Monday, May 24, 2010

Cerita Sukan Adam

Owh sungguh penat kesimpulannya...

Sebab...

Aku sekali kena berlari-lari anak kutipkan buah then gantung kat dada dia...yang dia dok melalak meleh-leleh air mata sedih...haiyoooo......

Adam menangis almost sepanjang acara uols..bukan menangis diam-diam okeh..ni menangis stok kena rotan ngan rotan besar lengan aku....geram tau. Penat pun ye jugak..dah le panas-kejap ujan-panas...Anak orang lain ok je berlari-larian, marching dengan happynya...anak haku??? melalak.....uwaaaaaaaa nak mama adammmmm...nak mama adammmmmmm....penat teacher dia pujuk.

Lepas acara mengutip stoberi sangkut di dada, rehat jap then aku songlap anak aku ngan anak-anak buah masuk pintu belakang school keluar kat pintu depan..pastu senyap-senyap balik umah...owh heaven kena air-cond dalam keta...

Pengajaran nya ialah : tahun akan datang, sila hantar adam awal kat sekolah suruh dia naik bas bersama kawan-kawan dia dan aku and en rais datang senyap-senyap camouflagekan diri supaya dia tak nampak. Tips ini akan dipraktikkan masa konsert ujung tahun nanti.

No comments: