Wednesday, March 31, 2010

Eiiii takutnya...

Dah baca kisah Din Beramboi yang suddenly collapse because of high fever and because of kencing tikus????

Seram je dengar. Ye la kan, aku ni jenis selalu gak makan kat luar, and one thing for sure, u just don't know how's hygiene the outlet is. Beli stok memasak yang berguni or berbakul..then letak kat lantai, mesti ada binatang-binatang ni merayap kan, who knows...ala kembang tekak la camni.

Ada satu area kat Taman Tenaga, Cheras (area flat sri sabah & ikan emas)...sederet panjang gerai-gerai kat situ. Kalau parking kat area belakang gerai which is depan jalan besar (kedai tu pintu depannya mengadap lorong rumah kedai)...especially malam la, tikus dia macam diternak you.....besar macam anak kucing...berlari berkejaran lagi. Tak takut orang. Kalau besar camtu cemana banyak agaknya kencingnya...scary to imagine.

So, sekarang ni berazam nak kurangkan makan kat luar, masak sendiri la, even masak kicap or sambal or soup hari2 (sebab tu je lauk2 yang adam ngan en rais makan)..kari, masak lemak tu sekali sekala la kot. Biarlah walau simple sekalipun. Kena masak gak. Takut dah nak makan kat luar....

My fren ada citer dalam blog dia, dulu pernah makan 1901 hotdog ada kaki lipas. Masa pegi induksi bulan disember haritu, my fren satu group sedap makan mee kuah (tak tau specifically mee apa), ada lipas you....uwekkkkkk....and kat umah my mom, around year 2000 camtu, aku nak masak nasik, beras kan letak dalam compartment beras. Aku bukakla compartment tu without memandang isi dalamnya, and cedok sepot beras, angkat then nampak ekor berjuntai keluar dari pot beras tu....ewwwwww terus campak menjerit macam orang histeria. Sebab apa tau, bodohnya aku pegi pegang ekor tikus tu....eiiiiii....last-last ayah aku buang satu karung beras 10 kilo tu ke tong sampah. Mana tau tikus tu buat apa dalam tu kan, kot la tidor pastu ter wee wee ke, haru nak makan perisa tambahan...

pics from google

Tuesday, March 30, 2010

Rasa macam ?????

Nak nangis..

Pernah tak rasa macam nak nangis tapi macam takde sebab yang konkrit yang membolehkan ko nak nangis??? Tak tau kenapa nak nangis..serious...mood swing ni.

Hati rasanya dah menangis, tak terzahir kat luaran je...

Seorang saje..

My roommates pegi kelas, so i am all alone.

Rasa nak breakfast tapi malas nak pegi kafe. Tadi sebelum datang keje, singgah umah mak balik dari hantar adam kat school. Sempat grab 2 ketul kopok lekor makan dalam keta sambil layan Sinar fm.

kalau pegi beli breakfast skrg mesti dah tak banyak. Malas nak makan tengah hari since ada orang dah komplen vontots aku makin lebar. Terkesan di hati sungguh la...malam ada kelas, eiii kalau fikir penat memang malas nak buat kelas malam ni, tapi pikir lagi 2 kali kelas (exclude today)..hayun la kaki ni.

Overall hari ni macam tak de mood nak bercakap, nak update nak buat apa pun...aku ni kan pisces, sensitif lebih..ntah hapa-hapa je. I do take what people say about me seriously. Ntah susah nak buang habit tu.

:(

Monday, March 29, 2010

Owh sakit tekak sudah..

Tekak sudah rasa sakit semacam, and ada rasa macam nak selsema..tekak start rasa macam penuhhhh je kat area langit2 tu..(dapat imagine tak?)

selalunya macam tu aku nak kena sakit tekak or worse selsema la..takmo aa selsema tak selesa..adam pun macam dah start selsema semalam. Dah bagi makan ubat selsema, pagi tadi macam ada batuk pulak...adam kalau batuk laju je dia mintak makan ubat, ubat stoberry (adam sebut bunyik berry tu bergulung sikit, ala omputih...) Cuba bagi ubat selsema, dia kata ubat masam...semalam bagi dia siap nak lap lidah...apa la...

Kenapa ek?

Nak kata cuti sekolah...tak

Nak kata cuti ujung minggu yang panjang...pun tak..

Abih tu???

Kenapa kat Cameron Highland tu ramai beno orang sampai nak parking pun ada la dalam 1km kena jalan kaki...gilo apo?

Aku rasa la kan....sebab kat area landai or bawah2 ni panas kot, tu yang semua ligat carik tempat tinggi boleh feeling-feeling Salem Cool Planet..feeling autumn arah ke winter...

Apa ingat Cameron Highlands tu sejuk ke?

Tak de maknanya...nak gelak la jugak tengok ada adults yang bersweater and bershawl bagai (anak haku pun bersweater gak, but exception to kids)....tak sejuk pun (memang la tak sejuk, badan tu lemak tepu banyak!)...biasa-biasa saja...tapi dulu masa gi Cameron tahun 2004 kot, sejuk je rasanya...sekarang tak lagi. Dengan jalan yang makin kecik je, pastu ngan jeep-jeep bawak sayur makin banyak...jalan jem kat tourist attraction spots..huh sabar je la

Capek!

Still penat lagi sebab pegi penat hayun badan jalan bengkang bengkok..datang cameron lalu simpang pulai balik ikut tapah.

Kat Karnival IPT tu pun booth UiTM tu macam apa je. Padat sepadat-padatnya. Hadoiii...sakit tekak becakap.

Pegi cameron singgah kat area jual sayur kat Rose Valley, petik strawberry kat satu kebun cina apa ntah nama dia before sampai pasar lambak brinchang, then terus je turun ke tapah. On the way singgah Bharat tea plantation beli sekotak teh and mintak air panas adam nak susu. Pastu balik KL....singgah tapah beli makanan terus je samapi Ampang pukul 4.30....

Esok la kot kalo rajin aku start update bergambar yer...gambar tak transfer lagi dari encik kamera.

Friday, March 26, 2010

Chocolate Chip Cookies



Malam tadi rasa macam nak buat cookies. So, beli barang and tunggu adam tido. Start around 9 habis dalam pukul 11.30...dapat around 160 cookies. Resepi dalam internet je. Famous Amos Cookies. Hawaiian Oats & Nuts.

Thursday, March 25, 2010

Unexpected Discovery

I went out for lunch just now. Walk along the corridor in front of my room.Ada a few junction box untuk telecommunication wiring kat lantai, and cover dia memang banyak yang dah terbukak. Aku pun jalan la, sekali my lunchmate tarik aku tunjuk bawah. Wahhhhhhhh...memeranjatkan...aku jumpa apa tau???

Panty liner...panty liner okeh. malas la pulak aku nak tenung dah pakai ke blom, tapi memang terlentang elok je dalam box tu. Kitorang patah balik, suruh sorang lagi roommate amek plastik and buang.

Giler la, persoalannya :

- Cemana boleh tercicir dalam box tu, pastu dah terbukak pulak tu. Bukannya dalam plastik cantik berbalut lagi

- Adakah tercicir ketika pemakainya sedang berjalan.

-Aku expect kalau tercicir mesti pemakainya itu seorang yang kurus kering di mana peha orang itu tidak bergesel. Kalau bergesel dah tentu panty liner tu dok dendiam or terselit kat peha..(okeh sila imagine..)

-Lagi satu assumption keji ialah, si pemakai memakai spender besar lagi longgar....hahahhah sebab tu senang je tercicir..

Giler tak?

Cameron Highlands...here we come!



yeeha...pagi tadi borak borak dalam keta ngan en rais, time dah lepas anta adam gi skolah nak dropkan dia kat lrt station...tanya plan masa kat Ipoh...pastu tetiba mulut gatal aku ni terkeluar terrrr ok, ajak gi Cameron Highlands ikut Simpang Pulai..since nak gi Ipoh kan, dah dekat sangat dah tu...lagipun en. rais tak penah pegi Cameron Highland lagi (percaya tak seumur hidup dia tak penah gi..)

So, jumaat malam dan sabtu malam kami di Ipoh, ahad pepagi nak check out terus ke Cameron Highlands.....yareeba yareeba...

Cookies and Bakery Class

thinking to join bakery class by Hotel UiTM. Fee hanya RM50...tapi class dari 3-6 petang jumaat 16 April. Aku kalau dah reach 6pm tu susah sikit la pulak. Kang hero ngan heroin kat taska tu sapa nak amek? Lambat sikit je diorang dah berpuluh kali tanya teacher mana mama? (hero heroin tu : adam and airin-anak buah aku)...

Tapi nakkkkkk sangat pegi. memanglah dah reti buat roti, tapi yang tu proper sket la caranya ye tak?

About cookies...my roommate pinjamkan buku The New Cooki Book by catherine Atkinson, dia dapat hadiah masa kat UK dulu, and dia bukan jenis yang suka buat cookies2 ni...so bagi aku pinjam. Tengah tengok-tengok nak buat cookies apa.

Tomorrow gi Ipoh lepas sembahyang jumaat. Balik Ahad. Ingat ahad tu nak gi Cameron Highland lah...keta dah servis 2 minggu lepas lagi..so tengah tip top condition....wahhhhh best ni.

Wednesday, March 24, 2010

Chandramukhi

Ada ke patut en rais kejut aku yang tengah mamai mamai nak tido suruh tengok filem hero pujaan Kak Di (jgn marah aaaa...betul la kan?)si padayappa tu punya filem...cheh...

Tapi memang best ok citer chandramukhi ni...aku je yang sangap giler ngantuk dah tak tahan. kalau aku carik dvd or vcd citer ni agak2 orang kedai dvd tu pandang aku semacam tak? Almaklumla kulit aku kan ala-ala telur pindang....


Nah bagi gambar pengubat rindu....ok chow zas zas zas padayappa pa pa pa pa...

Tuesday, March 23, 2010

Information needed.. Please.....

I will be in Ipoh start from this coming friday until sunday. Going to be a representative for faculty for Karnival pengajian Tinggi Negara.

I've made a reservation at Syuen Hotel in Ipoh and the location of the event will be at Stadium Indera Mulia.

How far is the stadium from the hotel ?

What is the nearest places of interest? - Going there with hubby and adam, need to find places for their activities too...mati berdiri kang tunggu aku...

Help me please. I've been to Ipoh, somewhere in 2006. But can't remember all the jalan. My BIL also married to Ipoh girl, and sent him bersanding near the stadium at PBSM Hall, but remember, aku kan dah beranak, maka urat ingatan yang putus masa meneran (ok,exaggerate lebih pulak), tu yang hazab pelupa tahap gaban..

Jangan dari stadium aku tak tau nak balik sudahhhhhhh.....

last but not least help me pleaseeeeeee my dearie friends...

Surprise....

Met my long time no see friend, Aton..

Kawan masa Sekolah Aminuddin Baki dulu...last jumpa masa aku kawen kot...pastu ni tadi balik dari kafe lepas lunch terjumpa dia tengah makan ngan her friends...rupa-rupanya dia sambung belajar degree in interior design....

Best!

Best nya....

Petang ni swap ngan kawan timetable kelas malam. So kelas akan mula 6.30 petang and habis 8.10...wahhhh heavennya bila dapat balik awal..

adam will be fetched by his aunty (my sis)..dok umah atok dulu. Gi pasar malam..aku dah tinggal duit siap2 kot la dia nak beli toys kan..(bukan kot dah, wajib beli toys sampai seller tu dah kenal okeh)...abis kelas straight ke rumay my parents..babahnya still bz...

Anyway, grateful that today kelas awal..ni tengah sangap nak tunggu kul 2..ada kelas 2 jam.

Chows

Damn It!

Stuck in massive traffic jam in East-West Link (kat tol bandar tun razak) for almost 1 hour 30 minutes...30 minutes totally not moving even an inch...sempat bukak air peel fresh minum, makan roti gardenia...

Hadoiiii sakit kaki, my feet feels numb!

Monday, March 22, 2010

I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair



Do you know what's GATSBY? Remember iklan yang takuya kimura menari breakdance terkinja-kinja..Gatsby advertisement usually a bit funny...but barang-barang gatsby tak funny okeh..sangat bagus and my husband use to be Gatsby users tau. Deodorant la selalunya dia pakai....

Nak tau lagi rangkaian barang-barang Gastby...bolehlah browse sini....ALL GATSBY PRODUCT okeh...range dari gel, cream ke penjagaan rambut semua ada....

Anyway, Gatsby ada buat satu street fair. Untuk mempromote deodorant baru mereka...tempat, tarikh, masa semua macam kat bawah ni

Date: 17th April 2010
Time: 10am till 5pm
Venue: Front Foyer, Ground Floor, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.


Jom datang ramai-ramai coz i bet it will be blast!!! A lot of activities to join. There will be lucky draws and cool gadgets worth up to RM15,000 up for grabs! Saya mau...saya mau....best kan? Bukan tu aje okeh...ada lagi ni...yang ni aktiviti melibatkan fizikal la...Sumo Wrestling (guna air bag suit, takkan pakai cawat la...don't worry), Gladiator battles (yang perasan nak jadik gladiator tapi tak cukup sifat, u can try this as well) and banyak lagi games and fun activities yang you all boleh join. Dengan adanya aktiviti fizikal camni barulah boleh tunjuk how strong and effective the Gatsby Deodorant! Peluh bagai nak rak pun bau maintain beb...maintain....

If you want more info regarding this Gatsby Deodorant Street Fair silalah click kat link ni www.gatsby.com.my/streetfair jangan tak click..

Jom pegi beramai-ramai, probably we can meet there...datang tauuuuu.....

Karnival Belon Udara Panas Putrajaya

Went there last Saturday.

It was blast! BEst even kami sekeluarga tak naik. Adam suka sangat. Pegi umah wan dia mulut riuh bercerita ngan pak su nya ada balloon pakai pek-mata (spek mata) ada orange ada lion...lion tu terbang (dah belon memang terbang la kan...)

Kami sampai around 4.30...tak berapa jem lagi jalan. Balik dalam pukul 7 jugak. Jem giler babeng. Gambar nanti aku transfer dari laptop ke external hard disk. baru boleh upload sini.

Owh i met Eza with her two N..

Friday, March 19, 2010

Simple yet Meaningful

It was my birthday celebration..only three of us..no blow-the-candles session, even a cake.

We celebrate it at Pizza Hut. My husband is a picky eater...dari pegi Italianies ke Tony Romas ke Tarbush ke and dia tak makan, lagi susah kan...so pegi Pizza Hut je la..As for me, i don't even care nak makan kat mana, as long as it's clean, sedap ok je. nak celebrate kat warung pun boleh.

We order..huhuh don't get choke readers..banyak tau we all order...hmmmm here it goes :

1. Meal 3 - Set for 2, regular pizza + soup + cheese stick + drinks
2. Hot platter - for adam kononnya...tapi mama babah yang buat finishing touch
3. Meatball Bologneise
4. Hot Roll Tuna
5. Chocolate Volcano for adam..

Lastly, spaghetti tak abis, i only manage to finish half of the spaghetti, one slice of pizza, my soup finished by adam along with his Chocolate Volcano and the hot platter.The left over tapau la..

Alhamdulillah, despite of my husband tight working schedule, he manage to spare his time celebrating my birthday...thank you En. Rais...huhuhuhuhu...even only simple dinner but it's meaningful to me. Balik kitorang borong DVD kat port biasa..and i got my Greys Anatomy 6th season part 2 DVDs...yeeehaaaa!

Ni nak maratahon tengok la ni.

Thursday, March 18, 2010

His first baking session

Semalam aku balik awal gak..

Nak tido plannya...tapi tak de jadinya nak tido...nak buat kek la..

Told adam that we're gonna make a cake..happy betul dia.Terus je aku masuk tesco cheras nak beli butter then nak beli benda2 decoration cake untuk adam tabur-taburkan...dia nak cake strawberry, carik pewarna merah tak de, aku beli je esen strawberry..

On the way back dia buat hal sebab tak jumpa ultraman daia kat tesco tadi, muka monyok..some more aku mmg tak nak belikan dia toys lagi haritu sebab pagi tadi before ke chool dia dah pau babah dia toys 12 hengget...so tak leh lagi. Balik tu dia punya meraung dari parking sampai ke rumah, tarik2 baju aku semua..last2 diam bila aku amek hanger acah nak pukul dia...nak kurung dia dalam bilik gelap la..terus diam. Eh lari topik pulak. No, ni sequence cerita before buat kek nih...

Nak pujuk dia terus je aku keluarkan bahan2 kek..tepung, telur, butter, mixer, scale..panggil dia memula jual mahal, tapi nampak je mixer tu terus senyum balik. Idaman dia nak pegang mixer tu...sebab bila aku buat tart jangan harap dia dapat dekat kitchen area...giler ko nak bagi dekat oven panas tu, dia usik kang mau melecur tangan..

So, sambil aku timbang tepung...dia mix butter ngan gula...suka gile...masuk semua2 benda tu aku pun start bakar...dan dan tu dia amek benda hiasan nak tabur giler tak menyempat anak aku nih...boleh menung depan oven tgk bila kek nak masak. Dah masak memang excited la dia menabur..aku siram white chocolate. Kalau chocolate biasa nanti adam cakap tu kek chocolate bukan strawberry kek.

Inilah rupanya...


biarpun comot tapi rasa sedap yer...dia punya excited sampai tahan mata taknak tido nak tunggu babah balik nak cakap dia buat kek..masa nak potong siap nyanyi happy birthday..hahha..

Next time aku nak buat cookies, boleh la suruh adam join sekali...cookies batter keras sikit, so tak kecah dapur dia kejekan...

I Am 30...

Happy Birthday to me..


pics from google

Wednesday, March 17, 2010

semangat yang ilang..

Left home with full spirit inside me and hoping that today will be perfect, shining and nice...with a full set of new attire including the tudung, and-not-so-new-but-look-like-new shoes....confidently driving to the office.

BUT

Immediately after i stepped inside my room (in the office), all the enthusiasm gone..spirit spirit come to me..i did cast a spell to summon the spirit of 'rajin' to come to me, but NADA...

WHY aaaa????? Why why tell me why????

Now i feel sangap, sleepy and thinking of home, my tilam, my bed....May be i should go home after class la (to make it worst, it's calculation class! -until 1.30), to reboost my energy. Get a nap first, then about 4 have to fetch adam at school...

Huaaarggghhhhh....while typing this post, i am yawning for 5 times.

Not Good Not Good..

Tuesday, March 16, 2010

Ayat Puaka Niyang Rapikkkk

bukh hary: maggi aku sudah kembang ke @ badan nko sudah kembang ?
winter sonata: sudah kembangggggg....
Above is my short conversation between me and my good fen. Aku terkedu seketika...yes i admit aku sudah kembang maka jangan disalahkan megi itu....

Sejak dua menjak kat UiTM ni makan memang tak miss la. kalau miss makan tu memang bukan i la tu.

I am aware of that and try to avoid eating much. Aku makan sikit okeh. Suku senduk nasik. tapi mesti lengkap breakfast lunch and dinner. Breakfast manage to restrain myself from nasik lemak....sebulan boleh kira 1 atau 2 kali makan nasik lemak. Dinner nasik la jugak kan...laukmasak sendiri or sometimes makan kat luar kalau makanan adam sup aku sekali mentekedarah sup dia....

Aku rasa la kan, air manis la menjadi penyebab utama kegemukan ni...(cewah salahkan air manis pulak....). Aku tak suka minum air manis panas2 ni..air gas pun jarang jugak unless teringin sangat...Selalu togok air mineral ngan air sejuk peti ais kat umah. Even ada kordial pun aku buat untuk adam gi sekolah or en rais mintak buatkan...kalau makan minum kat luar la kot yang aku minum teh o ais milo ais bagai...

Tolong la...penat dah consume diet mate 5, merit la, tapi bila aku stop sekejap like 2 weeks hampeh naik berganda-ganda...exercise lagi la tak sempat. kena pulak kat dalam bilik kat opis memang duduk je la keje. Pungkoq lebar nasib baik muat lagi pintu...sok-sok dah tak muat aku suruh je UiTM ni tukar jadik pintu 2 daun...hahahhaha keji.

Tak boleh jadik..i don't want to be a fat lady...


picture from google

Exhausted

lately i feel exhausted and i don't know why...a few of my friend said that my face looks sembab...

I admit that lately memang sedikit letih...husband bizi, house chores memang ke laut la..i just manage to do the laundry work..5 bundle of kain bajus...seperated according tothe owner..mama babah adam baju and seluar kecik, towels and jeans...makkkk penat. Tu belom masuk lipat kain tu. Tang lipat tu slowww sikit sebab memang malas la kan. Tunggu jin lipat kain mariii baru boleh lipat kain berbakul-bakul tu.

And my little rascal loves to play hardened play doh and scattered it all over the house. Geram woooo.....last2 raksasa gorgon ni kutip-kutip all the pieces buang je dalam tong sampah. Not to mention his collection of ultraman figurine. dari adik bongsu sampai bapak ultraman ok...Under the sofa, behind the TV cabinet, inside the display clay pot kat display cabinet pun ada ultraman.

Weekend lagi disaster. Sabtu selalu gi umah parents and PIL. Ahad kengkadang family outing day. dah balik pun petang baru la terhegeh-hegeh nak do all the laundry and all. Alaaaaaaaaa...bila nak abis camni????


Picture is from google.

Monday, March 15, 2010

Pathetic Me!

Dah penat pikir and ronda nak beli amenda untuk birthday present....dari wallet, handbag bling-bling, watches, perfume, make up, skin care...harammmmmmmm tak de yang berkenan. Ada yang kaler design dah okeh...tapi cam tak practical pulak.

Last-last tau aku beli apa??? Hahahahah memang sendiri pun boleh beli..tapi tidak dalam kuantiti yang banyak...sayang duit sendiri..aku beli tudung ariani sampai 7 helai...dah malas nak pikir. Lantak la....

En. rais cakap apa aje la bini aku ni...

I am pathetic...huhuhuhuuu

Friday, March 12, 2010

Alaaaaa nak apa ek?

My birthday is just around the corner..yeay!

Next week to be exact. En. Rais dah hint-hint tanya nak adiah apa...ada la a few benda yang aku sebut tapi tetiba macam tak nak dah pulakkkk....Budget kali ni alhamdulillah banyak gak sebab orang tu tengah kaya...i isteri mithali tak nak adiah mahal plissss (tapi dalam hati nak nak nak...).

So, sekarang tengah berkira-kira nak apa..eiii aku ni dah tak de idea nak beli apa..bila pikir satubenda mesti dalam kepala pikir yang benda tu aku pun boleh beli sendiri...dah abih semua benda nak beli sendiri, apa yang nak dibeli jadik adiah????

Apa la...takde adiah nak adiah, dah orang nakbagi tak tau nak apa pulak....

Ekspo Selangkah Ke UiTM

UiTM ada buat ekspo selangkah ke UiTM sasarannya untuk budak yang baru daat result SPM ngan STPM.

Aku one of the Coordinator for Fakulti Senibina, Perancangnan dan Ukur...so,mari beramai-ramai sapa yang nak bawak adik, sepupu sepapat, adik ipar, suku sakat sekeluarga..

Aku bertugas hari ahad session tgh hari sampai petang...so kalau jumpa kat sana jangan sesegan nak tegur...hahahah macam glemer jek.

Yeay..

Siap sudah update website department...

aku tak tau coding...tapikena bijak..bijak meniru..
aku tiru department lain punya coding...hahaha

Wednesday, March 10, 2010

Owhhh tidakkkk! Dia datang lagi...

Apa yang datang?

Ni ha...selambak-lambak..





Semua nak kena siap baca and bagi markah by end of march....gilo la...tapi bagi date line pun ada aku kesah....lantak le..dah tak sempat tak kan nak timbang kati pulak????

How do you feel?

Ada sedikit bengang pagi ni...sebab en. rais citer, last monday adam kan demam...and aku tak bagi dia gi sekolah coz tak nak la orang lain berjangkit pulak kan. So, my class only be started at 2.15pm..pagi boleh la aku jaga dia..and en. rais kena balik la to look after for adam sampai aku habis kelas then pegi keje balik (currently he's super busy to complete three tender from three states, and the worst is all tenders due date are on the same day)..maka he is super busy and sangatlah susah nak cilok-cilok keje ni. But have to. Aku tak leh cancel kelas lagi...nanti tak sempat habis. So, around 12.30 aku gi keje. Rais take over look after adam sampai aku balik rumah sahrp pukul 5. Dia terus je rush balik opis.

Then only pagi ni dia cakap his boss panggil dia and tanya mana dia pegi? Dia cakap anak demam kena take over jaga. Boss bengong tu tanya apsal tak suruh wife u jaga? Laki haku balas balik kata wife saya keje jauh la..kat Shah Alam, ada kelas tak boleh nak balik. Saya yang dekat kena la pegi...then lagi berbulu siap tanya pulak abih hari-hari lain pun en. rais ke yang kena hantar-amek anak aku??? ehhh melebih-lebih pulak orang tua ni....

Yang jadik topik bengang aku ni, bos dia tu dari duluuuuuu (dari interview ok!)memang macam tak puas hati je ngan laki aku ni..lelebih lagi pulak tau yang aku ni more educated compared to my hubby (ada aku kesah??? dia pulak sibuk nak kesah hidup orang)..siap boleh kata tak malu ke bini lebih besar pangkat, banyak gaji...bla bla bla...and perasaan menjengkelkan dia tu membawak samapi hari ni...bodoh la! Aku bukan apa, husband ni ada ego and air muka...aku tak pernah nak persoal tu semua kenapa orang lain pulak yang nak amek kesah? jaga kain, seluar sendiri udah le...Bak kata laki aku...boss dia ni mengibaratkan isteri yang kena buat semua kerja tu (tengok anak, amek anak bla bla bla...bukan suami!)..ha ah..ye la bini ko boleh la ko suruh-suruh...suri rumah kan???? ni bekerja pakcik oiiii....

Dalam erti kata lain orang tua gila tu nak cakap...HOI RAIS! PATUT KO YANG KULIKAN BINI KO, BUKAN BINI KO YANG KULIKAN KO....sebenar-benarnya aku rasa dia ni nak cakap aku ni queen control agaknya...asal summon husband suruh balik jaga anak, husband menurut je...heiiiiiiii la..tak de keje aku nak buat macam tu. Lagi selesa kalau aku yang handle anak. Dah tak boleh baru carik alternatif lain...

Eh kalau aku geram mau je aku gi face to face ngan orang gila tu, bagi sekolah sikit since dia pun bukan sekolah tinggi mana pun....hahahhahah meh i bagi free lecture! Mau??????

Tuesday, March 9, 2010

Irritating

Ada satu bunyik sounds like cricket...but veryyyy sharp and feel like my ear drum will get burst anytime...


Sapa buat bunyik camni weh????

p/s: mood swing sebab boring tggu kelas malam ni...

XTVT ujung minggu

Business la pelagi...ada orang tempah tart telur ngan tart buah..aku buah pagi ahad tu sebab dia nak pukul 4.30 petang..so biar fresh.

Sabtu gi Tanjung Malim bawak my mom g tgk tapak tanah kebun dia nak beli. Siap ada rumah sekali tanah tu. Dekat ngan hiway kalau mak aku nak pindah tanjung malim tu. Balik tu Mr. Adam demam. Plus batuk and selsema. bawak gi klinik pukul 11 malam then doktor cakap ada jangkitan kat paru-paru kiri. On antibiotik and doktor suruh minggu depan datang balik tgk macam mana.

So, feast your eyes and lelehkan air liur anda...gambo makanan....

Friday, March 5, 2010

Blog Hopping

Tengah bloghopping recently and just tersangkut kat satu blog ni...

So tengah marathon korek archieve blog itu...

Sweet and nice la...

Thursday, March 4, 2010

hadiah gift present

semua maksudnya sama iaitu RM RM RM $$$..

wahhh kopak aku...bulan 4 ni anniversary perkahwinan kami yang ke-5...before that birthday budak kecik Muhammad Adam Ikhwan tu la pulak..

Adam ingat nak beli dia beskal...anniversary tengah ligat carik idea..

Ingat nak beli gelang dymium magnet tu...since aku tgk colleague pakai cantik la pulak. Kalau nak beli cincin en rais dah ada, cincin aku kawin dulu..




Ada idea tak nak beli apa? Baju kasut wallet segala tak mau aaaa...sebab tu time biasa pun aku selalu belikan...tu yang abih idea tu..

Tuesday, March 2, 2010

Sangap...

sangat sangap petang-petang ni.

Sakit kepala belah kanan sampai ke mata..nyut nyut nyut..ubat migrain tak bawak as i left in on the table pasal kemas henbeg a.k.a tong sampah bergerak.

Feeling lain giler bawak henbeg ringan ni. Selalu i've to dig for whatever things i want inside the bag. Sekarang tak de dah..bukak bag nampak terus apa yang ada dalam tu, sikit je rupanya barang aku ek.

Sementara nak tunggu kelas pukul 8 malam ni tak tau nak buat apa, ingat nak touch up research analysis tapi tak bawak data..ada kat umah. kalau dah kat umah memang tak sempat la...bz jadik surirumah pulak..habis doing house chores baik aku tido...

Cepatla pukul 8...

Habis sudah terbang duit ku...

My kereta kecik warna biru road tax and insurance expired harini...yea..dah setahun dahusia keta tu..

Main kutu nyah nak kumpul duit roadtax ngan insurans..kalau nak harap duit sedepuk jatuh memang tak la..so main kutu senang sikit..kalau kumpul sendiri ntah mana-mana duit tu aku taburkan (read:belanja)...

So, dari uni-asia insurance tukar ke Etika Takaful. Sebab senang keje berurusan ngan budak maybank etiqa tu...dah wira tu pun amek etiwa gaks..owh sungguh sengkek bulan ni. Dah le gaji lambattttttt lagi. Dah awal beno gaji aritu kan..and dahbayar segala2bil bulan march masa dapat gaji aritu..maka i'm broke babe..broke...

Damn!

Monday, March 1, 2010

Sakit otot

Padan Muka!

Dah 4 tahun tak main bowling, sekali hari jumaat malam tu adik ipar ajak main bowling pulak. aku pun ala-ala mengimbas kenangan lama la kan. Lama dah tak main sejak aku pregnant sampai adam nak masuk 3 tahun dah ni.

So semalam pegi main bowling kat Pandan Lake Club. Apstu ala-ala tak sedar diri nak main sampai 4 game. Putus jari ko.

Aku main ngan adam baling sekali..semangat budak kecik tu siap sarung kasut boling aku. last-last staff kat situ bagi kasut paling kecik untuk adam..macam ronald mcdonald dah...tapi dia enjoy...dapat main dalam 2 game setengah la...yang lain adam pulun...tapi prestasi sangat hampeh..biasalah lama tak asah skil..kalau dulu koman pun dalat seratus seploh ke atas..ni 4 game dapat berapa tau paling tinggi? 110..ceh..takpe..minggu depan kalau free pegi lagi. kat situ sangat murah. Tak kira cuti or weekdays rate ialah RM3.50 kasut RM1, stokin RM1.50...murah kan? semalam aku bayarkan dulu untuk 4 game harga berapa tau RM61.50..masuk satu stokin dan 4 pasang kasut....tu yang minggu depan boleh je main lagi...

Hari ni habis otot peha, keting (belakang betis), sakit sakit...tu la saper suruh carik penyakit???? tapi tu kan salah satu sports untuk bersenam??? Semalam memang berpeluh-peluh la..sihat sihat....