Friday, August 5, 2011

haha menggelabah kau!

Salam...

menggelabah jap dapat notification dai nuffnang telling me to updat more frequent. Hahah menggelupur kau.

Bukan taknak update, tapi aku ni belek2 tepon terus je ke FB. Lebih kerap merempan kat situ. And satulagi masa sangat la bernilai sekarang ni, berbisnes kecil-kecilan macam ni la. Aku la bos aku la kuli. Penat tapi berbaloi-baloi.

Aku ni sangat la berimaginasi nak bukak bakery shop, feeling2 macam DC cupcake tu (even diorang jual cupcake and drinks sahaja). Tapi tu la...kalau bakery shop nak kena mengukuhkan ilmu pasal roti segala mak nenenk bakery. Ewahhh berangan sampai ke situ. Tak salah berangan pun kan....mana tau ada rezeki dapat bukak kecil-kecilan pun ok la kan???



Personally aku rasa kalau aku nak bukak kedai aku penat melampau. Hoi apa la..nak duit nak bisnes tapi takut penat. Ye la..aku ni kan badak air saiz xs (boleh imagine?) penat tau nak ke hulu ke hilir. Diet? penat dah..sampai aku ni ada gastrik yang kronik. Puasa dah 5 hari ni pun tiap2 hari sakit perut, tapi bila dah selalu tu macam rasa lantak la kau sakit perut...malas nak layan!

Pernah tengok The cupcake girls? Owner of the cupcake shop yang tak tau baking langsung, gambel bukak kedai cupcake. That series inspires me too> tapi takleh lawan DC Cupcakes, lagi satu Cake Boss.





Harini lagi satu tiring day. Weekend adalah hari aku pagi petang siang malam duduk dapur baking baking baking baking dan baking lagi. Selalunya 10 adunan sehari suntuk.

Ni sekarang pegi opis pun half hearted sebab nak habiskan saki baki hari bekerja. 11hb nanti aku start cuti panjang. Tu lagi la full swing baking exactly lepas hantar adam gi sekolah. Berenti solat je, nak makan takleh...hehehe.

ok, enuff said. Nak buat keje lain.

Wednesday, August 3, 2011

Spicy chicken tortilla

Hari ni mexicano menu. Aku buat spicy chicken tortilla. Tortilla bread aku beli ready made kat giant. Filling sendiri bikin.

Nak share recipe ngan korang, saja gatal2 nak post recipe, sedap je kat tekak aku ni.

Bahan:
Sekeping dada ayam potong memanjang (strip)
Sebiji kentang sederhana besar, direbus, agak3 empuk angkat then potong dadu
Setengah biji capcicum hijau, merah, kuning dicincang
Setengah biji bawang holland dicincang
Dua sudu the cili blend (ikut tahap nak pedas mana)
Dua sudu the olive oil.
Sebiji tomato didadu
Tortilla 3 keping.
Thousand island dressing
Mayonnaise
Feta cheese (optional)

Cara2:
Ayam tu di grill guna non stick pan for about 7 minutes. Ketepikan. Panaskan kuali, letak minyak. Masukkan bawang, layukan sikit. Masuk cili blend, goreng jap.Then masuk semua capsicum dan kentang yang didadu (jgn dadu kecik2 macam inti karipap tu, dadu besar2). Gaul rata. Jgn gaul kerap sangat. Nanti kentang hancur. Masukkan grilled chicken strip tadi, gaul lagi. Put all the seasoning. Gaul 2 minit, siap!

Cara nak gulung:

Sapu sebelah tortilla dengan feta cheese. Mula pada hujung tortilla bread, Letak salad kalau nak, letak inti yang dimasak tadi, taburkan tomato. Dressing dengan thousand island, mayonnaise. Tabur sikit pepper. Then gulung ala2 popia atau ala2 pocket full kfc, pastu ngap la.....

Try la ye. Dijamin sedap
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, July 12, 2011

Alhamdulillah...

Sudah dapat offer letter sambung belajar. Just nak tggu result english test.

I'll be in jb occasionally since my supervisor will not be coming to kl...

I am just hoping there'll be a smooth journey for me for the coming 3 years from now. Pray the best!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, July 5, 2011

Sample biskut raya

Tengah giat menyiapkan sample biskut raya. Aku buat 2 jenis je, takleh nak buat banyak2 sebab nanti tak terkejar.

Buat choc chip & nuts cookies, satu lagi cornflakes chocolates. Jual pun murah2 je cookies rm20 for approx. 60 pieces (sebotol), choc cornflakes tu rm20 for 50 pieces. Esok la aku upload gambarnya. Cookies tu tahun lepas lagi aku dh start jual, dapat jual dalam 80 botol, alhamdulillah. Cornflakes tu dpt jual 40 botol, pun alhamdulillah. So, dpt sambutan tu yang tahun ni aku jual lagi.

Nak order? Drop comments je atau email kat mazzuana5962@gmail.com. Area KL ni aku deliver FOC je.

Ok, nak mandi, solat maghrib pastu masak dinner pulak.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, June 23, 2011

ahahahahahahah

giler lama tak update blog.

Aku banyak berfb dari ber blog. Blog pastry pun lama tak update. Sejak balik dari umrah tak gear up la. Actually banyak hal keje yang nak di settle down before aku officially cuti belajar. Probably minggu kedua puasa aku dah start cuti and masuk keje balik on 1 September 2014. Itu pun kalau tak extend, kalau extend lagi sethun maknanya tahun 2015. Oh scary memikirkan wor extend tu. Mintak jauh.

Semalam sangap yang tak terhingga sampai aku rasa nak tersungkur tido dah. Last2 chow pukl 4.30. Nak tunggu asar yang lagi beberapa minit tu pun dah tak mampu.

***break kejap ada hal*****

ok sambung, sekarang ni student cuti, Tapi cuti yang sangaaaaaatttt panjang. 4 bulan ko, sangap nak tunggu. So sementara nak menghabiskan cuti aku sampai bulan posa ni, melengu la kat opis. Nak kemas barang pun tak de mood. Actually banyak benda nak kena settle. Nak kena isib orang agreement, gi matikan setem, jumpa dekan mintak sign borang apa yang patut, buat list handover keje ngan notes utk semester depan. haiyoooo countless ikutkan. Tapi malas menguasai diri, wahhh!

Nak sopink pun ala-ala semput je bulan ni, nak bayar macam2, medical check-up je dah berapa hengget. Nasib baik tiga organisasi punya boleh buat sekali harung, sekali bayar je. Kalau tiga kali bayar tak kopak mintak sedekah tepi jalan haku???

oklah, tetiba banyak keje, nanti2 story lagi

Tuesday, June 14, 2011

Am I?

My colleague said.....

'You're snappy'....

I was stunned and blankly smiles to her. In my mind, I keep thinking of what she said....am I?




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, June 13, 2011

Halluuuuuuu

Salam,

I'm safely back for business.

Overall the umrah was great!

Now I'm going bonkers as my sleeping time going haywire.

Later peeps!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone