Wednesday, July 2, 2008

I'm Counting Days Babe!

Lagi aku menghitung hari nak habis keje kat sini lagi menimbun aku rasa keje...(ke aku yang kumpul jadik menimbun??Ahaks!)Balik cuti aritu aku patutnya cuti on Monday tapi kena prepare benda nak dibawak ke meeting ngan JKR hari Selasa(which was yesterday). Balik Melaka semalam Puan JKR tu kol kata mesyuarat pasal Kelulusan VO hari ni pulak...dah aku buat keje lagi malam tadi sampai lepas tgh malam...penat dowwhhhhhh! Ni jap lagi kul seploh nak kena gi JKR HQ pulak join meeting tu. Takpe la..berbakti di saat-saat akhir..lagipun memang keje aku, as long as i'm still attached here i have to do all the works assigned to me, kan?

Ni baru print borang cuti untuk membolehkan aku dilepaskan awal...tapi tertakluk kepada kelulusan bos sebenarnya. Aku bajet dia on je la kot, nak tahan orang buat mende lagi. Kena la buat keje cepat2 nanti tak sempat siap pulak. Aku bawak balik umah keje opis hopefully bolehla siap yang mana tertinggal. Yang aku paling risau sub kon-sub kon yang gemar main isu VO and kaitkan dengan nama orang yang dah berenti...malas betul la kalo jadik camtu. Kata dah agree rate la, semua orang tau la...tapi keje kat site buat "ala-kad.." je...Payment2 subkon yang kecik-kecik and yang ada hidden issues...rahsia company lagi..cemana nak handover kalo rahsia ek?

Yang aku bengang kes semalam, aku gi melaka ngan sorang colleague yang akan mewarisi harta peninggalan aku nanti..aku dah bagitau sorang lagi colleague ni sebab dia je yang ada masa pepagi aku nak meninggalkan opis heading to melaka. Contract Manager a.k.a pakcik pendek yang kerek aku tak de pulak kat bilik dia. Gi sarap kul 8.40 tak balik-balik lagi..Deyyyyy waktu keje la deyy! Dengan harapan pesanan aku akan di conveykan kepada pakcik pendek tu. Tetiba petang kitorang on the way balik dari Melaka secretary GM aku kol kata pakcik pendek memekak-mekak marah nape tak bagi tau dia...aikkk sulah petang balu mau bising ka?? aiyak! Yang sepatutnya jadik penyampai pesan jadi Hard Rock pulak....jadik batu keras kat tempat dia..apa la...aku memang tak penah going parallel ngan pakcik pendek tu, we always go for different ways, never agree on each other's opinion. Lantak la...mesti dia berasa aman bila aku dah berenti.

Alamak, dah kul 9.15..kena mula buat kije, kang tak sempatttt....chow chin choww...

No comments: