Apa aku buat pukul 3.55 pagi ni still awake? Hahah sila jangan terpedaya, aku dah tido pukul 9 tadi bangun balik kul 2 sambung buat notes untuk lecture pagi esok...yer yer i'm a bad worker, time keje dok garu kepala balik umah baru sebok-sebok nak buat keje sekolah....
eh tapinya siang semalam aku memang bz okeh, aku gi library pulang buku, pinjam buku, siap gi library uitm INTEC kat seksyen 17 tu lagi, satu layan YM ngan x-colleague (penting nih, menjaga silaturrahim )), pastu aku tanda coursework, tutorial yang melambak-lambak..tak sangka aku bagi keje skolah begitu banyak sekali..padan muka aku! pastu aku spervise student final economic project diorang, diorang datang jumpa aku dah kul 3 camtu pastu punya la lama...then aku dipanggil seorang colleague untuk ke biliknya sebab aku pinjam fail dia tak reti-reti nak pulang....by the time aku nak uar dah kul 4, montot dah panas sebab aku sikit boring sengsorang dalam bilik (sorang roommate gi kelas, soranglagi dah cuti maternity), so i mati kutu then i mengangkat fonggong beseta handbagku mengunci bilik seterusnya memblahkan diri....maka pukul 4.30 tepat tercongok la aku di depan pintu umah mak dah balik keje....hahahhah best jalan tak jem lagi...
Dan oleh kerana penat sedikit hari ini dicampur ngan kenakalan adam waktu orang nak berbuka tadi amat memaksimumkan tahap kesabaran laki aku dan aku sekali.maka sunguh penat dan diri ini harus ditreatkan dengan mengorok awal...(tau mengorok apa?? tido.... AKu perasan abang kejut dekat kul 11 tapi mata aku pedih giler nak bukak. Tensen mamat tu kejut aku. Dia hangin sebab kalo tak siap nota aku aku membebel kul 5 pagi suruh bangun mandi siap-siap semua aku nak kuar umah kul 6.15 supaya aku leh sampai Shah Alam sebelum kul 7.30pagi...saiko giler dapat bini camnih...hahahah apa nak buat dah sayang haruslah kena ikut kan...
Dah apa aku merapu nih....sebenornya update ni aku nak upload gambo adam...next entry la...hikhikhik
No comments:
Post a Comment