit perut, tapi bila dah selalu tu macam rasa lantak la kau sakit perut...malas nak layan!

Pernah tengok The cupcake girls? Owner of the cupcake shop yang tak tau baking langsung, gambel bukak kedai cupcake. That series inspires me too> tapi takleh lawan DC Cupcakes, lagi satu Cake Boss.





Harini lagi satu tiring day. Weekend adalah hari aku pagi petang siang malam duduk dapur baking baking baking baking dan baking lagi. Selalunya 10 adunan sehari suntuk.

Ni sekarang pegi opis pun half hearted sebab nak habiskan saki baki hari bekerja. 11hb nanti aku start cuti panjang. Tu lagi la full swing baking exactly lepas hantar adam gi sekolah. Berenti solat je, nak makan takleh...hehehe.

ok, enuff said. Nak buat keje lain.

Wednesday, August 3, 2011

Spicy chicken tortilla

Hari ni mexicano menu. Aku buat spicy chicken tortilla. Tortilla bread aku beli ready made kat giant. Filling sendiri bikin.

Nak share recipe ngan korang, saja gatal2 nak post recipe, sedap je kat tekak aku ni.

Bahan:
Sekeping dada ayam potong memanjang (strip)
Sebiji kentang sederhana besar, direbus, agak3 empuk angkat then potong dadu
Setengah biji capcicum hijau, merah, kuning dicincang
Setengah biji bawang holland dicincang
Dua sudu the cili blend (ikut tahap nak pedas mana)
Dua sudu the olive oil.
Sebiji tomato didadu
Tortilla 3 keping.
Thousand island dressing
Mayonnaise
Feta cheese (optional)

Cara2:
Ayam tu di grill guna non stick pan for about 7 minutes. Ketepikan. Panaskan kuali, letak minyak. Masukkan bawang, layukan sikit. Masuk cili blend, goreng jap.Then masuk semua capsicum dan kentang yang didadu (jgn dadu kecik2 macam inti karipap tu, dadu besar2). Gaul rata. Jgn gaul kerap sangat. Nanti kentang hancur. Masukkan grilled chicken strip tadi, gaul lagi. Put all the seasoning. Gaul 2 minit, siap!

Cara nak gulung:

Sapu sebelah tortilla dengan feta cheese. Mula pada hujung tortilla bread, Letak salad kalau nak, letak inti yang dimasak tadi, taburkan tomato. Dressing dengan thousand island, mayonnaise. Tabur sikit pepper. Then gulung ala2 popia atau ala2 pocket full kfc, pastu ngap la.....

Try la ye. Dijamin sedap
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone