Aku tak lena tido malam lagi..semalam terjaga dari pukul 2 sampai pukul 4.30pg...apa yang aku pikirkan???
Actually peti ais aku rosak. Ingat gas abis. Bila pikir-pikir balik gas fridge bukannya senang nak abis kan melainkan bocor. Ye la peti ais tu sama umur ngan my marriage. Maknanya baru 4 tahun.
Nak tak nak balik keje isnin tu aku ngan abang meronda bandar Baru Ampang carik kedai mana boleh baiki. Pegi la kedai letrik ni. Then orang tu tanya, pintu ngan badan peti ais tu panas tak? Aku cakap tak..then orang tu cakap ke angkut peti ais tu ke kedai sebab diorang nak buat thorough checking. Kena charge transportation RM45.Aku okay lagi walaupun poket aku memang nipis ya amat sekarang ni.
Maka balik umah, abang arrangekan ngan guard bagitau lori nak masuk pekejadah semua la. Aku bawak adam naik umah then start kemas peti ais tu. Keluarkan barng-barang semua. Sedih betul bila udang frozen beli kat KK tu dah cair, nugget, chicken fingers, daging burger semua cair dah. Tapi yang magicnya, tak de bau langsung okehhhh....wah bangga di situ. Bagusla peti ais tu tak sia-sia aku beli ko mahal-mahal. Then amek baldi letak barang-barang. Udang tu aku bahagi 3. Bagi MIL, adik ipar ngan aku amek seploh ekor nak buat butter prawn untuk abang. Aku tak makan udang tak kesah sangatla...Habis semua frozen food aku bagi adik ipar aku. Yang tinggal memang botol sos, kicap, sos tiram, marjerin, dan sewaktu dengannya je.
Then orang kedai tu datang. Semalam diorang call abang kata motor peti ais tu yang jahanam. And harga nak repair buat aku terkedu...RM450...di saat ekonomi genting ni aku memang terpana dan terdiam (ecewah ayat tak tahan)sekejap la. Abang perasan aku terdiam, terus dia cakap tak pe lah dia keluarkan duit dia. Aku bukan apa, tengah semak dengan nak kena gi terengganu minggu ni, nak pakai duit lagi, balik sabah haritu habis duit aku dah...takpe, peti ais tu amek masa seminggu nak siap. Sempat gaji aku minggu depan. Kena share la sket duit repair tu. tak patut aku biar abang sorang. Kitorang bukannya kaya raya duit boleh tabur suka-suka ati.
Makanya, malam tu aku terkenang-kenang yang minggu ni memang minggu tak best untuk aku. memacam jadik bermula dengan monday blues aku tu, peti ais rosak pulak...kena makan kat luar je hari-hari sampai ok balik peti ais tu...Aku kenang banyak nyer nak pakai duit bulan depan nih. Tapi best gak sebab claim aku masuk ribu ribu by 15th next month. Lega sikit. Tengah hazab berpoket nipis, tpuch n go pulak tinggal 50 sen. tu tak leh nak cakap apa la, kang ada yang jalan kaki pegi keje.
Haiii...macam-macam la nak jadi.
12 comments:
kami prnh gak petiais time duit tak der nieh .. hazabbbbbbbbbbb .. sabr ye maszz .. mazz nanti free leh email info bandung tue kat kita k .. email idola008@yahoo.com .. Thanks ;-)
peti ais rosak memang susah. ngan barang2 dlm peti tu yang byk giler. kalau aku hangin gak. dah lah nak kena pk duit lagi..huhu..tapi yang bestnye dapat makan luar tiap2 hari..hehehehe
aku silap post atas nama orang len tadi. hehehe..
peti ais rosak memang susah. ngan barang2 dlm peti tu yang byk giler. kalau aku hangin gak. dah lah nak kena pk duit lagi..huhu..tapi yang bestnye dapat makan luar tiap2 hari..hehehehe
cool bebeh ;)
diana : nanti kita email k...yahoo skrg sangatla problem
noniey : tu la, poket tgh kempis ni pulak susah berganda-ganda
eza: i'm trying to be cool.....huhuhu :P
aku pun penah merasainyer.. time bulan pose plak tu.. sabo mazz...
hi maz, jom kite kepochic2 balik kat blog. best gak ada blog ni.. hehe. aku pun ala2 kayap bulan ni dgn pengantin sana-sini , then service kete lagi. ni nk ready melabur kat ikea lak for future planning..tapi best gak semput2 camni. challenging sikit nk menunggu claim.. keke
ala siannye...sabo byk2 ye mazz
yurn - rasa nak fengsan kan malang bertubi-tubi
yulie-keje ko dah okeh? dah dapat casa baru la ni, nak spend kat ikea bagai..
kak gee - kena sabo extra mextra ni...
mazz,bukan ke motor peti ais waranty 5 thn?
peti ais dolu-dolu maximum warranty 3 tahun je ana....hangin jek aku...lately ni yang ada extended warranty 5 years
salam,
so apa sakitnya peti sejuk tu?
Post a Comment