Thursday, February 17, 2011

Kemalasan melanda

Hmmm nak update tapi akurasa life aku monotonous la skrg ni...tak de apa yang menarik.

Esok kena pegi Kuantan. Ada kursus TOT (Training for Traines). So kesana sampai hari ahad. Malam ni ngajar sampai pukul 10 malam. Ada kelas ganti. Sebab esok patutnya ada kelas tapi dah nak ke kuantan, kenalah gantikan kelas kalo tak kesian student.

Semalam sempat buat blueberry cheese tart and fruit tartlets ada orang order. Customer baru, harap2 dia puas hati.

So, tadi hantar tart kat Bukit Bandaraya, Shah Alam. Rumah umang aihhhh cantik2. Harga not bad starting from RM370K...aku mulalah membuak2 nak beli rumah, bila tgk web perbendaharaan perumahan anggaran bayaran dalam RM1632...wallahhhhhh umah skrg RM600 je. Ye kedekut di situ. Gaji aku tak besar mana, so Rm1600 disamping utang yang lain agak parah disitu. I love ampang so much, dah selesa kat situ.

So, perut dah bunyik la nak gi makan.

Tuesday, February 15, 2011

I don't mean to laugh

Kejadian took place at electrical appliances section, jusco wangsa maju.

antara abang baju belang (A) ngan salesgirl (S)

A: hmmm ok la ni, cantik. Rambut ada?
S: ha? Apaa dia?
A: Rambut (sambil tangan menggayakan aksi)
S: ohhh remote...
A: aaaa remote

Aku kat belakang takleh blah...nak berdekah kat situ gak.

Kalau tak reti x yah sebut la bang...cakap je alat kawal ke alat kontrol ke...apa kejadah beli dvd player tanya rambut...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, February 14, 2011

No heart feelings

Just nak meluahkan rasa je. Apa perlunya penyakit "hati" wujud dalam diri kita ni? Mempersoalkan qada' dan qadar Allah. Mempersoalkan rezeki yang diterima setiap makhluk yang wujud atas muka bumi ni?

Seseorang mungkin dikurnikan rezeki yang lebih dari satu segi tapi Allah kurangkan rezeki pada satu lagi segi. It's fair rite? Mungkin ko dikurniakan rezeki yang lebih dari segi zuriat tapi mungkin ko kurang rezeki dari segi lain kan?

Dulu aku mempersoalkan jugak apakejadahnya makna peribahasa "cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar"...now dah dewasa ni paham beno lah aku...

Peace no war...

Saturday, February 12, 2011

Ha Ha Ha

Babah : adik dah besar nak jadik apa dik?

Adam : humongousaur

Selamba dek je muka dia...adam, cukup la mama ngan babah je humongous dalam umah ni...

Nak tau apa humongousaur?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, February 10, 2011

Obsess

Anak buah aku kemaruk korea sampai nak g uji bakat menari lagu korea la pulak.

Susah kalau over-obsess ni, apa mak pak dia ckp semua x betul. Then dah pandai nak pegi ngan kengkawan je without adult's supervision (adults tu refer to makciks dia la).

Selalunya anak buah aku tu akan pegi berjimba ngan makcik2 dia je, kawan2 ni dia kureng sikit la nak kuar2 ni...sekarang dh pandai suruh mak dia drop kt lrt station nak g sg wang sendiri...gila ke nak bagi lepas camtu je.

Haihhh sian kakak aku
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, February 9, 2011

Unfinish business

Semalam dah gi interview...dengan 2 orang professor dan dekan fakulti..

takut ya hamat, sekalitu borak-borak je. Nak tau dah dapat supervisor ke blom, ada dapat conditional offer dari mana-mana U ke, dah buat IELTS ke blom..apsal nak gi U yang ni, tak nak g obersi ke.....bla bla bla bla...

So, insya allah sinar di hujung terowong sebab aku pilih local U sahaja. takleh gi jauh anak dah besar dan husband juga :P

and husband pun keje dah stabil so kesian dia nak kena mula dari bawah pulak kalo balik dari obersi nanti. maka dengan hati yang terpilu cakap nak sambung kat UTM saja (hohoh UTM tetap dihati habis aku hangkut dari diploma sampai PhD buat kat UTM).

Satu saja business belum dilaksanakan iaitu...IELTS..dah kol IDP Subang, nak check tarikh yang available, ooo banyak lagi yang kosong...tapi purse pun kosong tiada gunanya. Nak daftar RM550 ye puan-puan...di saat duit nipis sebab sakit tak kujangka itu maka semua urusan melibatkan duit kecuali minyak keta,tol dan duit makan harus diketepikan. Maybe bulan Mac la baru amek IELTS tu.

Haruslah menggelabah lagi sekali sebab ada satu komponen speaking untuk test tu....huhahahhahaha

Tuesday, February 8, 2011

Journey to PhD

actually harini petang pukul 2.30 ada interview ngan pihak scholarship and vice chancellor pasal scholar PhD. Aku dah prepare dokumen tapi mind tak set betul lagi....makan ubat kepala hotak ngan mata layu je. Pasrah je la...hopefully diorang tak suruh present lagi dah la...