Wednesday, December 31, 2008

Living In The Kepochi Territory..what a heck!

Kisahnya bermula macam ni..let me flashed back a bit..

neighbourhood mak aku ni bukan macam neighbourhood mak-mak korang (aku rasa la)...being me who was born and raised in BANDAR TUN RAZAK..a sub-urban small town which consist of low and medium income community...makanya lorong rumah mak aku ni ramai yang terdiri dariada budak-budak sebaya yang boleh aku katakan tak bersekolah tinggi and kurengggg sket dari segi attitudenya...dalam lorong mak aku tu, rumah mak aku je yang anak-anaknya mempunyai tertiary education..yang lain hancooorrrr...kecuali ada satu family yang agak baru dok situ which anak dia belaja diploma kat uitm...u just imagine..

Semalam, aku pegi amek abang kat LRT, tetiba bila balik aku tengok bapak aku tengah pegang batang kayu mop lantai tu and dua lagi jiran aku tengah memekik-mekik merambu cakap hapa ntah...aku pun terus je free gear tarik hand break lari gi leraikan bapak aku...rupanya-rupanya gaduh pasal apa tau....anak jiran aku ni main bola purposely pegi tendang bola tu ke kereta adik aku...this is not a fisrt time ok..dah berlekak lekuk keta adik aku tu belum campur awan larat bebudak buat kira-kira lagi atas body keta dia...adik aku ni keluar la tanya apsal main bola kat tempat parking keta..pegi la main bola kat padang bola tak jauh dari situ...anak jiran aku ni memang terkenal dengan mulut lancangnya...kalau perkataan B*B* and S*AL tu memang mainan bibir dia sekeluarga jek...adik aku tegur suruh pegi balik jangan main dah..boleh dia gi repot kat mak dia kata adik aku marah-marah dia...apa la...pastu kuarla pakcik budak ni (one of the family member la) cekak pinggang konon nak marah adik aku pulak la...tapi tak jadik sebab adik aku mendapat sokongan ramai bebudak kat situ yang kata memang budak tu saja tendang bola kat keta adik aku sebab pakcik dia yang poyo tu suruh....tapi dengan tak semena-mena mak ngan makcik budak ni pulak yang kemain lagi menempik-nempik marah dari rumah diorang tapi boleh dengar sampai kat umah aku (selang 2-3 rumah jek)...memekik kat luar tu..pastu yang bapak aku jadik naik hangin bila dia sentuh pasal anak adik aku..

FYI, anak adik aku, Airin, memang ada minor defect dari segi physical which telinga dia terkatup sebelah...keluar cuping jek, tak nampak lubang telinga la...tapi yang jadik isunya korang tau amende??? boleh dia marahkan adik aku (which is bapak airin ni) marah anak dia (dia kata marah la, adik aku kata tak marah pun..)dia pegi cakap ayat ni...

"MEMANG PADAN LA MUKA KAU ANAK TAK TELINGA SEBELAH, TU YANG DALAM PERUT TU NANTI KELUAR BIAR TAK DE TELINGA DUA-DUA BELAH"

tu yang kakak aku, and my father really pissed off...tapi adik aku ni kool jek, sebab malas dah nak dengar orang hina anak dia...sampaikan ke hal kakak aku amek anak angkat smeua dia jerit-jerit...weiiii...pehal ni? apasal nak masuk semua citer yang tak de kena-mengena ni...lama jugak lah and the situation is very-very the kecoh...Aku dok tarik ayah aku, adik aku pulak dok tarik kakak aku...

Tapi seriously aku sedih betul bila diorang hina anak buah aku..apa hak diorang nak hina kurniaan and ciptaan tuhan? tu la..kakak aku cakap selamba jek..biarlah dia cact sekalipun tapi cerdik tak macam korang yang badan gemok gedempol tapi tak ada otak!...aku nak gelak sebenarnya bila kakak aku cakap camtu..tapi lantakla..90% betul apa yang kakak aku cakap tu...

Pastu dulu, jadik satu isu kat lorong tu jugak which was initiated by this family also...pasalnya..diorang kata parking keta jadik penuh sebab penuh keta siblings aku...bukan nak kata apa, siblings aku semua 6..sorang satu keta, kecuali bapak si airin ni ada 2 bijik keta...bapak aku 2 bijik keta..maunya tak penuh...dah tentu2 la kitoang tak parking kat depan umah..gila ko..tak muat la..so parking la kat padang berhampiran tu yang dah jadik tempat parking keta rasmi lorong tu...hal keta tu pun jadik isu sampai tak bertegur sapa ko..diorang kata family aku ni orang kaya..tak nak campor orang situ dah...pehal ko??? tetiba jek nak cop orang sombong...

Belum lagi jiran-jiran pulau mak aku bila tau mak aku ada beli 2 bijik umah lain...ni nanti bila kerja-kerja renovation rumah mak aku mula..lagi la hot diorang ni..

Tapi bila pikir..lantakkan diorang....

3 comments:

i.s.z.a.n said...

haku hanya berbabi sial (sorry xpakai * bagai) di dalam blog sahaja..aku rasa teringin nak berbabi sial ngn sedara mulut lancang tu, pantangnyer bila org ungkit kekurangan diri & citer benda xde kaitan ni, bley berasap 1 badan aku koooooooooooooooo..hishhh

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
eZa said...

pe la kene org mlayu skang eh? x seda diri. aku pantang tul org2 cam gini. mcm bagus nk mengata anak org. anak sendiri? baik sgt ke kekdahnye? isk! dh mak bpk dh camtuh, cuba bygkan anak2 dia sok jd pe? ni la mlayu... sedih tul! :(