Sajer je buat entry ni. Menghilangkan rasa boring dan rasa yang ntah hapa-hapa dalam benak aku ni.
So, aktiviti aku bila malam ialah tengok TV sambil layan Adam ngan Babah Adam of course la kan. Sekarang ni Ugly Betty season 2 dah abis tayang kat 8tv so, aku kena carik cerita baru di samping cerita tetap yang memang jadik makanan aku. Semalam start series baru Pushing Daisies. So sekarang aku mengikuti cerita :
1. Prison Break
Ngan tak semena-mena aku tengok series ni. Memula nak tengok sket best beno ke yang cik okino ngan big boss mybayi ni tergila-gila bayang tengok. Bila dah tengok 1 episod hari Isnin kat 8tv, then khamis ada kat Star world pulak...makin best pulak, tu yang lelama aku follow...bila aku tak follow sangat, laki aku pulak yang melekat tengok cerita ni...
2. Keeping Up With The Kardashians - new Season
Yang ni pun aku coincidently tertengok sebab aku hantu cahnnet 712. So, kalo boleh tak nak tukar ke channel lain. Tetiba tertengok cerita ni and aku tertanya-tanya siapakah all those three ala-ala bitch??? ahahhaha...then browse internet semua pastu aku melekat jadik peminat setia series ni.
3. Kimora Life in Fabulous Lane
Yang ni pun dah start season baru. Not really baru kat US aku rasa dah berlapok. Sebab ni syndicated series, so ulang2 tayang la seratus kali pun...Aku tetap suka nak tengok
4. Jangan Lupa Lirik
Yang ni baru je. Ganti Af, Aku suka tengok aksi ke'poyo'an contestants. Ada yang minggu lepas yang tag line dia "Exacccttttly" macam hampeh. Mengada-ngada terkinja-kinja membuatkan aku meluwapppppppp je bengkek hati ni nak tengok. Pastu aku suka gelakkan diorang yang ala-ala sengal nyanyi ikut sedap tekak mak bapak je...hahhahaha. Nway, it's fun!
5. Gameshow BOLOS
Aku tengok ni sambil terbahak-bahak gelak kuat tah hengat. Adam pun dari baring sampai duduk la dia pun join nengok amende yang mama dia gelak tepuk-tepuk lantai. Best gilos gameshow ni. Peserta pakai bodysuit kaler biru ngan merah. Aku cakap ngan abang, kalo dia masuk pakai kaler kuning, sebijik cam orang kuning DIGI. Hahahaha, bedosa nya aku!
1 comment:
mazz...aku tengok 2 dari citer yang ko suka tengok tu.. jangan lupa lirik n bolos..kimora tu sometimes tengok ah gak. tapi memang betul lah, semalam first time aku tengok bolos, giler, memang penat sgt aku duk gelak kan orang pakai baju merah n biru tu. tapi memang hampeh kan dinding tu. susah giler. siap ada yang lompat macam goalkeeper lagi. hahaha.. lawak2...
Post a Comment