Friday, August 5, 2011

haha menggelabah kau!

Salam...

menggelabah jap dapat notification dai nuffnang telling me to updat more frequent. Hahah menggelupur kau.

Bukan taknak update, tapi aku ni belek2 tepon terus je ke FB. Lebih kerap merempan kat situ. And satulagi masa sangat la bernilai sekarang ni, berbisnes kecil-kecilan macam ni la. Aku la bos aku la kuli. Penat tapi berbaloi-baloi.

Aku ni sangat la berimaginasi nak bukak bakery shop, feeling2 macam DC cupcake tu (even diorang jual cupcake and drinks sahaja). Tapi tu la...kalau bakery shop nak kena mengukuhkan ilmu pasal roti segala mak nenenk bakery. Ewahhh berangan sampai ke situ. Tak salah berangan pun kan....mana tau ada rezeki dapat bukak kecil-kecilan pun ok la kan???



Personally aku rasa kalau aku nak bukak kedai aku penat melampau. Hoi apa la..nak duit nak bisnes tapi takut penat. Ye la..aku ni kan badak air saiz xs (boleh imagine?) penat tau nak ke hulu ke hilir. Diet? penat dah..sampai aku ni ada gastrik yang kronik. Puasa dah 5 hari ni pun tiap2 hari sakit perut, tapi bila dah selalu tu macam rasa lantak la kau sakit perut...malas nak layan!

Pernah tengok The cupcake girls? Owner of the cupcake shop yang tak tau baking langsung, gambel bukak kedai cupcake. That series inspires me too> tapi takleh lawan DC Cupcakes, lagi satu Cake Boss.





Harini lagi satu tiring day. Weekend adalah hari aku pagi petang siang malam duduk dapur baking baking baking baking dan baking lagi. Selalunya 10 adunan sehari suntuk.

Ni sekarang pegi opis pun half hearted sebab nak habiskan saki baki hari bekerja. 11hb nanti aku start cuti panjang. Tu lagi la full swing baking exactly lepas hantar adam gi sekolah. Berenti solat je, nak makan takleh...hehehe.

ok, enuff said. Nak buat keje lain.

No comments: