Okay...hari kedua dimulakan dengan breakfast yang dibuat oleh bibik tuan rumah iaitu fried rice with smoked chicken...hmm...sedapppp...
Pastu pukul 8 pagi camtu pak supir datang amek kitorang nak gi Gunung Tangkuban Perahu. Aku tau kat area tu sejuk sebab kat area Dagi itself dah sejuk...Rumah diorang kipas tu sebagai perhiasan jek..naturally cold breeze, tapi best pulak. Kebetulan musim kitorang pergi ni musim hujan and sejuk...nanti bulan 4-6 musim panas pulak...Sebelum ke tangkuban perahu, hantar baju gi laundry dulu. Rp1000 per kilo..murah giler babeng....
So, perjalanan ke gunung tu dalam 30km from Bandung town. Kiri kanan nampak perkampungan ala-ala setinggan yang ya ampun sesak and semak sekali...Aku terbayang area Lembah Jaya, Ampang (dekat bukit belacan) yang penuh warga indonesia..sebijik la macam kat Bandung tu. On the way naik turun bukit gunung tu nampak la along the way gerai-gerai jual buah avokado and labu Halloween (kaler oren tau, bukan cam Mesia kaler ijau labunya) and sayur-sayur lain. Macam kat Cameron la camtu..then sampai kat atas gunung. But before that the admission fees is Rp35,000 per person..for adult la..then dalam masa seploh minit camtu sampai la puncaknya...before sampai puncak ada satu tourist spot which is kawah kecil yang suhu air panas dia boleh rebus telur within 5 minit, gerenti masak punya..nak rendam kaki pun boleh tapi bukan kat kawah tu, kawah satu lagi...gila ko nanti jadik steamboat lak kaki korang...dari situ boleh gak jungle trekking naik ke kawah utama..kitorang terus jek suruh pak supir drive sampai kat atas kat kawah utama tu...bila sampai atas jauh lagi dah bau kentut...hahahha busuk betul, bau sulfur kuat giler....then kitorang turun dah kena serbu ngan penjaja kat situ..memacam la diorang jual...dari stroberi sampai ke topi bulu, postcard ke key chain...kena pandai bargain...ada gak jual rantai-rantai dari batu gunung tu..ntah betul ntah idak layan je la...
Kat atas tu ada gak tourist guide yang memang kerja dengan kerajaan indonesia...satu group tourist sorang akan guide, end of tour nanti ko sedekah la tips sket kat dia...lulusan sarjana (degree kat sana) tapi gaji diorang RM700...sedih betul...ada gak photography polaroid Rp30,000..ko nak senyum tangkap gambo pun segan2 jek sebab punyala ramai yang nengok ko bergambar...hahahha..
Kiotorang spend masa kat atas tu ada la dekat sejam..aku beli stroberi yang memula nak jual 2 tray Rp100,000 gler mahai..convert RM dalam 15 hengget...pekejedah stroberi 15 hengget per tray...last2 bila nak balik dia bagi berapa tau...4 tray Rp100,000...huhuhuhu yahooo...pastu ko dah beli kat sorang ni, semua akan nak serbu suruh beli barang diorang pulak....ubat dia, buat dek jek...
Pas dah sopink souvenir sket, kitorang terus ajak pak supir balik town, nak sopink...On the way turun, jumpa penjual bunga-bungaan pulak..carnation tanam dalam pasu jek ko...orkid macam-macam kaler, kalo mak aku ikut mau dia nak tinggal jek kat kebun orkid kat situ. Kitorang singgah salah satu resort paling mahal kat bandung. Chalet type. nama resort tu SapuLidi Resort & Cafe..Harga chalet kat situ dari Rp3 juta ke atas. Cafe dia keliling sawah padi you...kitorang jalan-jalan bawak adam tengok fish sebab keliling chalet tasik nampak cam chalet ko terapung gitu. Makan kat cafe dia pun tak mahal sangat...light snack je...
Us at SapuLidi Resort..tengok gaya anak bujang aku...hahahha
Dah puas jalan, ujan dah rintik-rintik. Terus jek masuk town bandung. Pak Supir rasmikan acara sopink kami dengan mengunjungi Outlet bernama Grande. Sebab kat situ ikan dia besar-besar so adam boleh main ikan sementara kitorang sopink. Ikan Kap dia besar betis aku ni ha (betis aku gajah type ok!)..adam bagi makan sambil usap-usap ikan tu...tak takut langsung. Yang orang keliling dah jerit jerit manja tengok adam kemain lagi main ikan. habis basah baju dia bau air ikan..uwek!
Kat Grande Outlet..Adam with all the fishes...
Kat grande aku beli suar pendek converse abang...harga RP69,000. Nak convert RM bahagi 3 yer..so dalam RM23 jek...cantik..seb baik saiz dia ada satu kaler jek. Kalo tak abis aku rembat. Aku sempat gak beli lukisan 3 keping dapat Rp10 ribu satu. PAtu beli yang besar Rp110 ribu. Tapi sedih sebab yang besar tu tertinggal dalam taxi LCTT yang hantar kitorang balik. Pastu keluar jalan pegi JetSet Outlet pulak. kat sini aku borong baju adam ngan anak-anak buah. Banyak choice compared Grande. Beli baju Gap, OshKosh, Old navy, Ralph Lauren. Then pegi Blossom Outlet. Kat sini beli baju bebudak lagi. Beli Sweater Thomas untuk adam. Aku punya belum jumpa yang sesuai.
Pastu aku sibuk bising-bisng nak pegi Rumah Mode. 3 kali lalu tadi tapi tak singgah lagi....huhuhuhu mana tahan. So, pegi Rumah Mode. Yang ni up to date sket fashion nyer. Heaven for women apparels. Men pun okay. Kat sini aku lama sket. Aku beli jam, beli blouse Esprit..nak beli lagi sebenarnya tapi tak jumpa saiz aku dah...so, kat situ dalam 2jam setengah. Habis round rumah mode, makan dulu. Kitorang makan nasik padang pulak. Harga boleh tahan. Tak mahal mana, tak murah jugak.
Then kami ke Toko Tiga. Kat sini tempat beli jeans Levi's. Akhirnya aku dapat gak sehelai Levi's. Kat Mesia nak beli jeans levis saiz besar mau orang tu temgok aku tas bawah ulang-ulang kali. Skeptikal betul. So, harganya Levis 512 Rp299,000. Abang beli satu jugak. Budak kecik takde. So adamnya tak de la. Kat sini si adam boleh pulak pegi pegang lampu spot light, habis melecur jari dia. Tapi nakal tak kurang sikit pun. Kluar situ kitorang ke jalan Riau pulak. Ke Heritage Outlet. Kat sini tak beli apa, just tengok-tengok. Pegi outlet sebelah dia, cascade outlet. Abang beli seluar pierre cardin sehelai. Then balik, makan malam pulak. Kitorang makan kat Food Kiosk tak tau area mana, tapi depan satu shopping mall. KAt sini stal concept, order kat waiter dia jek..nanti tau-tau makanan ko sampai jek. Abis makan balik la...
Ni kan..toilet kat dalam Cascade Outlet..toilet diorang kat sana bersihhhh and cantik
Itu journey for 2nd day...pegi but van kosong jek. balik tu mak aiii...penuhhhh...
Ini tangkapan hari itu...huhuhuh
2 comments:
Upload la gambar tempat shopping. Teruja aku wehhh!! Tapi baiknya adam, kau shopping lama gile dia tak merengek2 pulak?
dia sibuk pilih barang jugak...takpun laki aku ngan pak supir layan dia main playgroud or bagi makan ikan...gambo tempat sopink takde..sebab ralit sopink tak sempat de nak snap...
Post a Comment