Sana sini citer pasal persiapan raya aku pun nak citer gak la..
Ok, mulakan dengan Adam...the litle minister. Baju raya dia dah settle awal lagi...Seluar jeans 3 helai, baju t-shirt 5 helai baju melayu pakai yang masa mak su dia kawen, jimat duit haku...babah dia pun sama...aku je la yang baju kurung baru. Sampin dah beli kat KAS Tailor sebelah ariani shah alam, murah je...RM20 hengget. Babahnya blom lagi. Songkok aku nak kena carik celah bedah mana aku letak ntah....
Aku pulak...kain buat baju en rais dah bagi duit beli 3 pasang...sepasang untuk raya yang 3 lagi untuk gi keje la....aku beli sendiri Thai Silk ngan kain kotak2 (evergreen sungguh pattern kotak-kotak ni ek?)..yang tu je tailor tengah bertungkus lumus siapkan...minggu depan dapat la kot. tinggal nak carik tudung je. yang tudung nak kena tunggu kakak aku ngan mak aku punya baju siap. Sebab aku nak belikan tudung diorang sekali. So KIV dulu la...pegi ariani Kl je lepas berbuka nanti...senang. Blouse dah sempurna pembeliannya semalam kat Jusco. beli brand Arcadia sebab yang kat situ je aku berkenan. Yang lain hampeh. Seluar dah beli dah.
Kuih raya? Aku buat 3 jenis campur 2 jenis yang aku jual tu, aku tambah biskut cornflakes je. Pastu beli tart nenas sedap melampau kat colleague. Itu sahaja. Malam raya nanti pegi jalan TAR borong kacang ngan kerepek. Done.
Nak gi KK Home Deco nak beli balang kuih. Ni untuk feeling raya je ni. Umah aku bukan ada orang datang pun, tunggu buat makan-makan ajak student la baru ada pengunjung...Langsir as previous post siap 2 minggu lepas raya...no hal.
Esok nak gi Sogo nak belikan anak buah aku baju ngan seluar sorang sehelai.
Sekian, astalavista bebeh.
No comments:
Post a Comment