Monday, April 19, 2010

Weekend...

Hari sabtu bermula dengan perjalanan menaiki LRT menuju ke Bandar Tun Razak. My hubby nak naik kereta to his office that day, and i wanted to go to my mom's using my own car. Petang tu nak gi umah in-laws pulak, sebab my BIl yang baru dapat baby nak bawak baby dia...so nak tengok la kan...abih cemana kalo dua kereta sekali nak pegi sana....then i opt for LRT..lagipun adam nak sangat naik LRT...so rasakan...drop us kat Ampang station..adam sangat behave dalam LRT. Sampai LRT naik cab ke rumah my parents.

Malamnya takde buat apa, aku layan adam main-main ultraman-raksasa ngan dia, sementara babah dia layan bola Mu lawan Man. City kan...sempat goreng mihun. Itu je la dinner kami.

AHAD - bermula dengan breakfast hunting. Memula nak gi makan nasik lemak and roti canai yang sedap kat keramat. Plan lepas tu nak pegi bakery supplier shop nak try buat cupcake untuk adam...torn between shop in melawati or taman cahaya. Dah kat MRR2 tu my hubby terus ajak makan nasik lemak kat medan selera baru Melawati. Sekali tutup pulak...so pegi kat medan selera lama. Then pegi Bagus Bakeri Solution Center beli barang-barang. Beli punya beli ha kauuuu RM122 ntah hapa-hapa yang aku beli.

So, balik berehat-rehat. We all skip lunch sebab breakfast dah makan berat. Adam tido shortly after that, aku pun start la pre-heat oven and bancuh segala mak nenek tepung telur mentega bagai..alter sana sini..nak jadikkan kek strawberry kan..so alhamdulillah...naik tembam kemain cupcake i...buat icing..for me, i love fresh cream..so buat fresh cream and letak kaler sikit, bancuh decoration gel segala...dan dan adam bangun terus menempek kat aku nak menyibuk. Asal aku buat siap satu deco, dia balun....dia balun krim tu je, pastu pipe sendiri icing bila dah abis kat kek dia. Dalam pada berebut-rebut buat keje tu siap jugak...dalam pada siap tu dah 5 cupcake adam balun...comot kemain.

ok tak? Amatur ni..

So, dah siap cupcake, kemas rumah pulak. Ni sambil aku mem-baking cake dia sibuk kemas rumah, re-arrange furniture dalam 2nd room...lantak kan dia...so, aku berehat-rehat atas sofa sebab sakit pinggang.

Rehat-rehat kejap dah pukul 4 petang. My sis call ajak makan kat Victoria Station Ampang. So, 5.30 siap-siap 20 minit kemudian sampai kat sana. My sis dah order Pacific Ocean's Lobster (yo yo je datang dari lautan pasifik, ntah-ntah tu ha sungai sarawak...hahahha). Order mixed grill and chocolate cake for adam. Kenyang nak terbarai perut dah..makan tak habis...lobster tu tapau je. Kakak aku pegi order sampai 2 set. Dah kenyang time bayar terbeliak mata aku RM617.90 (bagi aku sangat mahal ok makanan tak sedap mana, lamb rasa 'kambing' and ada bau...beef ada rasa lembu kena jemur)...sikit lagi boleh bayar instalment keta aku...hahahhaha...tima kasih kak zura..lenkali boleh belanja lagi...huahhahahhah

Dia dah pandai suap sendiri...kalau kotor mulut sikit, lap pakai napkin tu...tergelak aku tengok gelagat dia ni.


Ni mixed grill yang rasa kambing dan lembu kena jemur itu...


In Real lagi besar tau...Sebelah cheese lobster, sebelah lagi garlic lobster

Balik tu habiskan kemas rumah...sidai kain basuh kain yang balance-balance mandi petang sebelum keluar tu...dalam 10.30 malam my In-Laws datang...sebenarnya my SIL yang preggy tu nak amek blouse-blouse aku masa pregnant dulu...sayang pakai kejap-kejap je. So bagi kat dia...aku try la pakai a few baju tu...mak aiii macam sarung nangka tang lengan you....mak aiiii aku ni kalau gemuk memang naik kat lengan...tang pinggang perut wahhhhh longgarrrr....huishhh tak boleh terima kenyataan ni. Dah in-laws aku datang tu bagi diorang makan lobster tu...habis sap sap soiii biras aku kejekan...then diorang balik dalam 11.30...kemas-kemas pinggan aku pun ZzzzzZZzzz...

Begitulah aktiviti kami sekeluarga pada hari sabtu dan ahad.....

No comments: