Sunday, August 17, 2008

Takde tajuk..

Buhsan sungguh la weekend nih...Aku kena gi aktiviti kat fakulti, so by 7.30am aku dah keluar umah tinggalkan adam yang tengah terkucam-kucam nangis nak ikut ngan babahnya yang tensen kena bangun pagi layan adam nangis...aku bukakkan Shaun The Sheep bagi dia senyap, then chowwww...by 8.30am aku dah terpacak depan tangga fakulti. Sekali tu aku tengok bau berapa kerat jek yang ada, out of 10 lecturers appointed as wakil fakulti 4 je yang datang...hampeh diorang nih..ingat aku tak de keje lain ke?

Dah le aktiviti lagha jek yang melambak, nama homecoming alumni, tapi tak de apa-apa pengisian pun...ada ke Dekan karaoke depan alumni, sorang prof. madya ni beria-ia nyanyi lagu widuri sambil buat-buat gaya tangan ke langit la...it sucks! suara cam jantan..serius...tak sedap..aku dah hangin jek...dah le tak sempat sarapan tadi..makanan dah idang (lunch disediakan yer) tapi takkan aku nak buat tak malu pegi terjah makan pulak sedangkan yang lain tengah sedap buat aktiviti lagha...nak tak nak tunggu la, colleague aku sorang ni lepas la makan sebab dia preggy, dah nak pengsan lapar..takkan aku nak tunjuk perut geleber aku nih dgn harapan orang ingat aku preggy 3 bulan ke...hahhaha so menahan je la...Ni nak citer perihal clerk department aku yang kerek it, rupanya dia ni leader Band FSPU..main guitar karen lagi, aku tgk kemain senyum lebar bila main muzik, cuba ko suruh buat keje, mencuka jek mukanya...benci betul keje tak ikhlas ni tau...

Dah stgh jam melalak-lalak nyanyi baru la nak gerak lawat galeri pulak...siap lawat galeri baru nak makan..aku dah panas punggung, kawan aku pulak sorang-sorang blah..aku pun diorang semua masuk galeri aku pun chow la...malas nak tunggu makan even the foods sangat menggoda...Sampai umah kul 12.30tgh siap singgah kedai mamak beli makanan untuk kami sekeluarga...ha lega dapat isi perut aku ngan makanan, baru diam cacing-cacing aku nih...

Or first plan nak pegi KL Bird Park, tapi abang kata cancel la, sebab adam tido...so petang ni sementara tunggu Chong Wei punya game kul 8 nanti nak gi menjamu mata kat Ampang Point. Aku nak survey gadget baru untuk aku, hahahha...Plan to buy it next week as soon as i get paid with my 1st salary as govt. servant...treat myself la pulak kan, selalu treat orang lain jek...

Ni sambil blogging tak de keje aku capture gamba guna webcam nih, tapi tak tau nak convet jadik jpeg..hampeh buta it betul la...adam ngan abang tengah berdengkur selang seli...tak padan kecik anak bujang aku nih..

Ok la...nak layan ugly betty sat untuk kesekian kalinya...

No comments: