Monday, October 6, 2008

Cerita hari raya V2

okie sambung balik....

Raya Kedua

Hahah nak tau kitorang sefamily bangun kul berapa? Pukul 9 pagi..ngan adam sekali bangun lambat. Maka tak subuh la aku hari tu...boleh pulak adam tak bangun nak susu. Dah bangun kul 9 cemana nak balik kampung kul 10 ye tak? so, cepat-cepat siap mandi semua, bancuh susu adam, check again all the barangs...seems wverthing orait, then by 10.40 camtu kitorang keluar umah. bagitau guard kata umah kosong, isi borang apa yang patut then chaloh....

Mama ngan tie rack barunya..


Susah betul la nak snap gambo dia skrg ni


Tengah kaco baju babah


memang tak leh dok diam la dia nih

Oppss bukan terus menuju ke highway tapi menuju ke kedai mamak dahulu. Kita sapedek. Breakfast cum lunch la...so, aku ngan abang makan nasik siap-siap, suapkan adam sekali. Beli air, asam segala mak nenek, baru boleh balik ke kampung ngan amannya. Adam tertepis tangan aku, terkena la jari aku yang melecur tu kat pintu keta. Habis terkopek kulit mati tu. Dah pedih bangat pulak, cari handyplast baru continue. Adam tido masa baru masuk highway. So aman tenteram seketika. Bila dia bangun abis huru hara dalam keta. Tu baru keta kecik, aku cakap ngan abang, lepas ni keta beso memang jadik padang bola la dia kehulu kehilir bikin havoc..Berenti kat Ladang Bikam ngan Tapah. Then terus jek sampai kampung. Sampai dalm kul 5 ptg. Keta tak banyak pun so smooth sailing.

Kat kampung tak dek apa aktiviti pun, aku ngan abang bukan kaki beraya. So, dok kat umah tengok TV sambil layan adam jakun tengok hen ngan rooster. Pastu ala-ala penakut bunyik cicak pun dia dah tak tentu arah lari peluk kaki aku...kelakar sangat. Tak de amek gambo sangat pun sebab ala-ala segan ngan sepupu-sepupu & makcik-makcik abang. Lang mau diorang kata hapa le bini si rais nih kemaruk tangkap gambo. Semua benda nak di tangkap gambo. Oleh itu, aku menjadi sangat pemalu yer....

Ni aksi adam korek tong sampah kat kampung


Main ngan kakak fasihah



On Friday morning, pegi pekan ayer tawar ingat nak carik langsir kat satu kedai ni. Dulu murah sekarang mahal ala-ala jakel ngan kurang sket harga dari ssf. Boleh blah. Baik aku shopping kat SSF Curtain. So, berenti kejap sebab adam dah ternampak ball lalu kemaruk ngamuk-ngamuk nak ball jugak. Sib baik babah dia pilih yang 2 hengget je. Petang jumaat tu aku ngan abang ngan adam gi Lumut, Ni acara wajib. Beli magnet fridge, baju adam (sebab last year pegi adam was so small tak de baju sesuai pun utk dia), beli ikan bilis, sotong kering, satay ikan, sotong gula tu...habis dekat seratus you....Balik umah sapai dah maghrib.

Ni kat Lumut, ball wajib kena beli yer..


Posing ngan babah sket


You're such a big boy now...baby ku dah jadik toddler..


Bagi dia main playground before balik


Main puas-puas yer Adam...


Heran tengok apsal fish ni besar & keras semacam??


Main bubbles dulu...


Then amek gambar ngan mama


Adam ngan babah pulak


Tak sokak gambar nih, baju tu buat aku nampak macam preggy 5 bulan okeh


Tapi aku suka gambar nih, muka ala-ala konpius (aku recycle jek baju masa balik kampung semalam tu..wangi lagik..)


Sabtu pagi dah siap-siap kemas dalam kul 9 camtu. Masuk umah opah nak breakfast, Makan nasik lemak. Huh sedap betul. Adam pun makan banyak. We start our journey by 10am. Singgah umah pakcik abang dulu dalam 10.30 camtu baru kitorang betul-betul keluar heading to highway. Adam dah starts his tantrum. Aku memang hangin jek ngan dia all the way from Ayer Tawar to KL...dia mula ngan nak nyebok dok depan. Mana boleh kan, dangerous tu...aku pun pindah dok depan. Dah dia meraung-raung suruh aku dok belakang...aku pun dok la belakang....dia nak main bola rupanya...layan kan aje. Pastu kena jegil mata ngan aku baru nak minum susu then tido. Dia tido aku pun aman...

Dia bangun bila kitorang berenti kat tapah. So, beli buah jambu yang mak kirim abang gi toilet then continue our journey. Adam lagi nakal time nih. Aku hilang sabar betul la sampai aku jerit kat dia suruh sit still. Tergamam dia kejap. Memang aku marah giler time tu. Patu macam-macam hal la lagi dia buat. Klimaksnya sampai kat Ulu Bernam babahnya berenti nak gi toilet dia nampak playgroud pulak. Dah meleding-leding badan nak gi main. Siap bawak ball dia pulak. Dekat setengah jam gak aku layan dia main playgroud yang tengah panas tu...Itam legam le dua beranak ni. Mak nyer lebih lagi sebab dah sedia garing...

Masa aku dokong dia tu boleh dia berusaha nak lepas kan diri sambil terjerit-jerit meraung-raung nak turun. Mesti orang ingat aku culik budak. Dah masuk dalam keta boleh dia meraung lagik pukul-pukul aku nak keluar main gak. Siap nak bukak pintu nak keluar...memang la si adam ni tempah cubit dari mama dia...aku tak cubit aku jegil mata dulu, pastu aku tempik ala tarzan suruh dia diam baru dia diam. Geram tau...Laki aku lagi mau perli aku kata aku ni tak dapat tido sebab tu jadik monster...nak jek aku cakap cuba dia jaga adam, aku ni bawak keta...dia boleh sabar tak ngan perangai anak dia...tapi kitorang berjaya gak sampai umah MIL pukul 4 camtu...giler ko lama nak mamfus journey kali nih. Time sampai tu adam dah tido dengan pampers jek, aku tanggalkan suar jeans dia ngan shirts nya...Alhamdulillah..lega..sampai gak KL balik. Balik umah dalam kul 7 camtu aku gorang ikan ngan panaskan lauk apa yang tapau dari umah mak before balik kampung aritu. Then dah kenyang apa lagi..tido la...

Ini muka mama adam yang baru lepas jadik tarzan


Panglima perang dah tido

No comments: