Friday, May 30, 2008

Adam Demam...Shian Dia...

Semalam aku cuti. Amek EL sebab babysitter Adam tak de...So, aku pun jadik bibik semalam menjaga 3 little fella itu...

Malam tadi Adam tido tak berapa nyenyak...dia macam kejap-kejap nangis, kejap-kejap merengek...aku je yang tido nyenyak...huahahha. Masa aku bangun pagi tadi nak mandi, siap-siap gi keje semua tu, Adam merengek. Aku angkat dia, rupa-rupanya badan dia panas...demam. Patut le tak lena tido malam tadi.

Ni pagi tadi on the way dari Ampang ke Cheras dia tido all the time. Sangatla jarang dia jadi camtu. Aku ngan abang naik risau pulak. Bila dah sampai umah mak, dia melekat jek ngan aku, tak nak ngan orang lain. Masa nak bagi ubat dia ketap mulut sampai la aku kena force bukak mulut dia. Hari ni aku kena pegi keje gak, ada orang JKR nak datang amek dokumen kat aku. Kalo ikut ati mmg nak EL lagi...pedulik hapa aku, cuti aku tawun lepas tak abis lagi...hahahhaha

So, sekarang tgh buat keje and tgh booking ticket flight, ke mana? tungguuuuu...tempat yang tak dela best sangat bagi aku...haahahah aku rasa la tak best, mana tau dah sampai sana best pulak, mana tau kan???? Nak siap keje cepat2 pastu ingat nak balik awal sket la...teringat kat adam je ni...

Tuesday, May 27, 2008

I'm eyeing on these

Entry kali ni nak cerita perihal Mama Adam pulak. Menceritakan tentang benda-benda yang dia sangat inginkan tapi sayang nak keluarkan duit sendiri. Maka dia hanya mampu meneruskan angan-angan mat jeninnya itu. Jika disuarakan kepada En. Babah Adam, dia hanya mampu tersenyum but i know someday he'll try to get it for me! Sayanggggg Abang (Eceh, nak something pricey baru la aku nak sayang-sayang! Chait!)

And the nominees are :

1. COMPAQ PRESARIO V300 NOTEBOOK

Yang ni aku tau soon aku akan dapat. Hehehehe. Aku suka metallic finishes dia tu..Wahahha macam luxury thingy je...

2. Elle Sunglasses

Aku tau orang lain dah ada benda ni. FYI aku punya CK original sunglass kena curik sekali ngan keta kakak aku sebab aku letak benda ni dalam keta dia. Dan oleh kerana sikap suka tangguh-tangguh simpan aku la benda tu kena kebas sekali...Dan kerana peristiwa itu juga aku kena beli spek baru sebab nak gi vacation nih....Aku dah survey-survey & sangatla berkenan satu model ni. Promoter tu dah bagi harga baiiikkkk punya (sila baca ikut intonasi Dafi yer) tapi aku pulak yang ntah kenapa tak beli jugak...Aku tak nak kaler itam semua, nak yang dual colour gitu & nak kaler brownish or greyish as for tone kulit telur pindang macam aku nih lebih sesuwaiii pakai kaler-kaler itu...

3. Wedges shoe....

Aku sangatla teruja nak memakai wedges dikala ini. Walaupun telah mencari dan mencuba beberapa pasang berdasarkan gambo-gambo wedges yang mengghairahkan di dalam blog cik okino, ntah mengapa aku tidak teruja..dah gi carik tempat-tempat lain bila test je aku rasa, i'm not so into this kind of shoesss.....Mengapa????? Tapi aku nak sangat.....actually aku skrg pun pakai wedges hush puppies tapi nak yang heel up sket lagi...alamak!terlebih sudah!

4. Sepasang jeans Levis
Yang ni kalo korang baca mesti cakap amenda la si mazz ni, orang dah berpuluh-puluh pasang Levis terperuk dalam lemari, dia baru nak idam-idam beli...
Ya, ya korang ada hak untuk berkata demikian tetapi silalah pahami bentuk badanku ini ye puan-puan...Malu nak mintak saiz pun ada..hahaha ada la dulu aku gi butik levis kat midveli aku try saiz jeans biasa aku pakai, alih-alih tak muat lalu aku merajuk sendiri kerana tidak mempercayai bahawa aku kena pakai saiz yang lagi besar....tak nak! Tunggu la akan ke'chaiyok-chaiyok'an aku mendietkan lower part of my body menjadi realiti...akan ku rembat bukan 1, 2 helai mungkin 3 helai terus...wahahhaha

Takat ni tu je yang aku nak sangatttt....mampu pun nak beli tapi ntah le aku ni, aku rasa kena tunggu bila tiba jin shopaholic merasuk diri aku kembali..ke aku telah insaf dan kembali ke jalan yang benar???? Hehehehhehe....

Friday, May 23, 2008

Meh aku update pasal Adam la...release tension sikit mengenangkan anak bujangku itu...
Adam sekarang ni ada masalah makan. Dia tak mo makan sangat and tido nonggeng which are signs of CACING....i doubt whether at Adam's age dah boleh makan ubat cacing ke blom...my good fren dah bagi kat her daughter and after a conversation with her, i decided to give Adam ubat cacing balik keje kang...Today tido umah mak coz my dearie hubby banyakkkkkkk keje and balik lambat..

Adam sekarang pandai merajuk. Kalau dia merajuk dia akan menonggeng tundukkan muka kat lantai..pastu kalau nak something yang kita tak kasik or rampas dari dia, dia akan duduk dan meronta-rontakan kakinya yang chubby itu, sambil mulut riuh jerit-jerit sampai kita bagi...learn a few new vocab like Flower, Aeroplane, Shoes and he can understand simple sentences like go and take u'r shoe, sit down, put on and take out your shoe.... Dia dah pandai pegang botol susu sendiri tapi bukan automatically pegang, kita kena suruh baru dia pegang...Suka membuli orang tak kira yang besar or kecik dari dia...anak-anak buah aku yang kira sebaya Adam tapi saiz kecik la dari adam, sedap je dia buli...tengah jalan elok-elok boleh dia buat corner lipat pegi pukul bebudak tu dulu...pastu gelak-gelak buat dek...dia dah separa berlari sekarang ni...dah pandai lari sambil tendang bola walaupun dia lari macam mr. bean lari lagaknya...Dah pandai tengok kartun and respons bila tengok action kartun-kartun itu..Apa lagi ek...kalau bab sepah menyepah macam biasala kan, bebudak baya dia memang panadi bab-bab ni...

Hahaha yang ni aku suka...bab GIGI...adam dah ada 6 batang gigi, 4 atas 2 bawah, tapi yang bawah tu nak keluar lagi 2 batang which means jadik 8 la gigi dia...Aku dah belikan berus gigi dia brand Pigeon memang special untuk baby-baby/toddler yang ada maximum 12 batang gigi...so far ok la, he enjoys it..

Dulu kan dia tak nak sangat kat aku, sekarang ni pun still tak nak sangat tapi ada good progress la...kalau aku bangun dari tempat main-main dia, dia nangis la nak ikut ..and sekarang paling susah nak kena sorok-sorok bila kitorang nak keluar pegi keje...kalau dia nampak dia akan lari kejar naik anak tangga sampai tepi jalan nak ikut...

Aku rekodkan progress tumbesaran adam dalam blog ni bukan nyer nak show off ke apa ye puan-puan, ia nya lebih pada catatan peribadi aku dan passion towards being a first time mommy...everything happen is a new achievement and discovery for me...so sesapa yang suka sila baca, yang tak suka nak baca nak komen pun silakan....saya tak marah..saya baik tau...huahahahhah

RUBBISH????

Ini bukanla entry pasal sampah yang dihangkut oleh Alam Flora itu ye kengkawan....

Ini adalah entry tetang ke'hangin'an ku terhadap "BOS AKU YANG PANDAI KATANYA-KONON BELAJAR KAT CORNELL U" tu......

Ni ayat dia --->YOU DON'T EXPECT ME TO BELIEVE YOU'RE GOING TO SUBMIT THIS KIND OF RUBBISH...bla bla bla wateva!

blah la lu...aku dah buat pun dah cukup baik tau...cakap tak henti-henti macam ketapi express wau gi kelantan...aku nak mencelah pun tak boleh...nak je aku cakap "OK FINE, I'M DOING RUBBISH. THEN FIND SOMEONE ELSE TO DO ALL THIS WORK AND I WANT TO RESIGN!" tapi aku masih la cool (walaupun nak nangis dah time tu)sebab malas nak layan keBODOHan tahap tenuk dia tu...sesuka ati nak marah orang, nak maki orang, pastu senyum-senyum balik nak mintak tolong kat kita....GO TO HELL! YOU AND YOUR CORNELL CERT, JUST GO TO HELL!

Sekarang aku dah tak macam dulu lagi...dulu i tend to be so fragile...nangis je kejenya, but time flies and i become stronger internally (walaupun physically mmg nampak stronger dengan otot-otot lebihan ku ini)...Sebab aku belajar satu perkara when dealing with this kind of person which is----> Diam lebih baik sebab api tak leh lawan ngan api...kena lawan ngan air. Silence is golden.....

Sekarang ni kalau dia nak maki hamun aku sekali pun, maki la...dah immune ngan semua tu...

Wednesday, May 21, 2008

Mind Blocked!

Aku tak tau la hari ni sebab terlalu banyak keje yang aku siapkan (wink! wink! :P)or penat pikir benda remeh temeh?

Hari ni dirasakan terlalu laaaaaaa bosannya eventhough banyak gilest babeng keje...aku carik fail dekat sejam tak jumpa-jumpa. Alih-alih lepas lunch baru teringat sub-kon tu dulu nama lain so tagging fail pun lain la....apa da...I am kinda pelupa lepas beranak and jadik mama ni or aku banyak termakan/terminum semut?

Tensi melanda bila pikir kakak aku dapat another job offer from semi-government organization while she is happily working with another great international company. My brother also got another offer as Oil & Gas Engineer at Foxborough Oil...arrrgggggg why am i still here working in the same company for 5 years + 2 months???? WHY????

Ia menambah ketensionan aku...

Tuesday, May 20, 2008

Piknik kat Sungai Chongkak

Last Sunday we (my family, 2 of my sisters, my 2 brothers. We arrived there early, about 8.30am....the water damn cold...Adam belum masuk kat sungai tu dia dah gigil2 dulu. Actually my sis & my bro yang sampai dulu.Aku dari umah so dah dekat dah ikut hiway ampang-ulu langat konon-kononnya, sekali tu aku yang sampai paling lambat huahhhaha. There's a lot of food....yummylicious..ada nasik lemak (sponsored by my eldest sis), mee goreng+agar-agar (sponsored by me), sandwich telur+bbq ayam (sponsored by my bro). Aku makan tak hengat punya la..

A day before aku gi Jusco belikan adam swimming suit...comel betul la dia pakai sut penyelam tu (ni term yang aku panggil akan baju iteww), tapi dah pakai siap segala floaties yang ada, takut air sejuk la pulak anak bujang aku tu...cecah-cecah kaki je, sekali sekala masa aku dokong dia tu aku celupkan badan sampai leher dia...hahahhaha, meraung la member..Tapi masa second session kakak aku bawak dia turun sungai dia dah okay...but still tak nak berendam, just tepuk-tepuk air dok atas batu...jadi la..good exposure to him..






Mula-mula kan, hubby aku refuse to join tau. Sebab dia risau nak bawak adam pegi tempat-tempat ala-ala hutan belantara ni kan, kot kang tersampuk tak ke susah???? Tapi bila aku cakap one whole family pegi (my parents planned to join us at first, tapi last minute cancel la pulak)dia pun okkay...so dapatla aku join piknik ni...
Lama gila aku tak pegi sungai chongkak ni...last masa bujeng-bujeng dulu ngan kengkawan UTM aku...

Kitorang mandi-mandi lama jugak, dalam pukul 1 camtu siap kemas-kemas semua...so abis kemas cabut balik la...Dalam kepala aku dok pikir best kalo dapat pegi lagi, nanti la plan lagi ngan siblings aku...




Ni satu pengalaman yang aku rasa macam aku dok Uganda ke Afrika hentah...minyak keta dah sampai tahap E..aku ngan abang ingat on the way dari Ampang ke area Tasik Tambahan before masuk hiway langat tu ada la petrol pump, sekali tu tak de. Aku dah memang tau kalao dah masuk batu 14, langat tu mmg tak de ptrol pump dah...tapi dengan selambanya kitorang continue the journey..masa balik tak bukak air cond, pakai air cond tepi je...abang dah cuak la kan minyak tak de, pastu orang-orang kampung tu jual minyak dalam botol mineral jek...so nak tak nak belila 3 botol untuk tuang kat keta....Aku dah tergelak-gelak dalam keta bila tgk abang berlari-lari anak mengepit 3 botol minyak beserta ngan corong nk tuang (siap pinjam ngan makcik penjual tu...)dalam keta....masa abang tuang tu aku cakap kita ni macam tersesat kat outback area je...lantak la janji aku tak kena tolak keta..sebab utama kena tuang jugak adalah jalan ulu langat-ampang tu bukit tinggi bangat, memang tak cukup minyak punya la...tak ke seksa nak tolak keta kat area berbukit camtu kang????

Ingat nak singgah Carrefour Taman Putra yang aku baru sedar rupanya Carrefour itu sangat dekaaaatttt ngan umah aku compared to Tesco or Jusco..tapi Adam tido since keluar dari parking kat Sungai Chongkak tu tadi..he looks exhausted..tak sampai ati nak kejutkan dia...one more thing kitorang pun leguh-lenguh sendi kena pukul ngan air sungai masa mandi-manda tadi..so balik terus je la..

Balik tu Adam continue tido sampai pukul 7mlm...aku ngan abang layan DVD Dunia Baru The Movie dulu, lepas tu amek ko..dua-dua dugong tido...aku bangun 6.30ptg camtu...arrghhhh baru lega sket badan....Kesimpulannya, short trip ini sangat la bestnyer..lenkali nak pegi lagi...

Thursday, May 15, 2008

Tagged by Mama Naufal

Been tagged by Mama Naufal

Rules:
1. Link to the person that tagged you and posts the rules on your blog.
2. Share seven random and/or weird things about yourself.
3. Tag seven people at the end of your post and include links to their blogs.
4. Let each person know that they have been tagged by leaving a comment on their blog.

7 random/weird things about me :

1. Kalau tido even siang-siang buta aku tetap akan berselimut penuh sampai leher..kalo tak nanti perut otomatik akan memulas-mulas mengganggu tidurku sebab nak kena membuang

2. Asal letak je kepala kat bantal for sure akan lelap la..walaupun aku sangatla tidak ngantok diwaktu itu..

3. Kalau nak beli baju kan, aku dah pegang-pegang, dah nak try ni and abang suruh la beli otomatik aku akan kata tak nak la...ntah hapa-hapa jek

4. Suka membeli itu dan ini, tapi pakai sekali dua tak nak dahhhh....especially perfume ngan kasut, tapi kalau aku suka sampai hancur kasut/baju aku pakai, perfume botol dia pun aku tak buang...

5. Aku suka masak, tapi kalau aku masak aku macam kureng selera sket la nak makan...dah makan asap dulu so dah kenyang..

6. Dulu masa zaman belajar, aku guna spray air untuk sembur tapak kaki - yer tapak kaki sahaja yer- sebab aku hanya boleh lelap bila kaki aku sejukkkk....

7. Aku suka mandi before tido, kalau mandi awal aku akan basahkan kaki and tepek-tepek air kat badan sampai bertompok-tompok air kat baju..pastu tak payah lap ngan tuala terus tido...Hubby aku sangatla allergic kalo aku buat ni...

Aku mahu menge'tag' :

1. Blom pikir nak tag sapa lagi..nanti aku dah dpt idea aku hapdet yeh...

CIK ISZAN, BERAPA CARRY MARK SAYA UNTUK TASK NIH?????