Wednesday, March 31, 2010

Eiiii takutnya...

Dah baca kisah Din Beramboi yang suddenly collapse because of high fever and because of kencing tikus????

Seram je dengar. Ye la kan, aku ni jenis selalu gak makan kat luar, and one thing for sure, u just don't know how's hygiene the outlet is. Beli stok memasak yang berguni or berbakul..then letak kat lantai, mesti ada binatang-binatang ni merayap kan, who knows...ala kembang tekak la camni.

Ada satu area kat Taman Tenaga, Cheras (area flat sri sabah & ikan emas)...sederet panjang gerai-gerai kat situ. Kalau parking kat area belakang gerai which is depan jalan besar (kedai tu pintu depannya mengadap lorong rumah kedai)...especially malam la, tikus dia macam diternak you.....besar macam anak kucing...berlari berkejaran lagi. Tak takut orang. Kalau besar camtu cemana banyak agaknya kencingnya...scary to imagine.

So, sekarang ni berazam nak kurangkan makan kat luar, masak sendiri la, even masak kicap or sambal or soup hari2 (sebab tu je lauk2 yang adam ngan en rais makan)..kari, masak lemak tu sekali sekala la kot. Biarlah walau simple sekalipun. Kena masak gak. Takut dah nak makan kat luar....

My fren ada citer dalam blog dia, dulu pernah makan 1901 hotdog ada kaki lipas. Masa pegi induksi bulan disember haritu, my fren satu group sedap makan mee kuah (tak tau specifically mee apa), ada lipas you....uwekkkkkk....and kat umah my mom, around year 2000 camtu, aku nak masak nasik, beras kan letak dalam compartment beras. Aku bukakla compartment tu without memandang isi dalamnya, and cedok sepot beras, angkat then nampak ekor berjuntai keluar dari pot beras tu....ewwwwww terus campak menjerit macam orang histeria. Sebab apa tau, bodohnya aku pegi pegang ekor tikus tu....eiiiiii....last-last ayah aku buang satu karung beras 10 kilo tu ke tong sampah. Mana tau tikus tu buat apa dalam tu kan, kot la tidor pastu ter wee wee ke, haru nak makan perisa tambahan...

pics from google

Tuesday, March 30, 2010

Rasa macam ?????

Nak nangis..

Pernah tak rasa macam nak nangis tapi macam takde sebab yang konkrit yang membolehkan ko nak nangis??? Tak tau kenapa nak nangis..serious...mood swing ni.

Hati rasanya dah menangis, tak terzahir kat luaran je...

Seorang saje..

My roommates pegi kelas, so i am all alone.

Rasa nak breakfast tapi malas nak pegi kafe. Tadi sebelum datang keje, singgah umah mak balik dari hantar adam kat school. Sempat grab 2 ketul kopok lekor makan dalam keta sambil layan Sinar fm.

kalau pegi beli breakfast skrg mesti dah tak banyak. Malas nak makan tengah hari since ada orang dah komplen vontots aku makin lebar. Terkesan di hati sungguh la...malam ada kelas, eiii kalau fikir penat memang malas nak buat kelas malam ni, tapi pikir lagi 2 kali kelas (exclude today)..hayun la kaki ni.

Overall hari ni macam tak de mood nak bercakap, nak update nak buat apa pun...aku ni kan pisces, sensitif lebih..ntah hapa-hapa je. I do take what people say about me seriously. Ntah susah nak buang habit tu.

:(

Monday, March 29, 2010

Owh sakit tekak sudah..

Tekak sudah rasa sakit semacam, and ada rasa macam nak selsema..tekak start rasa macam penuhhhh je kat area langit2 tu..(dapat imagine tak?)

selalunya macam tu aku nak kena sakit tekak or worse selsema la..takmo aa selsema tak selesa..adam pun macam dah start selsema semalam. Dah bagi makan ubat selsema, pagi tadi macam ada batuk pulak...adam kalau batuk laju je dia mintak makan ubat, ubat stoberry (adam sebut bunyik berry tu bergulung sikit, ala omputih...) Cuba bagi ubat selsema, dia kata ubat masam...semalam bagi dia siap nak lap lidah...apa la...

Kenapa ek?

Nak kata cuti sekolah...tak

Nak kata cuti ujung minggu yang panjang...pun tak..

Abih tu???

Kenapa kat Cameron Highland tu ramai beno orang sampai nak parking pun ada la dalam 1km kena jalan kaki...gilo apo?

Aku rasa la kan....sebab kat area landai or bawah2 ni panas kot, tu yang semua ligat carik tempat tinggi boleh feeling-feeling Salem Cool Planet..feeling autumn arah ke winter...

Apa ingat Cameron Highlands tu sejuk ke?

Tak de maknanya...nak gelak la jugak tengok ada adults yang bersweater and bershawl bagai (anak haku pun bersweater gak, but exception to kids)....tak sejuk pun (memang la tak sejuk, badan tu lemak tepu banyak!)...biasa-biasa saja...tapi dulu masa gi Cameron tahun 2004 kot, sejuk je rasanya...sekarang tak lagi. Dengan jalan yang makin kecik je, pastu ngan jeep-jeep bawak sayur makin banyak...jalan jem kat tourist attraction spots..huh sabar je la

Capek!

Still penat lagi sebab pegi penat hayun badan jalan bengkang bengkok..datang cameron lalu simpang pulai balik ikut tapah.

Kat Karnival IPT tu pun booth UiTM tu macam apa je. Padat sepadat-padatnya. Hadoiii...sakit tekak becakap.

Pegi cameron singgah kat area jual sayur kat Rose Valley, petik strawberry kat satu kebun cina apa ntah nama dia before sampai pasar lambak brinchang, then terus je turun ke tapah. On the way singgah Bharat tea plantation beli sekotak teh and mintak air panas adam nak susu. Pastu balik KL....singgah tapah beli makanan terus je samapi Ampang pukul 4.30....

Esok la kot kalo rajin aku start update bergambar yer...gambar tak transfer lagi dari encik kamera.

Friday, March 26, 2010

Chocolate Chip Cookies



Malam tadi rasa macam nak buat cookies. So, beli barang and tunggu adam tido. Start around 9 habis dalam pukul 11.30...dapat around 160 cookies. Resepi dalam internet je. Famous Amos Cookies. Hawaiian Oats & Nuts.